Sambal Tomato Versi PKPB

5:51 PTG

Bekalan elektrik di seluruh LD terputus seawal pukul 8:30 pagi tadi. Menjelang pukul 4 petang, barulah hidup semula. Anak-anak panik seketika. Fairuz tidak dapat ikuti google classroom. Fuad pula, sudah risau sebab pukul 9 malam nanti ada peperiksaan. Anak-anak kehausan sebab penapis air tidak boleh berfungsi. Nak sediakan makan tengahari, kena fikirkan masakan tanpa menggunakan elektrik.  Masak nasi gunakan dapur gas, goreng ikan dan sediakan ulam-ulaman. Kebetulan malam tadi masak sambal tomato. Jadi, lengkaplah hidangan tengahari dengan cecahan sambal. 

Sambal Tomato Versi PKPB

Selain raja ikan dan raja ayam, di rumah kami memang banyak raja sambal kecuali Abang Farid. Masak sambal apa pun kena buat lebih, jadi tak perlu buat banyak kali atau setiap kali masak kena buat sambal. Malam tadi Amie masak sambal tomato gunakan cili padi sepenuhnya. Oleh kerana tomato pun tak berapa nak merah, dan cili padi kebanyakannya warna hijau, jadi sambal tomato pun nampak  pucat-pucat merahlah kejadiannya.
Amie tidaklah sukat berapa banyak bahan yang Amie gunakan untuk menghasilkan sambal tomato. Asalkan jadi sambal tomato, habislah ceritanya.


Jika nak lebih pedas, boleh gunakan cili padi kampung yang saiz kecil-kecil itu. Nal lagi tak pedas, gunakan cili merah besar, dan buang biji.  Nak rasa sedang-sedang, boleh campurkan cili padi dengan cili besar. Amie gunakan cili padi sahaja.


Ikut suka hati dan citarasa dan gunakan tomato jenis apa.  Biasanya Amie gunakan tomato yang bersaiz lonjong tetapi ada stok tomato bulat jenis organik yang masih ada, jadi gunakan ini sahaja. Tomato ini tak berapa ada rasa masam, jadi tambahkan sedikit air bancuhan pati  asam jawa semasa memasak sambal.



Amie suka gunakan banyak bawang dalam masakan sambal. Tak kiralah bawang beesar atau bawang merah kecil. Penggunaan bawang yang banyak akan memberi rasa manis semulajadi dalam sambal. Jadi, tak perlu bubuh banyak gula untuk kurangkan rasa pedas.



Selain bawang besar, Amie tambahkan bawang putih dan bawang merah kecil.

Biasanya Amie akan tambahkan udang kering daam masakan sambal tomato, tapi kali ini Amie gunakan belacan sahaja, belacan Thai.

Cara nak masak sambal tomato ini senang sahaja. Ikutlah gaya masing-masing, asalkan masak sempurna dan diterima seisi keluarga. Amie kisar kesemua bahan di atas. Nak kisar halus sampai hancur boleh, dan kisar kasar sedikit pun boleh. Campurkan sahaja cili padi, tomato, bawang dan belacan, dan tambahkan 1 cawan minyak masak. Jika pengisar tidak bergerak, tambahkan sedikit air. Jika kisar tanpa air, apabila masak sambal nanti, tidak akan ada percikan keluar dari kuali menghiasi dinding dapur.... ahaks!
Setelah dikisar, masukkan bahan tadi ke dalam periuk atau kuali. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya dan sedikit bancuhan pati asam jawa. Masak dengan api perlahan sehinggalah sambal tomato terbit minyak.

Sambal Tomato versi PKPB sudah siap masak dan sedia untuk dinikmati. Anak-anak sudah makan dengan kentang goreng, dengan ikan goreng, dengan ayam goreng! Tidak boleh dijangkakan berapa lama sambal tomato ini boleh bertahan lama di dapur sebab seisi keluarga pandai layan diri untuk makan sambal tomato!
Kita baru sahaja minum petang, makan ubi rebus cecah sambal tomato dengan secawan teh Ceylon 888 renih dengan roselle kering dan gula batu serta daun pandan.


Jumpa lagi!

8 comments

  1. Saya buat style lain sikit, kali ni boleh cuba syle sis Amie pulak :D

    BalasPadam
  2. Lebih kurang macam sambal penyet.
    Ok boleh buat sebab suka pedas.

    BalasPadam
  3. Saya pum nasi berlaul ayam goreng vs sambal tomato hari ini.. Konon versi ayam penyet PKPB.. hihihi

    BalasPadam
  4. Saya pun sediakan stok sambal senang nak makan terus ambil je. Bahan bahan lebih kurang sama, cuma saya suka gorengkan bahan terlebih dulu baru blend. dan masak semula.

    first time saya tengok pack belacan dalam bekas. mesti sedap belacan thai tu.

    BalasPadam
  5. salam kak Amie, sedapnya sambal tomtao.saya guna bahan yang sama, cuma cara masak saya goreng semua bahan lepas tu tumbuk atau blend.Tapi tak letak perahan asam jawa.lepas ni nak cuba style akk, macam lagi sedaplah sambalnya..hehe..

    BalasPadam
  6. tak pernah rasa pun sambal tomato ni kak amie..teringin la pulak nak rasa now

    BalasPadam
  7. MasyaAllah..
    Nmpk sedapnya Amie..
    InshaAllah nak cubalah resepi ni.

    BalasPadam
  8. padu nampak sambalnya.. tapi kalau saya buat
    xleh letak tomato.. mak xleh makan. dok buat mmg guna cili jela.
    sambal kena ada kalau x memang x lalu makan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe