Terjebak !

10:55 PG

Rehat seketika dari berBDR. 
Abang Farid datang dekat kita. Katanya shower cream habis. Kita kata, bukankah banyak lagi sabun mandi berbuku-buku Encik Suami beli. Abang Farid kata, dia mahu gunakan shower cream. Tak mahu guna sabun buku. Encik Suami kata, banyak betul tingkah bujang satu ini!
Amie kata, kalau nak beli pergilah beli. 
Abang Farid kata, dia nak beli di Watson. Beli online.
Boleh ke beli online? Hantar pakai apa? 
Foodpandalah, jawab Abang Farid.
Aik? Bukan Foodpanda hanya hantar makanan sajakah? Kita tanya semula.
Bla..blaa..blaaa! Memang banyak betul benda dalam dunia ini, yang ada di sekeliling kita, yang Amie tidak ikuti perkembangannya! Ingatkan Foodpanda tu hanya hantar makanan. Ingatkan beli barang lain kena guna runner lain!
Ok. Abang orderlah.
Pakai akaun Mommy ya?
Huurrmmmm!
Abang Farid pun order secara online.
14 minit lagi barang sampai, katanya.

Bukan banyak pun. Dua benda saja yang dibeli. 2 paket shower cream dengan syampoo. Amie tanya,  berapa kena caj bayaran penghantaran. Abang Farid kata: Kalau hantar barang, percuma saja.
Ooooo.
Kalau begini, lain kali baiklah beli cara online guna khidmat Foodpanda saja. Penghantaran pun percuma. 

Teruk betulkan Mommy Abang Farid ni.
Banyak perkara ketinggalan!
Dan selalu ketinggalan keretapi!

Agaknya sekarang sudah mula terjebak dengan perkara-perkara yang dia ketinggalan!


 

13 comments

  1. mudah sekarang ni.. malas keluar order saja

    BalasPadam
  2. Wah food panda boleh hantar barang lain juga yek, nmpknya saya pun ketinggalan keretapi nih, hihi..tapi benda2 camni mmg generasi muda yg lebih peka.

    BalasPadam
  3. Serius guna foodpanda bleh beli barang? perghhh....SA baru tau ni...

    BalasPadam
  4. ohh kalau guna shops foodpanda tu free delivery ye? Sangat bagus ni. Ingatkan grab je ada service beli barang. Memang terjebaklah macam ni kak amie. hihi

    BalasPadam
  5. Sama ler kita. Ingatkan foodpanda untuk order makanan je rupanya boleh benda lain. hehehehe Budak-budak sekarang semua tu dalam tangan dia je.

    BalasPadam
  6. hehe senang kan, sediakn aja duitnya ;)

    BalasPadam
  7. Nampaknya cikgu ke depan sikit dari saya sebab tahu awal beberapa jam dsri saya... Saya baca ni la baru tahu.. Hihihi. Tapi shower gel yang abang farid beli tu memang harum sungguh bau dia kan cikgu.....

    BalasPadam
  8. Samalah ketinggalan. Belum lagi guna foodpanda.

    BalasPadam
  9. Sangat memudahkan kerja kita kan 🤩

    BalasPadam
  10. Barang dapur pun boleh, Amie. Dulu masa PKP yang mula-mula dulu, kita boleh tengok kedai runcit pun masuk foodpanda. Sekarang mungkin dah kurang, sebab kedai dah boleh operasi macam biasa.

    BalasPadam
  11. Setuju denga komen Syaz kat atas! hehehe

    BalasPadam
  12. Kakmim pn br tau foodpanda boleh beli brg.. kalau grabfood kakmim tau mmg ada supermarket dlm grabfood.. hehehe.. nmpk sgt jrg guna si panda ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe