Sekarang jam menunjukkan pukul 1:30 petang. Encik Suami dan Faiuz baru pulang dari bandar. Encik Suami menemari Fairuz buka akaun bank. Abang Farid dan Firdaus sudah kekenyangan makan tengahari. Fuad pun sudah selesai makan, dan akan sambung kuliah pada pukul 2 petang nanti.
Hari ini kaki agak berat untuk melangkah ke dapur. Dah leka menemani Firdaus menyiapkan kerja sekolahnya, malas pula nak angkat periuk. Sebenarnya sudah masak nasi, dan rendam ikan, dan hanya goreng saja. Sambal tomato pun masih banyak. Makin dipanaskan, makin sedap pula sambal kegemaran anak-anak ini. Tambahkan saja ulam-ulaman sebagai pelengkap.
Setelah hantar tugasan Firdaus melalui aplikasi telegram kepada guru mata pelajarannya, tiba-tiba terfikir pula untuk belajar membeli makanan secara online gunakan khidmat Foodpanda. Sebelum ini hanya Abang Farid dan Fairuz sahaja yang rajin order makanan guna khidmat Foodpanda, kali ini biarlah Amie pula. Amie beli makanan secara online di Double U Cafe. Tak sampai 30 minit dari masa pesanan, hon motosikal Foodpanda berbunyi di luar pintu pagar.
Makanan yang dihantar masih panas. Jom sediakan dalam pinggan untuk dijadikan hidangan tengahari.
Mixed Grill |
Mixed Grill: 2 potongan lamb & black pepper sauce, chicken & 2 fish, salad, coleslow, french fries & mayonis. |
Buttermilk Chicken Rice |
Nestum Chicken Rice |
Saya suruh anak2 aje kalo nak oder online food ni sbb dorg lagi bijak nak pesan apa ikut selera dorg,hihi.
BalasPadamRice and butter ciken tu nampak sangat sedap la amie..hrmmm tiba2 rasa nak masak butter chicken
Perghhh sedapnya.. Hihi kalau saya busy pun, saya beli je kak hihi
BalasPadamPertama kali? Takpe, semua benda mesti ada kali pertama... hehehe
BalasPadamAyam masak nestum tu macam sedap je. Mesti crunchy
BalasPadamSaya memang rabun IT.Haish...kena belajar jugak ni agar tak jakun.. Hihihi
BalasPadam@Nor Azimah Ali Saya tak pandai beli makanan online. Nanti kalau anak-anak dah balik kampus, boleh saya order sendiri kalau teringin.
BalasPadam@Blog AzlindaAlin Bicara Mummy Selalu anak-anak yang order, kali ini Kak Amie pula nak belajar beli sendiri.
BalasPadam@uncle gedek Betul Uncle, kalau tak ada pertama kali, kali kedua saya pun tak pandai beli...kah!
BalasPadam@SalbiahM Betul tu, nestum dia crunchy. Rasanya lebih sedap ratah begitu saja tanpa nasi.
BalasPadam@namakucella Samalah kita, banyak benda saya masih rabun... hahahaa. Kena belajar dari anak-anak sebab mereka lebih celik.
BalasPadamtak nmpk dari food panda pun, nmpk mcm kak amie yg masak sniri
BalasPadam@Atie Zieya makanan dari bungkusan pindahkan ke pinggan, barulah nampak cantik, ambil makanan dalam bungkusan tak nampak sepenuhnya dik.
BalasPadamصيانة الاجهزة المنزلية في مصر
BalasPadamمواقع الصيانة
صيانة كريازي
Smarthost-it شركة تسويق وتصميم مواقع
صيانة الاجهزة المنزلية في مصر
BalasPadamمواقع الصيانة
صيانة كريازي
Smarthost-it شركة تسويق وتصميم مواقع
Zumal selalu beli guna foodpanda. Hampir setiap hari juga la 😂
BalasPadamMudah bila order by foodpanda. Order dan tunggu je. Sedap tu apa yang di order kak amie.
BalasPadamwestern kesemuanya! lama tak masak style barat ni
BalasPadam