Latok @ Rumpai Laut & Ikan Layar Masak Lada Putih

3:35 PTG

Waktu Asar di LD pada hari ini tepat pada pukul 3:15 petang. Sebentar lagi nak ikut Encik Suami ke kampung. Sementara menunggu Encik Suami turun, update dahulu dapur maya. Beginilah Amie dengan dunia maya, satu-satunya teman setia untuk berkongsi rasa bersama rakan blogger yang lain. Nanti kalau sudah sibuk bekerja, memang tidaklah sebegini kerap sapu sawang di dapur ini. Sekarang ambil kesempatan sementara semangat menulis masih ada.
Tengahari tadi, seisi keluarga menikmati hidangan tengahari bersama. Hari ini Amie masak ikan layar segar dari pasar, tambahkan latok atau rumpai laut, sayur bening kegemaran Encik Suami, sambal mangga dan juga ikan goreng. 



Anak-anak memang suka makan ikan layar, termasuk Abang Farid. Pelik juga bujang satu ini, pemilih jenis ikan. Tapi kalau ada ikan layar, memang dia pun tumpang jadi raja ikan juga. Si raja ikan, memang sudah pesan awal-awal. Mommy lebihkan kuah, katanya. Amie masak ikut resipi MIL 100%. MIL hanya gunakan bawang putih, bawang merah, halia dan lada putih tumbuk. Selepas ditumis hingga naik bau, masukkan ikan layar dan biarkan sehingga layu atau berubah warna. Kemudian tuangkan air bancuhan asam jawa. Biarkan sehingga kuah hampir pekat, dan kemudian perasakan dengan garam / perasa pilihan.
MIL banyak gunakan lada putih dalam masakan ini. Tapi hasilnya sangat sedap. Minyak ikan layar akan keluar berlenang-lenang seperti di bawah ini. Amie tidak ubah resipi ini sebab rasanya sudah cukup lazat!

Ikan Layar Masak Lada Putih
Latok @ Rumpai Laut

Lama sungguh tak makan latok sejak PKP. Alhamdulillah, rezeki hari ini setelah pasar ikan dibuka semula, dapatlah kami beli latok. Latok boleh dimakan bersama pelbagai pencecah. Ada yang hanya pecahkan cili padi, tambah perasa dan perahan limau kasturi. Ada yang sediakan sambal mangga juga.

Cili Padi dengan perahan Limau Kasturi, tambah garam gula sebagai perasa. Nak makan, pecahkan saja cili padi itu, cecahkan latok!

Sambal Mangga

Ini tak tahu nama sambal apa. Pertama kali Amie makan cecah latok di Restoran Kampungku di Semporna. Oleh kerana sedap sangat, kami minta tambah lagi sambal ini. Balik LD, Amie cuba buat eksperimen sendiri. Menjadilah juga, rasanya pun lebih kurang sama. Amie kisarkan cili merah bersama cili padi, bawang merah mentah, perahan limau kasturi, garam dan gula.
Sekian.
Jumpa lagi.


10 comments

  1. makan latok pertama kali di KK. masa tu rasa sikit pelik lah. then langsung tak makan dah kalau ke KK.. but then nowadays makin popular org makan. macam sedap je tgk org makan. ingat nanti kalau panjang umur dan jalan2 ke KK lagi ingat nak cuba lagi lah.

    BalasPadam
  2. Sedapnya ikan layar. Saya pernah makan dapat dari kawan yang memancing di Rompin bertahun dulu.Sedap macam salmon. Latok tu kat KL sejak ada online bznz ni mudah dah nak dapat. Harga 100gm rm15. Boleh la makan hilangkan teringin

    BalasPadam
  3. selalu tengok orang makan dan order latok, saya tak pernah rasa lagi setakat ni. hehe

    BalasPadam
  4. pernah mkn rumpai laut masa outstation sabah

    BalasPadam
  5. Hidangan yang rare bagi saya. Semua tak pernah rasa lagi kak amie. Latok tu dah popular kat semenanjung tapi belum cuba rasa lagi.

    BalasPadam
  6. Ya allah kak amie, SA tgok entry ni time kat opis ni ha..dah lunch time..terus berbunyi perut...sedapnyaaa...ikan layar tu ikan apa eh kak amie..nampak isnya macam ikan pari...sedap betul nampaknya tu...nak pi cari makanan la...

    BalasPadam
  7. macam sambal asam..sebab ada perahan limau kasturi..

    BalasPadam
  8. Tak pernah makan latok walaupun dah 2 kali ke Sabah. Habis pkp kena gi. Huhu

    BalasPadam
  9. latok ni, masa pkp hari tu pernah makan ! haha tapi tak kena dgn tekak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe