Lada.... Ya Cerita Lada di Negeri Sabah!
1:27 PTG
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama doakan semoga banjir yang sedang menimpa negeri-negeri di pantai timur akan segera surut. Hendaknya mangsa banjir akan sentiasa tanah dengan musibah ini, dan in shaa Allah banyak hikmah ketabahan di sebalik ujian getir ini.
Cuaca di Sabah pun tidak menentu. Adakalanya mendung sepanjang waktu, dan hanya sesekali saja matahari bersinar. Sejuk dan nyaman sepanjang hari, tapi pakaian yang dijemur memanglah tak kering sepenuhnya.
Cerita tentang cuaca dingin, kita akan tercari-cari sesuatu yang boleh memanaskan.... apa kata kita cerita tentang yang panas tapi sebenarnya pedas! Biasanya kita sebut sambal. Tapi di sini disebut lada! Apa bezanya sebutan antara sambal dan lada? Diperbuat daripada apa?
Ada ketikanya rasanya terlalu pedas, dan terasa banyak pula cukanya. Ada ketikanya terasa sangat sedap! Pedas juga tapi nak menambah! Sebab lengkap sempurna... semua rasa ada. Masin, masam, manis, pedas. Ngam... kata orang Sabah.
Jom kita cerita tentang 'lada' di Negeri Bawah Bayu ini.
Dulu Amie selalu beli. Sebotol (biasanya dalam botol sos), harganya RM3.00. Belajar makan dengan kawan-kawan, begini caranya:
Tuangkan sedikit atau sebanyak mana 'lada' yang kita kehendaki ke dalam sebuah bekas (mangkuk atau piring kecil). Tambahkan garam atau gula atau jika suka tambahkan ajinomoto, kemudian perahkan jus limau kasturi atau limau nipis. Gaul sebati.
Biasanya 'lada' begini dimakan bersama mee goreng, atau bihun goreng. Kalau anda pernah datang ke negeri ini, 'lada' begini memang sentiasa di sediakan di meja makan.
Suatu ketika dahulu, Amie pernah makan soto @ coto makasar dan Amie tambahkan 'lada' begini. Kebetulan pulak 'lada'nya sangat sedap! Walaupun pedas tapi Amie gasak 'lada' tu habis-habisan! Walaaa.... lepas tu selalulah Amie berkunjung ke gerai coto ini untuk menikmati coto makasar bersama 'lada'nya. Sayangnya, tak lama kemudian gerai ini terbakar! Sampai sekarang Amie tak pernah lagi terjumpa 'lada' yang sesedap di situ!
'Lada' bukan saja boleh dimakan bersma coto @ soto, boleh juga tambahkan ke dalam sup tulang dan apa-apa sajalah makanan yang sewaktu dengannya. Pendek kata, kira macam sambal kicaplah juga tu kalau di tempat kita!
Satu lagi... kadang-kadang Amie tuangkan sikit 'lada' kemudian tambahkan cili sos dan juga kicap! Cicahlah dengan ikan goreng. Memang menjadik!
Sekarang Amie tak pernah beli 'lada' lagi. Amie buat sendiri. Lebih terjamin rasa dan kebersihannya kalau kita hasilkan di dapur sendiri. Kalau suka buatlah lebih, tapi kalau nak rasa yang sentiasa segar, buatlah sikit-sikit saja. Gunakan cili padi kampung yang masak dan segar. Tambahkan bawang putih. Gunakan juga halia tapi sikit saja. Tak bubuh pun tak apa, tapi kalau kita bubuh aromanya lagilah mengancam... tambahkan dengan perahan limau kasturi atau limau nipis! Wadeeehhhh....
Nak cuba buat 'lada' tak? Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
100 gram cili padi masak - buang tangkai
20 gram bawang putih - buang kulit
1 hirisan nipis halia muda
1 cawan cuka (ikut paras cili padi dalam pengisar)
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula (jika suka tambahkan 1 sudu teh ajinomoto)
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Masukkan ke dalam botol dan tutup rapat. Boleh simpan di dalam peti sejuk dan boleh juga disimpan di luar (suhu bilik).
4. Ketika ingin menikmatinya bersama makanan pilihan, tuangkan sedikit ke dalam mangkuk dan tambahkan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Boleh tambah bahan perasa seperti garam atau gula jika ingin memenuhi deria rasa anda. Bubuh kicap pun boleh.... terutama Kicap Cap Kipas Udang atau Habhals!
Amacam? Ada selera nak makan?
Terima kasih buat kakak ipar sebab bagi Amie cili padi segar. Bila Encik Suami nampak Amie buat 'lada' ini petang kelmarin, bukan main suka lagi dia....
Pedas memang pedas tapi sedapnya tak dapat dinafikan!
9 comments
Assalam Amie
BalasPadamTengok saja Lada Sabah tu dah terasa pedasnya. Agaknya, kalau Lada Sabah dilagakan dengan Sambal Tahun Kuala Selangor, yang mana jadi johan?
Ayahanda nampak Amie ada menziarahi Ummi, pemantun ulung dari Utara. Anakanda ayahanda juga tu. Lepas ini sesekali Amie boleh hidangkan pantun selepas menghidangkan sesuatu juadah. Biso, kan?
Terliur melihatkan lada tu..
BalasPadamTerbayangkan kesedapan kepedasannya.. ;)
Ayahanda Temuk,
BalasPadamwaalaikumussalam.... he hehehe... dua-dua johan!
Ya... entah macamana boleh sampai ke situ. Terima kasih atas cadangan Ayahanda itu, cantik!
Aizamia,
pedas tapi sedap!
Sejak tinggal di Tawau nie memang suka sangat lada nie.Tapi masih x pandai buat walaupun dah beberapa kali diajar oleh mertua...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMasa sekolah menegah kat lahad datu dulu 2002 memang sambal ni jadi rutin harian makan dengan hotdog n mi goreng, fuhh power. Thanks for the recepi.
BalasPadamYg ni boleh tahan brp lama ye?
BalasPadamDulu mulah tangah nya d tanjong aru ada menambah resepinya dengan memasukan buah labu untuk memekatkan n membagi texture warna bagi lada tersebut.
BalasPadammemang sedap dari tahun 1 hingga sekarang ketagi lada sabah
BalasPadam