Pulut Serunding Kelapa & Secawan Teh Sabah Lemon Panas

10:21 PG

Salam ceria dari LD buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Terima kasih kepada followers baharu yang sudi bertandang ke dapur maya ini. Semoga ukhuwah antara sesama blogger dapat dieratkan.

Pagi ini masuk dapur lebih awal, dan keluar dari dapur dengan menu sarapan pagi, Pulut Serunding Kelapa. Sebelum ini kalau teringin nak makan, beli saja di gerai jualan kuih-muih kerana ini merupakan salah satu menu sarapan pagi atau minum petang kegemaran kami sekeluarga sejak zaman dahulukala... ahaks!

Amie tanak pulut di atas api dapur gas saja. Dulu rajin masak dalam periuk pengukus. Sekarang  tak rajin nak cari periuk pengukus, yang entah di mana letak duduknya. Capai sajalah periuk yang ada di depan mata. Amie masak dua cawan pulut. Cukuplah untuk sarapan sekeluarga. Lagi pun Amie sediakan mee hoon goreng juga. Sukatan beras pulut dan airnya sama sahaja, iaitu 2 cawan beras pulut dengan 2 cawan air. Tambahkan sedikit garam buat perasa, dan satu sudu minyak masak. Masak di atas api sederhana dan selalu kacau masakan supaya tidak berkerak di bawahnya sebelum pulut tanak. Setelah air mengering, untuk elakkan pulut berkerak, bolehlah alas dengan tudung periuk di bawah periuk pulut tadi. Kecilkan api dan tutup periuk. Cara untuk memastikan pulut sudah tanak ialah apabila kita angkat tudung periuk, wap air akan mengalir ke bawah. Itu cara Amie. Tak tahulah cara orang lain. Mungkin ada had masa tertentu yang digunapakai untuk pastikan pulut sudah tanak.

Apabila pulut sudah tanak, sejukkan seketika. Kemudian bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki. Amie dapat 21 ketul saiz bulat dan tak berapa nak bulat. Kalau tak rajin nak bulat-bulatkan, boleh jew terus cecah dengan serunding kelapa. Tapi, lebih puas hati kalau pulut tanak tadi dibentuk. Nampak lebih kemas dan cantik, apa lagi setelah digolek-golek atas serunding kelapa. Serunding kelapanya pula, Amie suka yang ada rasa manis-manis sedikit, cukup rasa masin dan asamnya juga. Alahai.... enak banget! Sebut tentang serunding kelapa ini teringat keenakan serunding kelapa hasil air tangan Bonda!


Pulut Serunding Kelapa


Amie kongsikan resipi serunding kelapa yang sangat sedap ini ye.... ahaks! Serunding kelapa ini bukan dibuat pagi tadi, tapi Amie buat beberapa hari lepas untuk dimakan bersama nasi kuning. Olahan serunding ini Amie ikut cara Bonda. Bonda akan gaul rata semua bahan dan perap 4 hingga 5 jam sebelum dimasak atas kuali. Arwah MIL pun buat perkara yang sama, iaitu gaul kesemua bahan serunding kemudian digoreng dalam kuali hingga kering.

Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut 
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil pati asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
4 sudu besar minyak 

Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris tipis
2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - toskan
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis

Cara memasak:
1. Gaul kesemua bahan di atas hingga mesra dan perap selama 4 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan kesemua bahan yang telah diperap. 
4. Kacau selalu supaya tidak berkerak, dan setelah serunding kelapa mula mengering, padamkan api dapur. Sedap makan pulut dengan serunding kelapa yang tak kering sangat. Serunding lembap-lembap gitu, jadi banyaklah yang akan masuk perut....hiks!


Namanya pun pulut serunding kelapa dari dapur sendiri. Biarlah golek-golek pulut bulat lama-lama sikit bagi banyak melekat serundingnya kan. Kalau tak banyak serunding kelapa, rasa tak puas makan.... kah! Encik Suami kata kalau nak puas makan sajalah serunding kelapanya tu! Adeeehhhh.... tak berapa nak sporting pulaklah diani... hiks!

Sudah menyantap Pulut Serunding Kelapa, jangan lupa hirup Secawan Teh Sabah Lemon Panas secawan. Alhamdulillah. Harap tidaklah mengantuk selepas ini. Jom sambung BDR.

17 comments

  1. Aduhaiiiiii amie...sedapnya serunding kelapa tu. Teringat aruah mak punya air tangan serunding kelapa tu. Sedap bila pedas-pedas sikit cecah pulut. rasa rempahnya perghhhhh *ngences ni*

    BalasPadam
  2. saya suka hampir semua kuih2 yang berasaskan pulut..
    ralit makan sebab fevret hehe..

    BalasPadam
  3. Sedapnya, Amie. Sangat menyelerakan! :)

    BalasPadam
  4. rajinya.. buat pulut ni, lepas tu sedia kan bihun goreng lagi

    BalasPadam
  5. @Atie Zieya Budak-budak tak mahu makan pulut serunding kelapa. Goreng sikit jew mee hoon tu. Separuh ulut serunding tu Encik Suami bawa ke kampung.

    BalasPadam
  6. Kuih favourite ni kak amie. Kalau dekat boleh order. Susah nau nak jumpa. nak memasak tu susah nak mencari kelapa parut dan mood rajin entah kemana. alasan je semua kan. huhu

    BalasPadam
  7. @Azhafizah MN Ikutkan hati malas nak buat Fiza. Selalu beli jew, tapi ni dah lama sangat tak makan. Kebetulan ada bahan, buat jugalah sikit.

    BalasPadam
  8. @notie Kalau emak saya buat serunding, biji ketumbar dia tak tumbuk halus, bila tergigit sedaplah pulak!

    BalasPadam
  9. @Siti Yang Menaip Sedapkan pulut. Kak Amie makan sikit jew walaupun suka sangat, sebab kalau makan lebih, naik pula angin ke kepala, jadi sakit kepala.

    BalasPadam
  10. @iamaSlowRunner Jemput makan sama. Berapa km lari pagi ini? Dah hilang kalori, boleh tambah lagi dengan makan pulut serunding ni.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kak amie.. alahai sedapnya pulut tu comel² pulak tu. serunding tu boleh pelbagai jugak kan kak amie.. buat pulut panggang dan coq badak

    BalasPadam
  12. Wah amie, menu serunding tu senang je ye, tak perlu tumis2, terus lebur dlm kuali camtu je. Nak try buatla nnt. Thanks amie sharing menu serunding.

    BalasPadam
  13. Baru semalam terlintas nak masak serondeng kelapa tetiba hari ini serondengnya lalu depan screen.. Sedapnya serondeng kelapa. Kena kelapa lembab-lembab basah manis-manis skit. Ya ampun... kenapa air liur tetiba keluar ni?

    BalasPadam
  14. Sedapnya. Terliur plak. Nak buat memang banyak step tapi berbaloi

    BalasPadam
  15. @Amie
    Kalau dah ada bahan, memang rajin sikit nak membuatnya kan kak amie.

    BalasPadam
  16. makan makanan ada pulut ni sedap tp tak boleh banyak.. cepat masuk angin. boleh angin satu bdn

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe