Pertama Kali Gunakan Foodpanda Online Food Delivery

1:52 PTG

Sekarang jam menunjukkan pukul 1:30 petang. Encik Suami dan Faiuz baru pulang dari bandar. Encik Suami menemari Fairuz buka akaun bank. Abang Farid dan Firdaus sudah kekenyangan makan tengahari. Fuad pun sudah selesai makan, dan akan sambung kuliah pada pukul 2 petang nanti.

Hari ini kaki agak berat untuk melangkah ke dapur. Dah leka menemani Firdaus menyiapkan kerja sekolahnya, malas pula nak angkat periuk. Sebenarnya sudah masak nasi, dan rendam ikan, dan hanya goreng saja. Sambal tomato pun masih banyak. Makin dipanaskan, makin sedap pula sambal kegemaran anak-anak ini. Tambahkan saja ulam-ulaman sebagai pelengkap.

Setelah hantar tugasan Firdaus melalui aplikasi telegram kepada guru mata pelajarannya, tiba-tiba terfikir pula untuk belajar membeli makanan secara online gunakan khidmat Foodpanda.  Sebelum ini hanya Abang Farid dan Fairuz sahaja yang rajin order makanan guna khidmat Foodpanda, kali ini biarlah Amie pula. Amie beli makanan secara online di Double U Cafe. Tak sampai 30 minit dari masa pesanan, hon motosikal Foodpanda berbunyi di luar pintu pagar. 

Makanan yang dihantar masih panas. Jom sediakan dalam pinggan untuk dijadikan hidangan tengahari.

Mixed Grill

Mixed Grill:
2 potongan lamb & black pepper sauce, chicken & 2 fish, salad, coleslow, french fries & mayonis.



Buttermilk Chicken Rice


Nestum Chicken Rice


Sebentar lagi akan menjelang pukul 2 petang. Jom siap sedia sambung BDR. Nak mandi pun masih sempat lagi ni. BerBDR tidak perlu berpakaian lengkap atau berpakaian rasmi seperti hari-hari bekerja. Pakai kain sarung dengan T-Shirt pun dah boleh bersedia untuk masuk ke dunia maya.

17 comments

  1. Saya suruh anak2 aje kalo nak oder online food ni sbb dorg lagi bijak nak pesan apa ikut selera dorg,hihi.

    Rice and butter ciken tu nampak sangat sedap la amie..hrmmm tiba2 rasa nak masak butter chicken

    BalasPadam
  2. Perghhh sedapnya.. Hihi kalau saya busy pun, saya beli je kak hihi

    BalasPadam
  3. Pertama kali? Takpe, semua benda mesti ada kali pertama... hehehe

    BalasPadam
  4. Ayam masak nestum tu macam sedap je. Mesti crunchy

    BalasPadam
  5. Saya memang rabun IT.Haish...kena belajar jugak ni agar tak jakun.. Hihihi

    BalasPadam
  6. @Nor Azimah Ali Saya tak pandai beli makanan online. Nanti kalau anak-anak dah balik kampus, boleh saya order sendiri kalau teringin.

    BalasPadam
  7. @Blog AzlindaAlin Bicara Mummy Selalu anak-anak yang order, kali ini Kak Amie pula nak belajar beli sendiri.

    BalasPadam
  8. @uncle gedek Betul Uncle, kalau tak ada pertama kali, kali kedua saya pun tak pandai beli...kah!

    BalasPadam
  9. @SalbiahM Betul tu, nestum dia crunchy. Rasanya lebih sedap ratah begitu saja tanpa nasi.

    BalasPadam
  10. @namakucella Samalah kita, banyak benda saya masih rabun... hahahaa. Kena belajar dari anak-anak sebab mereka lebih celik.

    BalasPadam
  11. tak nmpk dari food panda pun, nmpk mcm kak amie yg masak sniri

    BalasPadam
  12. @Atie Zieya makanan dari bungkusan pindahkan ke pinggan, barulah nampak cantik, ambil makanan dalam bungkusan tak nampak sepenuhnya dik.

    BalasPadam
  13. Zumal selalu beli guna foodpanda. Hampir setiap hari juga la 😂

    BalasPadam
  14. Mudah bila order by foodpanda. Order dan tunggu je. Sedap tu apa yang di order kak amie.

    BalasPadam
  15. western kesemuanya! lama tak masak style barat ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe