Sarapan Pagi dengan Belebat @ Lepat Ubi Kayu

6:45 PG

Selamat pagi warga Borneo dan Malaya, serta negara-negara jiran Brunei Darul Salam, Indonesia, Filipina dan Singapura. Mari sarapan pagi dengan belebat @ lepat ubi. Walaupun hari ini cuti perayaan Deepavali, dan tidak perlu berBDR, tapi perut kena isi juga! 

Belebat @ Lepat Ubi Kayu


Dapat juga makan belebat @ lepat ubi kayu di waktu pagi. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, kalau Bonda minta ke kedai belikan gula merah dan kelapa, maknanya akan ada belebat atau lepat ubi untuk sarapan keesokan paginya. Biasanya Bonda akan cantas beberapa pelepah pisang di kebun  dan jemur di tengah panas sehingga layu. Kalau tidak dijemur, Bonda akan layur di atas dapur. Sewaktu Bonda memarut ubi kayu kami suka duduk-duduk bersebelahan Bonda, dan ketika Bonda memarut kelapa pula, kami berebut-rebut menunggu cikal, atau cebisan kecil kelapa yang tidak boleh diparut. Waktu itu rasa cikap sangatlah sedap, lemak-lemak manis! Sebelah malamnya pula, sewaktu kami mengaji ai-Quran, akan terbau aroma belebat @ lepat ubi berbungkus daun pisang sedang dikukus di atas dapur kayu api. Keesokan paginya, dapatlah kami bersarapan dengan belebat @ lepat ubi kayu tadi. Belebat @ lepat ubi kayu ini juga dijadikan bekalan untuk menoreh getah atau ke kebun. Rindunya zaman itu! Aroma belebat ubi kayu bercampur dengan harum kopi hitam pekat panas! Aduhai! Moga Bondaku sihat-sihat sahaja ketika ini.


Sewaktu Amie mengadun bahan belebat ubi kayu ini, semua anak melihat dengan rasa pelik. Maklumlah tidak pernah melihat orang membuat belebat apalagi memakannya! Masing-masing membuat andaian nama kuih yang Amie buat ini. Fuad kata, lain betul cara Mommy buat kek coklat!

10 comments

  1. rajinnya buat belebat teramatlah sedap tu

    BalasPadam
  2. Sedap nye.. dah lama tak makan lepat ubi

    BalasPadam
  3. Org kg saya panggil lemet ubi...hehe

    BalasPadam
  4. Wah, sedap tu lepat ubi kayu nostalgia mak-mak nih... Kena lwmak manisnya memang terangkat

    BalasPadam
  5. Sedapnya lepat ubi. Lama sungguh tak makan lepat ubi air tangan mak. fuad tak pernah makan lepat ubi ke tu kak amie? hihi

    BalasPadam
  6. Azhafizah,
    Fuad tak pernah makan. Anak-anak tak pernah makan. Memang ada nenek dia buat kalau balik Malaya, tapi budak-budak tak mahu cuba makan.

    BalasPadam
  7. sedapnya..dah lama tak makan pelepat ubi ni..entah bila kali terakhir makan, dah tak ingat dah..

    BalasPadam
  8. atie suka lepat pisang lagi.. yummm sedapnyaaaa

    BalasPadam
  9. SA lagi suka lepat pisang..lepat ubi ni pernah makan tapi x berapa suka..lagi pula x leh makan ubi sanagt..semput nanti

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe