Sup Tulang Ayam & The Gang

8:28 PTG

Agak lama rasanya tak renih sup. Dulu selalu sediakan sup untuk anak-anak sebab mereka tak mahu makan sayur. Dengan hirup kuah sup, sekurang-kurangnya adalah juga masuk sedikit zat sayur-sayuran dalam tubuh badan mereka. Kalau makan-makan di rumah kakak ipar, mesti kakak ipar masak sebelanga sup! Sup yang diolah ringkas sahaja, tanpa menambahkan sebarang rempah-rempahan. Oleh kerana tinggal bersama ibu bapa mentua keturunan Cina, memang banyaklah hidangan atau masakan Cina yang biasa kakak ipar masak. Biasanya kakak ipar masak sup kaki ayam, campur dengan leher ayam dan ditambah dengan kurma merah, kentang, lobak dan juga white fungus. Lama kakak ipar renih sup tadi. Kadang-kadang Amie nampak kakak ipar ambil semangkuk sup dan kemudian tambahkan beberapa helai daun salad ke dalamnya.  Sedap jew nampak kakak ipar hirup kuah sup sambil mengunyah daun salad. Suatu hari kakak ipar bergurau:

Nampak tak muka Lina? Cantik licinkan? Sebab Lina kuat hirup sup! Lina ialah anak perempuannya, anak buah kami.

Sup Tulang Ayam and The Gang

Amie gunakan tulang ayam bahagian dada. Itu saja yang ada. Kaki atau leher ayam tidak ada dalam simpanan. Dada ayam sudah digunakan untuk masakan lain. Tambahan bahan yang digunakan termasuklah sebiji bawang besar merah dibelah 4, 8 ulas bawang putih, hirisan halia dan batang daun bawang.


Bahan lain yang menjadi pelengkap sup tulang ayam ikut pusingan jam :  batang saderi, white fungus, cendawan shiitake, lobak merah, kurma merah atau kurma Cina, wolfberry atai goji berry dan akar teratai. Cendawan shiitake dan white fungus perlu direndam terlebih dahulu sehingga kembang.


Masukkan ke semua bahan di atas ke dalam periuk. Tuangkan 2.5 liter air.

Masak di atas dapur gunakan api besar sehingga mendidih selama 10 minit.

Kemudian tutup periuk, dan kecilkan api dapur. Renih sehingga tulang ayam /isi ayam lembut. Perasakan dengan garam / perasa pilihan. Hidangkan panas. Kuah sup akan terasa manis oleh lobak merah, red dates (kurma merah). Kakak ipar letak garam sedikit sahaja kerana inginkan rasa kuah sup yang sedang-sedang, tidak masin. 

Khasiat bahan-bahan yang Amie gunakan dalam sup:

18 comments

  1. sedapnyaa nampak sup tu..bahan2 dalam tu buat sisyat makin terliur tu :-)

    BalasPadam
  2. huaa, snap gambar pakai camera apa ni? cantik gila

    BalasPadam
  3. Oooohh..takde tumis2 ye, terus reneh je atau rebus je ye. Tapi susah juga nak cari semua bahan2 tu, kat mana nak cari ek.

    BalasPadam
  4. nampak pic pun dah menyelerakan, apalagi jika dapat mencicipnya... kami sekeluarga juga 'hantu' sup.. terutama sup daging.

    BalasPadam
  5. Oh, patutlah kulit mereka cantik2, mereka kan suka makan sup

    BalasPadam
  6. wah...sedapnya. tak pernah masak sup macam ni.. kena cuba lah nanti..

    BalasPadam
  7. Kalau lenguh-lenguh suka masak sup rempah2 cina tu, tapi yang rasa manis2 gula batu, daging2 x letak.

    BalasPadam
  8. sedapnya..banyak bahan2 berkhasiat...sekrg ni layan drama cina, mmg depa selalu guna kurma merah dlm masakan, sup & desert..

    BalasPadam
  9. Sedapnye.. makan panas2 tu mau tak cukup 1 mangkuk :)

    BalasPadam
  10. Sup chinese style mmg banyak bahan dalam tu kan..bahan-bahan berkhasiat.

    BalasPadam
  11. Wow, bahan-bahan yang digunakan banyak manfaat untuk kesihatan.

    BalasPadam
  12. Sup lebih sihat dari menggoreng kan Kak.
    Dengan gandingan pelbagai herba larut dalam air macam minum teh.

    BalasPadam
  13. fuhhh...tak pernah makan lagi sup gaya mcm ni...

    BalasPadam
  14. Tengah hujan ni kak. Sedap betul kalau dapat hirup semangkuk sup panas. Masakan sup yang simple dan banyak rencah saya suka. So sedap!

    BalasPadam
  15. Memang chinese style ya, banyak bawang putih dan ada akar teratai

    BalasPadam
  16. kalau dulu2 kat sekolah, kami memang ada kepercayaan orang Cina kulit dan rambutnya cantik2 sebab suka makan sup..

    BalasPadam
  17. SA suka buat sup macam ni...sedap dan berkhasiat..SA nak cari la bahan- bahan macam yang kak amie guna tu...nampak sedap...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe