Mulberi Kampung

11:42 PG

Kononnya selepas sarapan pagi, Encik Suami bawa Amie jalan-jalan ke kampung. Memandangkan semua pasar pun tutup, jadi eloklah cari angin kampung pula. Banyak juga gerai buah dan sayuran di tepi jalan boleh kami singgah dan beli apa yang berkenan di hati. Sekarang ini, banyak sungguh gerai muncul di tepi jalan seperti cendawan tumbuh! Pelbagai jenis hasil tanaman kampung dijual seperti pisang, ubi kayu, keledek, nanas, jagung, cempedak, buah jambu, kacang panjang, cili dan sebagainya. Sebelum membelok jalan ke kampung, Encik Suami memandu ikut jalan ke bandar dahulu. Terpandang Pasar Ikan LD sudah dibuka kembali setelah ditutup akibat Covid-19. Pasar Sayur juga dibuka, tetapi Pasar Tani masih ditutup. 

Seronok sangatlah dapat masuk ke pasar ikan. Tempat letak kereta pun banyak yang kosong. Tidak seperti kebiasaannya, penuh sesak! Keluar dari pasar ikan, masuk pula pasar sayur. Kemudian kami singgah di coldstorage pula. Nampaknya tujuan untuk ke kampung sudah menyimpang 360'. Akhirnya kami pulang ke rumah dengan barang basah penuh dalam bonet kereta.

Sebenarnya Amie ingin sambung makan buah mulberi di kampung! 

Mulberi Kampung

Encik Suami kata, dahulu mereka panggil buah mulberi ini buah jem sebab arwah MIL suka buat jem. Sebenarnya Amie tak pernah hiraukan pun buah mulberi ini. Pada sangkaan Amie, walaupun masak rasanya tetap masam. Jadi, pedulikan saja buah mulberi ini.

Biras Amie beritahu, setiap hari dia akan cari buah mulberi yang masak dan akan memakannya. Katanya lagi, buah mulberi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. 

Amie tangkap gambar untuk suka-suka saja.

Biras Amie memilih beberapa biji buah mulberi serahkan kepada Amie. Katanya, buah belum cukup masak dan rasanya masam-masam manis. 

Buat pertama kalinya pada petang itu Amie cuba makan buah mulberi.
Tidaklah rasa masam, sebaliknya rasa manis walaupun belum masak sepenuhnya!
Sedaplah pulak!
Setelah bersoal jawab dengan Pak Google, masha Allah! Banyaknya khasiat mulberi, dari akar sehingga ke pucuknya memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Ruginya!
Selama ini sombong tak mahu pandang buah mulberi. Sekarang baru tahu sedap tidaknya!
Kebetulan pula, sebelum itu ipar Amie berikan Amie buah ajaib. Ini lagi satu buah pelik. Katanya, selepas makan buah ajaib, kita makan benda yang masam, rasa masam itu berubah jadi manis! Issshh...issshhh! Pelik sungguh pengalaman petang itu. Adakah disebabkan makan buah ajaib, dan kemudian makan buah mulberi yang belum cukup masak itu, kuasa buah ajaib itu yang menjadikan rasa buah mulberi manis?
Pengalaman berharga; adik ipar bagi makan buah ajaib, biras bagi makan buah mulberi. Petang nanti kalau ada kesempatan, nak ke kampung juga. Teruja nak tahu rasa sebenar mulberi kalau tidak makan buah ajaib terlebih dahulu.

Inilah buah ajaib yang dikatakan selepas memakannya, dapat menukar rasa masam makanan yang dimakan kemudiannya.

7 comments

  1. Wah,hebatnya ciptaan Allah, buah ajaib.Saya berlum pernah makan. Kalau buah lemba saya tahulah yang tumbuh liar dalam kebun getah. Pokoknya macam anak pokok kelapa baru tumbuh. Buahnya macam bawang putih tapi berbiji halus hitam. Kalau makan buah lemba pun sama, makan apa sahaja lepas tu rasa manis.

    Pokok mulberry/ pokok ulat sutera tu tempat saya dioanggil pokok bayam batu. Pucuknya boleh dijadikan ulam dan sayur.

    BalasPadam
  2. Ya pernah dengar buah ajaib tukarkan rasa masam ke manis dan sebaliknya.
    Tidak puas makan sebiji mulberi. Kecil sangat.

    BalasPadam
  3. Sedapnya mulberry buat jus, khasiatnya pun tinggi...

    BalasPadam
  4. Saya pun kalau balik kampung mesti perati pokok buah mulberi ni. Kalau ada yang masak makan terus. Yang warna merah gelap hitam tu paling manis kak amie. Buat air sedap, buat jem pun sedap :)

    BalasPadam
  5. Saya suka jem mulberi tapi tulah tak pernah makan buah saja

    BalasPadam
  6. cantik color dia... tak pernah lagi makan original buah dia..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe