Pernah dulu Amie kongsikan resipi lada. Orang Sabah panggil sambal kicap dan yang sewaktu dengannya itu sebagai 'lada' . Ada macam-macam jenis 'lada' yang biasa Amie jumpa di daerah LD. Versi lada yang lepas boleh lihat di sini : Lada.... Ya Cerita Lada di Negeri Sabah!
Tidak lengkap rasanya kalau makan mee atau mee hoon goreng, atau mee hoon sup, atau bakso, sup tulang atau juga coto Makassar tanpa kehadiran lada. Kalau kami bersarapan di kantin, biasanya sarapan mee hoon atau mee goreng, memang benda pertama kami cari ialah lada. Kadang-kadang berlarutan hingga berhari-hari orang kantin tak sediakan lada. Jadi, ada di antara kami yang sukarela bawa lada dari rumah. Ada yang jual lada dalam botol. Akhirnya berniaga ladalah di tempat kerja. Laku keras pula tu! Ada sahaja permintaan setiap minggu.
Kali ini Amie kongsikan resipi lada yang Amie suka makan bersama mee hoon goreng, dan juga masakan bersup termasuk bubur juga. Tidak semua restoran atau warung makanan menyediakan lada begini. Kalau Amie jumpa lada yang Amie suka ini terutama di Restoran Dilla, memang tak lepas peluang bubuh banyak-banyak dalam mee hoon sup tulang!
Wokey!
Bahan asasnya tak banyak. Hanya cili padi, bawang putih dan limau kasturi. Cili padi nak gunakan yang merah semua pun boleh. Nak gunakan semua hijau pun boleh. Kalau sukakan rasanya yang pedas menyengat, gunakan cili padi kampung. Gunakan bawang putih sahaja, tak perlu bubuh bawang merah. Limau kasturi boleh gantikan dengan limau nipis. Boleh juga gunakan cuka, atau campurkan jus limau dengan cuka. Garam / gula / perasa pilihan bubuhlah ikut citarasa masing-masing. Kemudian kisar halus. Siap. Di bawah ini Amie kongsikan sukatan bahan yang boleh digunakan untuk sekali hidangan keluarga.
Bahan asas lada: Cili padi, bawang putih dan limau kasturi. |
Kicap lada |
Sup suhun campur fillet ikan dori dan telur serta sayur-sayuran. |
mcm2 jenis sambal lada....tp btul tu kalo mcm meehun goreng, mehun sup,kena ada cili kicap
BalasPadamsos sos pencicah / sambal wajib ada.. saya x suka makanan pedas
BalasPadamtapi saya akui kalo x pedas x kick la.. kena gak calit sikit..
sambal lada sabah yg merah tu mmg utk mkn bakso... pedas2 masam gitu.. i likeee
BalasPadamOrg Teganu pun panggil lada Amie, org nismilan panggil lado hihi..org key ell panggil cili,jadi kita dok key ell panggilla cili juga.
BalasPadamSambal kicap yg amie buat tu saya pun selalu buat, memang sedap lawan dgn jenis sup2 ni, makan nasi cicah ikan goreng, sup sayur pun dah cukup.
Tapi sambal lada mcm kt bawah tu tak pernah jumpa lagi, thanks Amie. Rasa nak buat stok jugalah.
berkali2 telan ailio baca kisah lada amie
BalasPadamSedappp nyer... Hijau hujan nie makan apa pon sodappp 😘😘
BalasPadamohhhh sedap ni makan dengan bihun sup!
BalasPadamNak buat lada tu,memang taruk bawang putih lebih ke Amie?.Yalah lain tempat lain caranya kan.
BalasPadamSaniah Ibrahim,
PadamTerpulang nak bubuh lebih atau kurangkan. Ikut citarasa. Keluarga belah suami memang selalu bubuh lebih.
Lada yang guna bawang putih, cili padi dan limau kasturi tu cuma blend saja, tak perlu masak ke, Amie?
BalasPadamIamaSlowRunner,
PadamYa, kisar saja tak perlu masak. Saya ikut cara orang sini buat.
Wah, lada halia tu saya suka sangat cikgu...
BalasPadamTapi satu yang saya nampak perbezaan ketara bila makan mihun sup, diKK mesti ada letak timun hiris atasnya macam dalam laksa kat semenanjung.
ohh macam tu caranya. Gunakan banyak bawang putih. Sup ada sambal lagi sedap rasa dia. Baru bertambah tambah makan..pertama kali saya tahu sambal lada letak halia juga.
BalasPadamsgt wajib ada kicap cili padi bila makan sup.
BalasPadambaru menyengat!
sama. aida pun guna cili padi & bawang putih saje.
then gaul kan dgn kicap. simpan byk2.
nak makan, baru la letak air perahan limau ke, apa ke.
Teringat pulak cili kicap orang Johor. Cuma kalau versi Johor lagi pedas. Makan bihun sup memang wajib letak. Tengok yang versi Sabah ni lapar plak
BalasPadamOoo dipanggil lada ye. Lebih kurang sambal kicap johor juga cuma kitaorg biasanya goreng dulu semua Bahan sebelum blend
BalasPadamterima kasih share menu shedapp ni
BalasPadamkencing manis
bengkung
kurus
persediaan bersalin
Lada ni nostalgia saya sekolah rendah...rindu sgt nk mkn lada ni...dlu sk lahad datu 2 kantin ada lada...suka sgt mkn dgn mee n mihoon sup letak lada byk2..trima ksh share resepi..dh lama cari..
BalasPadamSetuju. Sgt² nostalgia. Ada yg terasa manis² pedas lada cuka air tu kan. Tah pupus sudah kot
PadamAda siapa tahu buat "lada cuka cair" mcm dikantin sekolah tahun² 70/80an? Cair saja bancuhannya tapi pedas menyengat. Dulu² manada blender tapi lada tu mcm halus tiada biji² lada. Mmg ketagih makan meehoon/mee goreng dgn lada tu. Siapa yg membesar tahun² tu mmg tahu rasanya
BalasPadam