Sotong Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

3:54 PTG

Tengahari tadi sempat masakkan lauk tengahari untuk anak-anak dan Encik Suami. Amie masak seekor sotong seberat 800 gram, olah jadi masakan berkuah dan pedas. Sotong Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. Nanasnya pula, rupa saya kuning oren macam manis, tapi bila dimakan masamnya boleh tahan! Jadi, bubuh sahaja nanas dalam masakan, tak perlu tambah asam keping lagi. Cukup dah tu masamnya.

Sotong Masak Lemak Cili padi dengan Nanas


Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong seberat 800 gram - bersihkan - potong ikut suka
  • 300 gram hirisan nanas
  • 400 ml santan cair
  • 200 ml santan pekat
  • 2 batang serai - dititik
  • garam / gula / perasa pilihan
  • hirisan daun kunyit
Bahan tumbuk / kisar:
  • 30 biji cili padi kampung
  • 3 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1. Satukan santan cait dan bahan kisar serta serai dan nanas ke dalam periuk.
  2. Masak menggunakan api sederhana sehingga kuah mendidih.
  3. Setelah nanas layu, masukkan sotong. Biarkan masak 30 saat.
  4. Kemudian tuangkan santan pekat, diikuti dengan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah santan.
  6. Sebaik sahaja kuah mula mendidih, taburkan hirisan daun kunyit dan padamkan api dapur.

Anak-anak kata lembut jew sotongnya. 

10 comments

  1. kenapa rasa macam tak pernah makan je sotong masak lemak cili padi..hehe. nak kena try ni pkpb ni. dah bosan kena try menu baru ni. AR singgah follow tau

    BalasPadam
  2. Pertama kali saya nampak sotong masak lemak cili api campur nanas sebab biasanya dengan udang. Pertama kali juga saya nampak orang masak ketam masak cili api campur nanas. kiranya nanas ni sedap dicampurkan dengan masakan lemak cili api ni kan. dah campur nanas tak perlu letak asam keping dah. Saya pun macam tu juga. Menyelerakan sungguh haihhh

    BalasPadam
  3. Dah lama Zumal tak makan masak lemak cili padi

    BalasPadam
  4. Wah sedapnya! nanti ada kesempatan boleh Cik Tk cuba buat ni

    BalasPadam
  5. mama suka letak nanas juga, tapi dulu dah pernah makan nanas tu, sejak faktor usia ni, try skali...baru tau sedap , rugi dari dulu tak makan

    BalasPadam
  6. Gandingan yang menarik.. Sotong dan nanas.. mesti best nie..

    BalasPadam
  7. Terliur saya tengok hidangan ini. Kena cari sotong lepas ni.

    BalasPadam
  8. Okey nanti bleh cuba la resepi ni...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe