Lada (Sambal) Versi Orang Sabah

12:01 PTG

Pernah dulu Amie kongsikan resipi lada. Orang Sabah panggil sambal kicap dan yang sewaktu dengannya itu sebagai 'lada' . Ada macam-macam jenis  'lada'  yang biasa Amie jumpa di daerah LD. Versi lada yang lepas boleh lihat di sini : Lada.... Ya Cerita Lada di Negeri Sabah! 

Tidak lengkap rasanya kalau makan mee atau mee hoon goreng, atau mee hoon sup, atau bakso, sup tulang atau juga coto Makassar tanpa kehadiran lada. Kalau kami bersarapan di kantin, biasanya sarapan mee hoon atau mee goreng, memang benda pertama kami cari ialah lada. Kadang-kadang berlarutan hingga berhari-hari orang kantin tak sediakan lada. Jadi, ada di antara kami yang sukarela bawa lada dari rumah. Ada yang jual lada dalam botol. Akhirnya berniaga ladalah di tempat kerja. Laku keras pula tu! Ada sahaja permintaan setiap minggu.

Kali ini Amie kongsikan resipi lada yang Amie suka makan bersama mee hoon goreng, dan juga masakan bersup termasuk bubur juga. Tidak semua restoran atau warung makanan menyediakan lada begini. Kalau Amie jumpa lada yang Amie suka ini terutama di Restoran Dilla, memang tak lepas peluang bubuh banyak-banyak dalam mee hoon sup tulang!

Wokey!

Bahan asasnya tak banyak. Hanya cili padi, bawang putih dan limau kasturi. Cili padi nak gunakan yang merah semua pun boleh. Nak gunakan semua hijau pun boleh. Kalau sukakan rasanya yang pedas menyengat, gunakan cili padi kampung. Gunakan bawang putih sahaja, tak perlu bubuh bawang merah. Limau kasturi boleh gantikan dengan limau nipis. Boleh juga gunakan cuka, atau campurkan jus limau dengan cuka. Garam / gula / perasa pilihan bubuhlah ikut citarasa masing-masing. Kemudian kisar halus. Siap. Di bawah ini Amie kongsikan sukatan bahan yang boleh digunakan untuk sekali hidangan keluarga.


Bahan asas lada: Cili padi, bawang putih dan limau kasturi.


Inilah hasilnya. Jika sukakan rasanya yang lebih masam, boleh tambahkan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Lada ini juga boleh dihasilkan dengan menambahkan kicap. Biasanya kalau Amie ingin buat lada kicap atau kicap lada seperti gambar di bawah, Amie tidak bubuh garam / gula atau perasa lain. Amie hanya tuangkan Kicap Cap Kipas Udang atau Kicap Habhals yang sudah cukup rasa lemak manisnya itu. Hanya perahkan jus limau kasturi atau limau nipis saja.


Kicap lada

Kicap lada dah siap.


Agak lama juga Encik Suami tidak meminta suhun sup. Amie sangka selepas baik luka bisul di kakinya, sudah tidak ada permintaan masakan bersup seperti dulu. Tiba-tiba pagi tadi, Encik Suami ke dapur cari suhun dan letak di meja. Kita pun layan sajalah selera anak-beranak. Satu masakan sarapan untuk anak-anak dan satu lagi sup suhun untuk Encik Suami. Encik Suami makan sup suhun dengan kicap lada. Nampak macam sedap jew Encik Suami makan, kita pun tumpang sekaki.

Sup suhun campur fillet ikan dori dan telur serta sayur-sayuran.

Gambar atas dan bawah ini gambar 'lada' versi lain pula. Ada tambahan halia muda di dalamnya. Lada ini lebih pekat. Kalau nak makan, tuang sedikit dan perahkan jus limau atau perasa lain. Nak bubuh kicap pun boleh.



Sekian.
Cerita lada dari Negeri Sabah di Bawah Bayu.

20 comments

  1. mcm2 jenis sambal lada....tp btul tu kalo mcm meehun goreng, mehun sup,kena ada cili kicap

    BalasPadam
  2. sos sos pencicah / sambal wajib ada.. saya x suka makanan pedas
    tapi saya akui kalo x pedas x kick la.. kena gak calit sikit..

    BalasPadam
  3. sambal lada sabah yg merah tu mmg utk mkn bakso... pedas2 masam gitu.. i likeee

    BalasPadam
  4. Org Teganu pun panggil lada Amie, org nismilan panggil lado hihi..org key ell panggil cili,jadi kita dok key ell panggilla cili juga.
    Sambal kicap yg amie buat tu saya pun selalu buat, memang sedap lawan dgn jenis sup2 ni, makan nasi cicah ikan goreng, sup sayur pun dah cukup.

    Tapi sambal lada mcm kt bawah tu tak pernah jumpa lagi, thanks Amie. Rasa nak buat stok jugalah.

    BalasPadam
  5. Sedappp nyer... Hijau hujan nie makan apa pon sodappp 😘😘

    BalasPadam
  6. ohhhh sedap ni makan dengan bihun sup!

    BalasPadam
  7. Nak buat lada tu,memang taruk bawang putih lebih ke Amie?.Yalah lain tempat lain caranya kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saniah Ibrahim,
      Terpulang nak bubuh lebih atau kurangkan. Ikut citarasa. Keluarga belah suami memang selalu bubuh lebih.

      Padam
  8. Lada yang guna bawang putih, cili padi dan limau kasturi tu cuma blend saja, tak perlu masak ke, Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. IamaSlowRunner,
      Ya, kisar saja tak perlu masak. Saya ikut cara orang sini buat.

      Padam
  9. Wah, lada halia tu saya suka sangat cikgu...
    Tapi satu yang saya nampak perbezaan ketara bila makan mihun sup, diKK mesti ada letak timun hiris atasnya macam dalam laksa kat semenanjung.

    BalasPadam
  10. ohh macam tu caranya. Gunakan banyak bawang putih. Sup ada sambal lagi sedap rasa dia. Baru bertambah tambah makan..pertama kali saya tahu sambal lada letak halia juga.

    BalasPadam
  11. sgt wajib ada kicap cili padi bila makan sup.
    baru menyengat!
    sama. aida pun guna cili padi & bawang putih saje.
    then gaul kan dgn kicap. simpan byk2.
    nak makan, baru la letak air perahan limau ke, apa ke.

    BalasPadam
  12. Teringat pulak cili kicap orang Johor. Cuma kalau versi Johor lagi pedas. Makan bihun sup memang wajib letak. Tengok yang versi Sabah ni lapar plak

    BalasPadam
  13. Ooo dipanggil lada ye. Lebih kurang sambal kicap johor juga cuma kitaorg biasanya goreng dulu semua Bahan sebelum blend

    BalasPadam
  14. Lada ni nostalgia saya sekolah rendah...rindu sgt nk mkn lada ni...dlu sk lahad datu 2 kantin ada lada...suka sgt mkn dgn mee n mihoon sup letak lada byk2..trima ksh share resepi..dh lama cari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Sgt² nostalgia. Ada yg terasa manis² pedas lada cuka air tu kan. Tah pupus sudah kot

      Padam
  15. Ada siapa tahu buat "lada cuka cair" mcm dikantin sekolah tahun² 70/80an? Cair saja bancuhannya tapi pedas menyengat. Dulu² manada blender tapi lada tu mcm halus tiada biji² lada. Mmg ketagih makan meehoon/mee goreng dgn lada tu. Siapa yg membesar tahun² tu mmg tahu rasanya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe