Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan di Musim PKPB

3:40 PTG

Semalam Encik Suami bercadang untuk bawa Amie keluar makan-makan sempena ulang tahun perkahwinan kami. Amie kata, boleh tapi kena tunggu waktu petang sebab berBDR dari pagi. Rupanya Abang Farid sudah ada perancangan sendiri untuk kami. Patutlah sibuk sungguh dia mengarahkan Fairuz sediakan ais batu, dan kemas meja makan. Abang Farid belanja makan tengahari kami sekeluarga dengan KFC.

Abang Farid telefon Fuad yang sedang mengikuti kuliah online di biliknya. Katanya: Cepat turun. Hari ini kita sambut  wedding anniversary Mommy & Baba. 
Fuad pun cepat-cepat turun ke dapur. Petang ini Fuad ada exam online.

Terkejut juga kami, sebab baru dua hari lepas sambut birthday Amie makan KFC dan pizza.  Hari ini makan KFC lagi. Terima kasih Abang Farid  walaupun dalam suasana PKPB tapi masih sempat cari akal untuk meraikan Mommy & Babanya.


Ya Allah, berilah aku keberkatan dari keluargaku dan berikanlah keluargaku keberkatan dariku , berilah aku rezeki dari mereka dan berilah mereka rezeki dariku. Ya Allah, Engkau telah menyatukan kami, maka satukanlah kami dalam kebaikan, dan jika engkau ingin memisahkan kami, maka pisahkanlah kami secara baik-baik. (HR. Ath. Thabrani)

Hari ini, genap 26 tahun ulang tahun perkahwinan kami.
Tahun lepas sudah dapat anugerah jubli perak!

16 comments

  1. alhamdulillah dh 26 tahun.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 26. Semoga terus bahagia akak amie bersama suami serta keluarga.

    Bagus anak anak akak mie buat surprise untuk mommy dan baba :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Walaupun ringkas namun ingatan dan usaha tu yang membahagiakan, kan sis..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Happy Anniversary kak Amie. Semoga kekal bahagia sampai syurga. Aminn

    BalasPadam
  5. happy 26th anniversary utk kak amie & husband..smoga bahagia till jannah..menu kfc menyelerakan...smlm pn menu kfc juga tp lewat ptg dh mkn bz work from home tk sempat mkn ikut time

    BalasPadam
  6. Happy anniversary. Semoga kak Amie sekeluarga bahagia sampai ke syurga

    BalasPadam
  7. Hepi anniversary ye Amie. Semoga bahagia hingga ke Jannah, aamiinn.

    BalasPadam
  8. Happy wedding anniversary cikgu.. Semoga bahagian till Jannah

    BalasPadam
  9. Selamat menyambut anniversary kak, semoga terus bahagia dengan keluarga tercinta.

    BalasPadam
  10. happy anniversary..semoga bahagia terus. kekal hingga hujung nyawa.

    i pun br je anniversary ke 25 thn. kejap je masa kan.

    BalasPadam
  11. cantiknya semua pakai yellow! happy anniversary !!!

    BalasPadam
  12. Happy Belated Wedding Anniversary Kak Amie dan Encik Suami.
    Kurnia rezeki 4 hero segak baju kuning.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah...selamat hari ulangtahun perkahwinan buat amie dan suami...

    BalasPadam
  14. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 26 tahun semoga berbahagia till Jannah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe