Kononnya selepas sarapan pagi, Encik Suami bawa Amie jalan-jalan ke kampung. Memandangkan semua pasar pun tutup, jadi eloklah cari angin kampung pula. Banyak juga gerai buah dan sayuran di tepi jalan boleh kami singgah dan beli apa yang berkenan di hati. Sekarang ini, banyak sungguh gerai muncul di tepi jalan seperti cendawan tumbuh! Pelbagai jenis hasil tanaman kampung dijual seperti pisang, ubi kayu, keledek, nanas, jagung, cempedak, buah jambu, kacang panjang, cili dan sebagainya. Sebelum membelok jalan ke kampung, Encik Suami memandu ikut jalan ke bandar dahulu. Terpandang Pasar Ikan LD sudah dibuka kembali setelah ditutup akibat Covid-19. Pasar Sayur juga dibuka, tetapi Pasar Tani masih ditutup.
Seronok sangatlah dapat masuk ke pasar ikan. Tempat letak kereta pun banyak yang kosong. Tidak seperti kebiasaannya, penuh sesak! Keluar dari pasar ikan, masuk pula pasar sayur. Kemudian kami singgah di coldstorage pula. Nampaknya tujuan untuk ke kampung sudah menyimpang 360'. Akhirnya kami pulang ke rumah dengan barang basah penuh dalam bonet kereta.
Sebenarnya Amie ingin sambung makan buah mulberi di kampung!
|
Mulberi Kampung |
Encik Suami kata, dahulu mereka panggil buah mulberi ini buah jem sebab arwah MIL suka buat jem. Sebenarnya Amie tak pernah hiraukan pun buah mulberi ini. Pada sangkaan Amie, walaupun masak rasanya tetap masam. Jadi, pedulikan saja buah mulberi ini.
Biras Amie beritahu, setiap hari dia akan cari buah mulberi yang masak dan akan memakannya. Katanya lagi, buah mulberi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.
Amie tangkap gambar untuk suka-suka saja.
Biras Amie memilih beberapa biji buah mulberi serahkan kepada Amie. Katanya, buah belum cukup masak dan rasanya masam-masam manis. Buat pertama kalinya pada petang itu Amie cuba makan buah mulberi.
Tidaklah rasa masam, sebaliknya rasa manis walaupun belum masak sepenuhnya!
Sedaplah pulak!
Setelah bersoal jawab dengan Pak Google, masha Allah! Banyaknya khasiat mulberi, dari akar sehingga ke pucuknya memberi pelbagai manfaat kesihatan.
Ruginya!
Selama ini sombong tak mahu pandang buah mulberi. Sekarang baru tahu sedap tidaknya!
Kebetulan pula, sebelum itu ipar Amie berikan Amie buah ajaib. Ini lagi satu buah pelik. Katanya, selepas makan buah ajaib, kita makan benda yang masam, rasa masam itu berubah jadi manis! Issshh...issshhh! Pelik sungguh pengalaman petang itu. Adakah disebabkan makan buah ajaib, dan kemudian makan buah mulberi yang belum cukup masak itu, kuasa buah ajaib itu yang menjadikan rasa buah mulberi manis?
Pengalaman berharga; adik ipar bagi makan buah ajaib, biras bagi makan buah mulberi. Petang nanti kalau ada kesempatan, nak ke kampung juga. Teruja nak tahu rasa sebenar mulberi kalau tidak makan buah ajaib terlebih dahulu.
Inilah buah ajaib yang dikatakan selepas memakannya, dapat menukar rasa masam makanan yang dimakan kemudiannya.
Wah,hebatnya ciptaan Allah, buah ajaib.Saya berlum pernah makan. Kalau buah lemba saya tahulah yang tumbuh liar dalam kebun getah. Pokoknya macam anak pokok kelapa baru tumbuh. Buahnya macam bawang putih tapi berbiji halus hitam. Kalau makan buah lemba pun sama, makan apa sahaja lepas tu rasa manis.
BalasPadamPokok mulberry/ pokok ulat sutera tu tempat saya dioanggil pokok bayam batu. Pucuknya boleh dijadikan ulam dan sayur.
Ya pernah dengar buah ajaib tukarkan rasa masam ke manis dan sebaliknya.
BalasPadamTidak puas makan sebiji mulberi. Kecil sangat.
Sedapnya mulberry buat jus, khasiatnya pun tinggi...
BalasPadamSaya pun kalau balik kampung mesti perati pokok buah mulberi ni. Kalau ada yang masak makan terus. Yang warna merah gelap hitam tu paling manis kak amie. Buat air sedap, buat jem pun sedap :)
BalasPadamSaya suka jem mulberi tapi tulah tak pernah makan buah saja
BalasPadamcantik color dia... tak pernah lagi makan original buah dia..
BalasPadamSalam
BalasPadam