Lunch dengan Nasi Goreng Udang

3:05 PTG

Tengahari kelmarin masak nasi lauk ikan. Apabila Abang Farid jenguk ke dapur dan terus keluar, adalah tu sesuatu yang akan berlaku! Rupanya Abang Farid berpakat dengan Firdaus untuk order makanan dari luar. Sudah tentulah makanan yang ada ayam! Selalunya Abang Farid order KFC secara online. Kadang-kadang order nasi ayam. Pokoknya, apa yang dipesan mesti ada ayam!
Maka, tak lakulah nasi sampai ke petang! Fuad pula, memang sudah faham selera Abang Farid, kalau boleh dihabiskannya beberapa ekor ikan goreng di dalam pinggan. Katanya, kalau ditinggalkan pun bukannya Abang Farid makan juga ikan itu! Fairuz pula menyiapkan kerja kursus di rumah kawannya dan tidak balik makan tengahari. Oleh kerana Amie masak sekali harung untuk makan tengahari dan malam, memang banyaklah nasi lebih dalam periuk! Jadi, tengahari tadi Amie goreng saja lebihan nasi yang Amie simpan dalam peti sejuk.
Nasi Goreng Udang habis licin oleh 4 anak bujang! Amie sengaja bubuh udang lebih, jadi anak-anak pun sukalah. Encik Suami pula, sudah panjang langkahnya. Kakinya sudah sembuh dan sudah mula memandu sejak kelmarin. Hidangannya masih juga macam orang berpantang. Amie masakkan menu lain untuknya, dan oleh kerana katanya selepas Zohor ada urusan dengan boss dan juga pekerja bawahannya, jadi Amie kemudiankan goreng nasi untuk anak-anak.

Nasi Goreng Udang

Di sini, Amie kongsikan resepi Nasi Goreng Udang yang anak-anak gemari. Lain kali kalau Abang Farid nak buat nasi goreng, boleh rujuk di sini. Abang Farid suka makan udang, tapi tak mahu pegang udang yang belum dibersihkan. Katanya, di rumah sewa dia pernah masak udang tapi beli udang vakum saja! Jom lihat resepi mudah Nasi Goreng Udang di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 5 cawan nasi putih sejuk
  • 500 gram udang segar - bersihkan - buang kulit dan kepala
  • 1 cawan isi jagung tin
  • 1 cawan hirisan kacang panjang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang Bombay - cincang
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
  1.  Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang Bombay hingga kuning keemasan.
  2. Masukkan udang dan kacau beberapa kali. Masak sehingga udang berubah warna.
  3. Kemudian masukkan serbuk cili, jagung dan kacang panjang. Kacau sehingga kacang panjang berubah warna.
  4. Seterusnya masukkan nasi putih. Gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

21 comments

  1. Adduhai sedapnya nasib goreng amie

    BalasPadam
  2. Wuaah .. jelas kalau nasi goreng ini sedap bukan main ..., aku juga langsung lapar lihatnya, kak.
    Maklum, aku suka udang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Himawan,
      Jemput makan, udang memang banyak orang suka.

      Padam
  3. Balasan
    1. Cahaya,
      Betul tu, korek udang dulu baru makan nasi hihihii.

      Padam
  4. boleh try masak esok utk buka puasa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      Alhamdulillah. Selamat berpuasa dan berbuka.

      Padam
  5. Meriah dengan udang, lagi sedap rasanya. udang my fav too kak amie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      Udang memang banyak peminat kan hihihiii.

      Padam
  6. Nasi goreng udang ni best sebab air udang tu keluar kan, manis 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      betul tu, udang masak apa pun sedap sebab udang memang sedap.

      Padam
  7. Wah sedapnya...!! Bila banyak letak udang ni memang best!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      betul tu, cari udang dulu baru suap nasi.

      Padam
  8. Bestnya menu sis. Zumal pun makan nasi goreng ada udang gak tadi walaupun elergik makanan laut tapi teringin sangat 🤭😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal,
      terima kasih dik. Alahai... Ale gik makanan laut pulak ye.

      Padam
  9. Nampak sangat menyelerakan. Terliur dibuatnya 😊

    BalasPadam
  10. sedapnya.. terus rasa macam nak buat juga petang ini.. hehehe..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe