Ayam Panggang Rosemary Terkoyak

9:51 PTG

Rehat seketika. Sedang berBDR selepas solat Isya' pukul 7 lebih tadi. Tak tahu sampai pukul berapa selesai tugas. Rumah sunyi sepi. Semua ke kampung, ikut majlis bacaan Yasin. Tinggal Amie bersama Abang Farid di rumah. Katanya sakit kepala, penat mengadap laptop sehari suntuk! Petang tadi selepas berBDR, sempat menyelinap ke dapur. Panggang seekor ayam bulat. Sebenarnya Amie nak panggang kelmarin, tapi Abang Farid dah belanja kami makan KFC, jadi ayam bulat masuk freezer sajalah.
Kelam kabut punya pasal, ayam panggang rosemary terkoyak pada bahagian dadanya. Seksi betul!

Ayam Panggang Rosemary



Lama sangat tak ambil gambar ayam panggang bulat seekor. Terlupa nak ambil sudut mana. Tangkap sajalah mana-mana asalkan ada rupa ayam panggang.... ahaks!
Encik Suami buka cerita lama, padahal sewaktu menyiapkan ayam panggang rosemary ini Amie pun teringat peristiwa itu. Ceritanya, lebih kurang 7 tahun lalu Amie suka kongsi gambar ayam panggang rosemary di FB. Ada seorang perempuan, orang kampung Encik Suami. Dia ingin beli ayam panggang rosemary hasil air tangan Amie. Amie kata, Amie tak jual. Banyak kali jugalah dia pujuk supaya Amie jual, dengan harga berapa pun dia sanggup bayar. Apabila Amie suarakan kepada Encik Suami, katanya buatkan sajalah. Kasihan. Dia tu sedang sakit. Amie pun buatkanlah ayam panggang rosemary untuknya. Dia sangat berpuas hati, dan selalu memuji-muji keenakan ayam panggang tersebut. Memenuhi citarasa dan seleranya, katanya. Kemudian setiap minggu dia menempah. Kalau minggu ini ayam panggang rosemary akan dinikmati bersama keluarganya, minggu hadapan pula katanya ada anak buah balik dari Kuala Lumpur dan dia ingin menghidangkan ayam panggang rosemary untuknya.
Amie tak ingat berapa kali dia tempah ayam panggang rosemary dari Amie, tapi memang setiap minggu sehinggalah menjelang bulan puasa. Dia suka bayar lebih. Katanya hadiah untuk Firdaus. Tidak lama kemudian, terdengar berita dia telah meninggal dunia akibat penyakit kanser yang dideritainya. Dia masih bujang.
Ingat tak arwah.... Amie tak mahu dengar Encik Suami buka semula cerita itu. Moga Cik M tenang di sana, dan tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Aamiin.


Pinjam gambar dari telefon Fairuz. Barulah nampak sopan sikit si ayam berposing. Wokey! Masa untuk kembali menyambung BDR!


8 comments

  1. Aduh.. Sedapnya...
    Kalu musang nampak, ngences ni.. Hihihi

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah untuk arwah Cik M. Nasib baik kak Amie buatkan, kalau tak mesti terkilan. Kalau dekat, saya pun nak tempah tapi apakan daya jauh seberang laut tu ha

    BalasPadam
  3. dah lama dana tak membakar ayam seekor gini kak, sejak oven kecik ni macam tak berapa bernapsu nak membakar seekor gini heheheh...
    ayam akak tu memang sgt menggoda dan seksi lah heheheh...

    alfatihah buat arwah
    nasibla akak buatkan jugak ayam tu kan, kalau tidak mesti rasa menyesal...

    BalasPadam
  4. Sedapnya ayam panggan rosemary. Aroma rosemary tu saya suka. Rezeki arwah dapat merasa air tangan Kak Amie :)

    BalasPadam
  5. nampak enak benar...ada kisah rupanya di sebalik ayam panggang ni ya..

    BalasPadam
  6. tersangatlah sedapnya ayam panggang amie

    BalasPadam
  7. O' it is original the story I am fond of eating food also now I am in my college and I prepper assignment with help of Assignment Help service.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe