Selamat pagi warga Borneo dan Malaya, juga warga negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Moga baik-baik sahaja ceritanya ketika ini. Pagi ini Amie sediakan Nasi Goreng Sambal Garing Udang Geragau buata alas perut seisi keluarga.
Nasi Goreng Sambal Garing Udang Geragau |
Sambal Garing Udang Geragau |
Jom lihat resipi Nasi Goreng Sambal Garing Udang Geragau di bawah ini.
Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 cawan hirisan kacang panjang
1 cawan isi jagung
3 sudu besar Sambal Garing Udang Geragau
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
- Masukkan isi jagung dan kacang panjang. Kacau rata.
- Kemudian masukkan nasi putih, diikuti dengan garam / perasa pilihan.
- Gaul sebati, dan akhir sekali masukkan Sambal Garing Udang Geragau.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
- Hidangkan dengan hirisan telur dadar dan taburkan Sambal Garing Udang Geragau di atasnya.
Selamat menjalankan tugas dari rumah. Senyum-senyum selalu!
Setakat ni tak pernah lagi masak nasi goreng sambal garing udang geragau. Pasti sedap sambal garing udang geragau tu. Yang sedap haruslah habis dulu.
BalasPadamKalau ada sambal macam ni bolehlah saya cuba masak nasi goreng style kak amie
Wah sedap nie Amie.. lain kali kalau ada stok sambal macam nie boleh lah cuba juga masak macam Amie..
BalasPadamwaduhhhh sedap nih kak... bau udang geragau tu sedap, lagilah dibuat sambal kering
BalasPadamGambar Amie tak pernah menghampakan
BalasPadamsedapnya..cantik hiasan telur gulung..
BalasPadamHiasan gred A! macam hotel lima bintang!
BalasPadamsedapnya ni! terliur dah huhuhu nak sikit boleh?
BalasPadamNampak menyelerakan sekali
BalasPadamSalaam, sedap.
BalasPadamDisini belacan import asik jumpa sampah, makanya buat sambal , sambal belacan directly guna geragau Kering atau cencalok Korea. After all belacan also based from fermented geragau..
Sama aja rasanya.
Semua nampak menyelerakan :)
BalasPadamPresentation first class 👍😋
BalasPadamPresentation mmg terbaekkk... terus lapor tgk gambar
BalasPadamNampak sedap!! Senang dan mudah dibuat juga! Cantik la hiasan guna telur macam tu!
BalasPadamSodap.. sodap.. first time nampak udang geragau dijadikan sambal.. mengancam sangat nie..
BalasPadam