Salam ceria dari LD buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Terima kasih kepada followers baharu yang sudi bertandang ke dapur maya ini. Semoga ukhuwah antara sesama blogger dapat dieratkan.
Pagi ini masuk dapur lebih awal, dan keluar dari dapur dengan menu sarapan pagi, Pulut Serunding Kelapa. Sebelum ini kalau teringin nak makan, beli saja di gerai jualan kuih-muih kerana ini merupakan salah satu menu sarapan pagi atau minum petang kegemaran kami sekeluarga sejak zaman dahulukala... ahaks!
Amie tanak pulut di atas api dapur gas saja. Dulu rajin masak dalam periuk pengukus. Sekarang tak rajin nak cari periuk pengukus, yang entah di mana letak duduknya. Capai sajalah periuk yang ada di depan mata. Amie masak dua cawan pulut. Cukuplah untuk sarapan sekeluarga. Lagi pun Amie sediakan mee hoon goreng juga. Sukatan beras pulut dan airnya sama sahaja, iaitu 2 cawan beras pulut dengan 2 cawan air. Tambahkan sedikit garam buat perasa, dan satu sudu minyak masak. Masak di atas api sederhana dan selalu kacau masakan supaya tidak berkerak di bawahnya sebelum pulut tanak. Setelah air mengering, untuk elakkan pulut berkerak, bolehlah alas dengan tudung periuk di bawah periuk pulut tadi. Kecilkan api dan tutup periuk. Cara untuk memastikan pulut sudah tanak ialah apabila kita angkat tudung periuk, wap air akan mengalir ke bawah. Itu cara Amie. Tak tahulah cara orang lain. Mungkin ada had masa tertentu yang digunapakai untuk pastikan pulut sudah tanak.
Apabila pulut sudah tanak, sejukkan seketika. Kemudian bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki. Amie dapat 21 ketul saiz bulat dan tak berapa nak bulat. Kalau tak rajin nak bulat-bulatkan, boleh jew terus cecah dengan serunding kelapa. Tapi, lebih puas hati kalau pulut tanak tadi dibentuk. Nampak lebih kemas dan cantik, apa lagi setelah digolek-golek atas serunding kelapa. Serunding kelapanya pula, Amie suka yang ada rasa manis-manis sedikit, cukup rasa masin dan asamnya juga. Alahai.... enak banget! Sebut tentang serunding kelapa ini teringat keenakan serunding kelapa hasil air tangan Bonda!
Pulut Serunding Kelapa |
Sudah menyantap Pulut Serunding Kelapa, jangan lupa hirup Secawan Teh Sabah Lemon Panas secawan. Alhamdulillah. Harap tidaklah mengantuk selepas ini. Jom sambung BDR.
Aduhaiiiiii amie...sedapnya serunding kelapa tu. Teringat aruah mak punya air tangan serunding kelapa tu. Sedap bila pedas-pedas sikit cecah pulut. rasa rempahnya perghhhhh *ngences ni*
BalasPadamsaya suka hampir semua kuih2 yang berasaskan pulut..
BalasPadamralit makan sebab fevret hehe..
Sedapnya, Amie. Sangat menyelerakan! :)
BalasPadamrajinya.. buat pulut ni, lepas tu sedia kan bihun goreng lagi
BalasPadam@Atie Zieya Budak-budak tak mahu makan pulut serunding kelapa. Goreng sikit jew mee hoon tu. Separuh ulut serunding tu Encik Suami bawa ke kampung.
BalasPadamKuih favourite ni kak amie. Kalau dekat boleh order. Susah nau nak jumpa. nak memasak tu susah nak mencari kelapa parut dan mood rajin entah kemana. alasan je semua kan. huhu
BalasPadam@Azhafizah MN Ikutkan hati malas nak buat Fiza. Selalu beli jew, tapi ni dah lama sangat tak makan. Kebetulan ada bahan, buat jugalah sikit.
BalasPadam@notie Kalau emak saya buat serunding, biji ketumbar dia tak tumbuk halus, bila tergigit sedaplah pulak!
BalasPadam@Siti Yang Menaip Sedapkan pulut. Kak Amie makan sikit jew walaupun suka sangat, sebab kalau makan lebih, naik pula angin ke kepala, jadi sakit kepala.
BalasPadam@iamaSlowRunner Jemput makan sama. Berapa km lari pagi ini? Dah hilang kalori, boleh tambah lagi dengan makan pulut serunding ni.
BalasPadamAssalamualaikum kak amie.. alahai sedapnya pulut tu comel² pulak tu. serunding tu boleh pelbagai jugak kan kak amie.. buat pulut panggang dan coq badak
BalasPadamWah amie, menu serunding tu senang je ye, tak perlu tumis2, terus lebur dlm kuali camtu je. Nak try buatla nnt. Thanks amie sharing menu serunding.
BalasPadamBaru semalam terlintas nak masak serondeng kelapa tetiba hari ini serondengnya lalu depan screen.. Sedapnya serondeng kelapa. Kena kelapa lembab-lembab basah manis-manis skit. Ya ampun... kenapa air liur tetiba keluar ni?
BalasPadamSedapnya. Terliur plak. Nak buat memang banyak step tapi berbaloi
BalasPadamTerasa lapar saya tengok
BalasPadam@Amie
BalasPadamKalau dah ada bahan, memang rajin sikit nak membuatnya kan kak amie.
makan makanan ada pulut ni sedap tp tak boleh banyak.. cepat masuk angin. boleh angin satu bdn
BalasPadam