Nasi Goreng Sambal Garing Udang Geragau

11:10 PG

Selamat pagi warga Borneo dan Malaya, juga warga negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Moga baik-baik sahaja ceritanya ketika ini. Pagi ini Amie sediakan Nasi Goreng Sambal Garing Udang Geragau buata alas perut seisi keluarga.

Nasi Goreng Sambal Garing Udang Geragau


Minggu lepas Encik Suami bawa pulang dua bekas sambal garing. Satu bekas berisi Sambal Garing Ikan Bilis dan satu bekas lagi berisi Sambal Garing Udang Geragau. Sambal Garing Ikan Bilis sudah licin isinya, menjadi rebutan Fuad dan Fairuz. Yang tinggal, Sambal Garing Udang Geragau sahaja. Nampaknya tidak ada yang usik isi dalam bekas sambal yang satu ini.
Sambal Garing Udang Geragau



Jom lihat resipi Nasi Goreng Sambal Garing Udang Geragau di bawah ini.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 cawan hirisan kacang panjang
1 cawan isi jagung
3 sudu besar Sambal Garing Udang Geragau
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  2. Masukkan isi jagung dan kacang panjang. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan nasi putih, diikuti dengan garam / perasa pilihan.
  4. Gaul sebati, dan akhir sekali masukkan Sambal Garing Udang Geragau.
  5. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
  6. Hidangkan dengan hirisan telur dadar dan taburkan Sambal Garing Udang Geragau di atasnya.


 Selamat menjalankan tugas dari rumah. Senyum-senyum selalu!

14 comments

  1. Setakat ni tak pernah lagi masak nasi goreng sambal garing udang geragau. Pasti sedap sambal garing udang geragau tu. Yang sedap haruslah habis dulu.
    Kalau ada sambal macam ni bolehlah saya cuba masak nasi goreng style kak amie

    BalasPadam
  2. Wah sedap nie Amie.. lain kali kalau ada stok sambal macam nie boleh lah cuba juga masak macam Amie..

    BalasPadam
  3. waduhhhh sedap nih kak... bau udang geragau tu sedap, lagilah dibuat sambal kering

    BalasPadam
  4. sedapnya..cantik hiasan telur gulung..

    BalasPadam
  5. Hiasan gred A! macam hotel lima bintang!

    BalasPadam
  6. sedapnya ni! terliur dah huhuhu nak sikit boleh?

    BalasPadam
  7. Salaam, sedap.
    Disini belacan import asik jumpa sampah, makanya buat sambal , sambal belacan directly guna geragau Kering atau cencalok Korea. After all belacan also based from fermented geragau..
    Sama aja rasanya.

    BalasPadam
  8. Presentation mmg terbaekkk... terus lapor tgk gambar

    BalasPadam
  9. Nampak sedap!! Senang dan mudah dibuat juga! Cantik la hiasan guna telur macam tu!

    BalasPadam
  10. Sodap.. sodap.. first time nampak udang geragau dijadikan sambal.. mengancam sangat nie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe