Agak lama rasanya tak renih sup. Dulu selalu sediakan sup untuk anak-anak sebab mereka tak mahu makan sayur. Dengan hirup kuah sup, sekurang-kurangnya adalah juga masuk sedikit zat sayur-sayuran dalam tubuh badan mereka. Kalau makan-makan di rumah kakak ipar, mesti kakak ipar masak sebelanga sup! Sup yang diolah ringkas sahaja, tanpa menambahkan sebarang rempah-rempahan. Oleh kerana tinggal bersama ibu bapa mentua keturunan Cina, memang banyaklah hidangan atau masakan Cina yang biasa kakak ipar masak. Biasanya kakak ipar masak sup kaki ayam, campur dengan leher ayam dan ditambah dengan kurma merah, kentang, lobak dan juga white fungus. Lama kakak ipar renih sup tadi. Kadang-kadang Amie nampak kakak ipar ambil semangkuk sup dan kemudian tambahkan beberapa helai daun salad ke dalamnya. Sedap jew nampak kakak ipar hirup kuah sup sambil mengunyah daun salad. Suatu hari kakak ipar bergurau:
Nampak tak muka Lina? Cantik licinkan? Sebab Lina kuat hirup sup! Lina ialah anak perempuannya, anak buah kami.
Sup Tulang Ayam and The Gang |
- Goji beri / wolfberry : 34 Sebab Mengapa Perlu Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell
- White fungus : Khasiat dan Kebaikan White Fungus
- Kurma Cina / red dates : Jom Ikut Petua Kesihatan Orang Cina Guna Kurma Merah, Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Wanita!
- Cendawan shiitake : Patutlah Cendawan Shiitake Ni Popular dan Mahal Harganya. Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Rupanya
- Saderi : 10 Khasiat Saderi Yang Anda Boleh Jadikan Sebahagian Dari Menu Sihat Seharian
- Lobak merah : Enam Khasiat Lobak Merah Selain Bagus Untuk Mata Yang Ramai Orang Tak Tahu
- Akar teratai : Sehat, Akar Teratai Bisa Redakan Hipertensi hingga Stres
sedapnyaa nampak sup tu..bahan2 dalam tu buat sisyat makin terliur tu :-)
BalasPadamhuaa, snap gambar pakai camera apa ni? cantik gila
BalasPadamAtie Zieya,
PadamKak Amie guna Sony RX100 M6.
Oooohh..takde tumis2 ye, terus reneh je atau rebus je ye. Tapi susah juga nak cari semua bahan2 tu, kat mana nak cari ek.
BalasPadamnampak pic pun dah menyelerakan, apalagi jika dapat mencicipnya... kami sekeluarga juga 'hantu' sup.. terutama sup daging.
BalasPadamOh, patutlah kulit mereka cantik2, mereka kan suka makan sup
BalasPadamwah...sedapnya. tak pernah masak sup macam ni.. kena cuba lah nanti..
BalasPadamKalau lenguh-lenguh suka masak sup rempah2 cina tu, tapi yang rasa manis2 gula batu, daging2 x letak.
BalasPadamsedapnya..banyak bahan2 berkhasiat...sekrg ni layan drama cina, mmg depa selalu guna kurma merah dlm masakan, sup & desert..
BalasPadamSedapnye.. makan panas2 tu mau tak cukup 1 mangkuk :)
BalasPadamSup chinese style mmg banyak bahan dalam tu kan..bahan-bahan berkhasiat.
BalasPadamWow, bahan-bahan yang digunakan banyak manfaat untuk kesihatan.
BalasPadamSup lebih sihat dari menggoreng kan Kak.
BalasPadamDengan gandingan pelbagai herba larut dalam air macam minum teh.
fuhhh...tak pernah makan lagi sup gaya mcm ni...
BalasPadamTengah hujan ni kak. Sedap betul kalau dapat hirup semangkuk sup panas. Masakan sup yang simple dan banyak rencah saya suka. So sedap!
BalasPadamMemang chinese style ya, banyak bawang putih dan ada akar teratai
BalasPadamkalau dulu2 kat sekolah, kami memang ada kepercayaan orang Cina kulit dan rambutnya cantik2 sebab suka makan sup..
BalasPadamSA suka buat sup macam ni...sedap dan berkhasiat..SA nak cari la bahan- bahan macam yang kak amie guna tu...nampak sedap...
BalasPadam