Epal Bidara di Musim PKPB

4:05 PTG

Jalan-jalan ke halaman rumah, bertanya khabar pokok epal bidara berbuah rendang di tepi pagar. Biasanya pokok ini berbuah lebat di setiap dahan hingga berjuntaian ke luar pagar. Ada kalanya orang yang lalu lalang singgah merenung, dan adakalanya sempat memetik sebiji dua dan sembunyikan dalam poket. Yang ambil buah bidara ini, kami halalkan. Ambillah saja jika ada yang sudah matang dan boleh dimakan. Burung pun tak termakan sebab buahnya lebat di balik daunnya yang rimbun.

Nampaknya epal bidara pun sudah bersekongkol dengan mangga udang dan anggur di belakang rumah. Mereka berpakat merajuk disebabkan stress di musim PKPB yang tak tahu bila akan berpenghujung. Hujan dan panas yang tidak menentu memberi kesan ke atas mereka. Dalam setangkai buah epal bidara, hanya sebiji dua yang nampak elok. Elok pada luaran, tetapi bila dibelah, nampaklah ulat dan isinya yang sudah buruk akibat banyak menelan air ketika hujan!

Epal bidara di bawah ini dahannya menjulur di celah pagar ketika belum berbuah. Sebahagian buah pada ranting yang sama berada dalam pagar. Lihatlah epal bidara yang masih hijau itu, belum ada kepastian sama ada sihat atau sakit teruk seperti teman-temannya yang lain yang berada di bawahnya itu.


         

Epal bidara ini nampak cantik tetapi sebenarnya warnanya itu adalah warna epal bidara yang sudah tenat sakitnya. Epal bidata matang berwarna hijau muda, dan bukannya kekuningan seperti gambar epal bidara di atas.




Yang berwarna hitam ini sejak muda lagi sudah buruk, dan kering di tangkai.

Di antara epal bidara yang sedang memburuk, dan yang sudah hitam kekeringan, ada juga beberapa biji yang masih elok.



Abadikan kenangan epal bidara layu di tangkainya!

Orang kata yang buruk itu ada sisi baiknya. Sudah tentunya apabila dirakam, ada nilai seninya.



Cerita bab kesenian ini, blogger Azhafizah lebih arif. Jangan tersedak ye Fiza Kak Amie sebut nama... ahaks!  Kak Amie tiba-tiba teringat photographer profesional Si Hati Merah Jambu yang manis itu. Tentu Fiza pakar memilih sudut yang sesuai untuk tangkap gambar. Orang kata seburuk mana pun objek tersebut, kalau photographernya bijak mencari sudut untuk menyampaikan cerita, maka indahlah jadinya hasil bidikkannya dan terserlah nilai seninya.

Tertangkap serangga tanpa sengaja.... ahaks!


Rasa sayu melihat epal bidara yang layu sedang menunggu masa gugur dari tangkainya.

Inilah kisah epal bidara. Dalam setangkai ada yang muda, yang sakit, yang tenat dan yang gugu ke bumi meninggalkan awan-kawannya yang terus berjuang di ranting yang sama.

Masih ada seranting dua yang baru berputik dan sedang membesar. Moga tidak stress seperti saudara mara dan sahabat handainya dari pohon yang sama.

8 comments

  1. LEBATNYA EPAL BIDARA AMIE INGATKAN YG MERAH TU DH MASAK

    BalasPadam
  2. Lebat juga buah epal bidara kak amie ni. Sayangnya ada juga yang rosak macam buah mangga udang tu. Agaknya lah kot terkena tempias kemurungan juga. Tak pernah makan buah epal bidara ni.

    BalasPadam
  3. Epal bidara dengan buah bidara tu sama ye kak, saya suka makan buah bidara walaupun rasanya tawar jer tapi sedap.

    BalasPadam
  4. Wahhh.. Besar-besar buahnya, sayang bukan rezeki dapat makan. Semoga selepas ni lebih baik

    BalasPadam
  5. wah besar buah epal bidara. Kakak saya cuba tanam tapi buahnya tak menjadi besar seperti buah epal. Geramnya tenguk buah epal bidara melayut2 banyaknya.

    BalasPadam
  6. bestnya.. kak amie ada pokok sendiri

    BalasPadam
  7. Teringin nak rasa,tak tahu mana nak cari

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe