Kerepek Cornflakes Sira Pedas Buat Kudapan Sambil BerBDR

4:56 PTG

Cerita tentang kudapan, rasanya ada yang suka sediakan kudapan sambil dikunyah waktu berBDR. Bosan pula rasanya hari ini, sebab rumah sunyi sepi. Encik Suami, Fairuz dan Firdaus ke kampung. Abang Farid dengan kerjanya, begitu juga dengan Fuad. Tiba-tiba teringat Kerepek Cornflakes Sira Pedas yang Amie simpan lebih dua bulan lalu! Ya.... Amie teringat semula pada 13 September 2020, bersama Encik Suami ke Tawau dengan tujuan untuk jemput Abang Farid dan Fuad di Lapangan Terbang Tawau. Kami singgah sebentar di Pasar Tanjung, Tawau dan beli pelbagai jenis kerepek. Rasanya habis semua kerepek yang dibeli kami makan termasuk kerepek ubi, popia rumpai laut, amplang, kuih bangkek, kacang gajus, belinjo sira pedas dan entah apa lagi. Rupanya Kerepek Cornflakes Sira Pedas belum berusik! Masih kelihatan cantik kemas dalam bungkusan, duduk bersebelahan dengan kerepek tempe yang juga belum dibuka. Harap eloklah isinya.

Ini dia Kerepek Cornflakes Sira Pedas. Ada kacang tanah dan ada ikan bilis kecil-kecil. Rasanya sangatlah sedap! Krup kraaap..kruupp kraaappp! Jom makan sambil menanti masa tamat waktu berBDR. 

Kerepek Cornflakes Sira Pedas

Hari ini rasa seronok sangat sebab semua tugasan dan laporan telah berjaya disiapkan dan sudah selamat dihantar ke kayangan. Kepala pun rasa ringan sikit. Esok pagi kena bertugas di tempat kerja pula. Kenalah bangun lebih awal, takut terlewat sampai ke tempat kerja sebab terpaksa melalui sekatan jalan raya (SJR) untuk tiba di sana.

12 comments

  1. Ish.... Saya baru sahaja menghabiskan balang yang ke 4 kerepek cornflakes ni. Tapi saya beliii.. Hihihi. Ada campuran ikan bilis kacang & popia yang digulung kecik-kecik juga. Memang ralit mengunyah

    BalasPadam
  2. BDR memang banyak makan. Sikit-sikit pergi dapur. Lama tak tambah stok kudap-kudapan. Kena beli ni, sambil tu boleh bantu usahawan PKS.

    BalasPadam
  3. Ini makan sambil berBDR memang asyik ni, kak. Krup krap krup krap, confirm laju je masuk mulut 😊

    Moga urusan akak ke tempat kerja dipermudah.

    BalasPadam
  4. SEDAP TU SEKEJAP JA SELESAI MENGUNYAHNYA

    BalasPadam
  5. uuiih ni ralit kalau dapat ngunyah ni time tengok tv ke time tngh meeting online hehe.. jangan sampai kantoi tengah krup krapp udahh hehe..

    BalasPadam
  6. Macam menarik dan macam sedap je tu kak amie. Bolehlah cuba buat cornflakes sira sambal pedas buat kudapan. Boring juga asyik makan dengan susu je kan :)

    BalasPadam
  7. SA suka gak ni...sedap..selalu beli je..macam2 campur ada kacang dan ikan bilis serta daun kari..nak buat sendiri tak pandai...better beli jer la kan kak

    BalasPadam
  8. mmg sedap dpt kudapan conflakes sira kunyah2 time work from home ni kn

    BalasPadam
  9. sedapnyaaa siap ada kacang.. makan sekejap terus habis ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe