Kedondong Oh Kedondong!

8:49 PTG

Kedondong. Apabila cerita tentang kedondong, teringat 5 tahun lalu Amie buat pembelian pokok bunga dan pokok buah secara onlne dari nursery. Nursery itu milik rakan baik Amie di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor. Waktu itu rumah Bonda sedang dirombak semula dan memakan masa beberapa bulan jugalah. Jadi, Amie minta kawan Amie tadi jagakan dahulu pokok-pokok tersebut dan apabila rumah sudah siap sepenuhnya,  pokok bunga dan pokok buah yang Amie beli itu Amie minta hantarkan ke rumah Bonda di Bukit Hijau.  Terkejutlah Bonda dengan kedatangan lori penuh berisi pasu dan ada pokoknya sekali!  Kata Bonda, dua kali lori kawan Amie itu datang hantar pokok. Amie pun tak ingat entah berapa puluh jenis. Kata Bonda, seronok tak terkata, sebab keliling rumah Bonda ada pasu-pasu baru berisi pelbagai jenis dan warna bunga kemboja dan poko-pokok bunga lain. Ada empat buah pasu besar berisi pokok buah. Dua buah pasu berisi pokok kecondong dan dua buah pasu lagi berisi pokok limau manis. Kesemua pokok sedang berbuah. Kata Bonda, sebaik sampai ke rumah, kawan Amie beritahu buah limau manis sudah masak dan boleh dipetik.  Memang sewaktu Amie tempah pokok limau manis, kawan Amie kata dia pilihkan pokok yang sedang berbuah. Pokok kedondong pula sedang berbuah lebat. Bonda beritahu ada lebih 50 biji setiap pokok.

Suatu hari ketika Amie telefon Bonda, Amie diberitahu buah kedondong habis dimakan monyet! Buah limau pun monyet kekah juga. Memang banyak monyet di kampung kami. Beranak pinak dan bercucu cicit! Asal-usul monyet ini dari Puncak Alam! Dahulu, kawasan tersebut merupakan hutan tempat tinggal segala monyet yang kini bermastautin di kampung kami! Nak cerita tentang monyet di kampung kami, sampai pagi pun tak selesai! Habitat haiwan ini sudah dicerobohi atas nama pembangunan, jadi ke mana lagi mereka hendak pergi? Monyet-monyet ini tidak takut dengan orang perempuan. Kalau monyet masuk ke dapur atau masuk ke ruang tamu, Bonda kata bila disergah monyet tadi selamba saja keluar rumah dan duduk tersengih di atas pelepah kelapa sawit. Kalau orang lelaki yang teriak, mencicit lari anak beranak monyet!

Eh! Cerita monyet pulak! Kita nak cerita kedondong. Tiba-tiba teringin nak minum jus kedondong asam boi! Sedapnya! Segarnya! Nyaman bah! Petang tadi sempat ke kampung, konon hendak keluarkan peluh ronda-ronda kebun, tapi tiba-tiba hujan pulak! Jadi, duduklah membawang dengan biras dan juga anak buah di dalam rumah. Hujan tidak juga reda. Tak dapat keluarkan peluh, dapat setangkai kedondong pun jadilah. Dulu ada sepohon pokok kedondong besar berhampiran dapur MIL. Buahnya sangat lebat sehingga menyentuh tingkap dapur. Sekarang tidak ada pula pokok kedondong itu. Yang ada hanya pokok kedondong jenis rendang berbuah kecil.

Gambar kedondong sebelum hujan (atas) dn gambar kedondong ketika hujan (bawah).

Panjang juga mukadimah tentang kedondong! Sebenarnya nak  khabarkan satu perkara saja: Terlupa petik buah kedondong! Sampai rumah teringat tujuan ke kampung nak ambil kedondong nak buat jus kedondong asam boi! Adeeehhhh.... melepaslah pula!


12 comments

  1. Adoila Amie, boleh pulak terlupa. Kita dah terbayang ada gambar jus amra (kedondong) di hiking entry

    BalasPadam
    Balasan
    1. SK.
      Buah amra ye? Hahaaaa... Kena patah balik ke kampung nak ambil buah amra.

      Padam
  2. suka minum jus kedondong + asam boi

    BalasPadam
  3. Kami pun panggil buah amra.. Saya suka masak pajeri kedondong. Lawankan dengan ikan goreng. Tergolek makan.. Hihihi

    BalasPadam
  4. Sedapnya kedondong asam boi..kalau SA dapat ni SA buat jeruk asam boi Kak...sedapnyaaaaa...

    BalasPadam
  5. Buah kedondong ni sedap. Makan fresh, buat jeruk, buat jus semua pun suka.

    BalasPadam
  6. hahhahahaha boleh terlupa pulak..adoii...saya suka buah kedondong...kalo ke rumah mak ngah di kampung, mesti petik dua tiga biji..lepas tu kalo mak ngah nampak, haa dia sua plastik suruh petik banyak sikit sebab takde sape nak makan kat rumah dia...

    BalasPadam
  7. Terliur tengok kedondong tu. Saya suka masukkan dalam paprik atau ikan tiga rasa. Buat kerabu pun sedap 🤤

    BalasPadam
  8. Elok bagi monyet tu makan cili macam dalam cerita sang kancil tu. Hehe. Tapi tulah, nak salahkan diorang pun tak boleh bila habitat diganggu, kenala cari makan di tempat manusia

    BalasPadam
  9. pernah makan skali ja buat kedondong ni.. ka atie yg tak perasaan yg mana satu buah kedondong sbnrnya haha

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe