Rendam Kaki dengan Herba Perubatan Tibet (Chinese Herb Shop)

10:35 PG

Tak banyak nak tulis kisah rendam kaki sebab tak dibenarkan ambil gambar. Gambar yang Amie paparkan ini pun gambar curi-curi dengan Kam hihihiiii!
Alkisahnya, pagi 18 Disember 2018 itu kami dibawa ke pusat perubatan berasaskan herba. Menurut petugas yang memberi penerangan kepada kami waktu itu, teknik perubatan di sini berasal dari Tibet. Patutlah sebaik sahaja kami menjejak kaki di tingkat atas, bahagian pintu masuk terpampang sebuah lukisan besar, rasanya pemandangan salah sebuah kawasan di Tibet.



Banyak bilik rawatan yang disediakan di sini. Pekerjanya pun ramai dan cekap melakukan tugas seperti menyediakan besen dan mengisi air panas sewaktu ceramah atau penerangan berkaitan perubatan berasaskan herba diberikan.

 Setiap besen diletakkan satu sachet herba.



Bermulalah sesi rendam kaki. Kemudian datanglah pakar-pakar perubatan menelek kami. Menyentuh hujung jari, kuku, tapak tangan dan sebagainya dan kemudian memberitahu kami apa jenis penyakit yang kami hadapi. Yang Amie ingat, Kam dikatakan mempunyai pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit-sakit sendi dan urat. Maka  Kam pun diberi 'cigong' iaitu teknik perubatan untuk mengeluarkan penyakitnya. Kemudian, Kam membeli ubat herba yang dicadangkan sesuai dengan penyakitnya. 
Sesiapa yang pernah membaca blog atau mendengar pengalaman kawan-kawan yang pernah ke sini tentu sudah dapat menangkap maksud mengapa kita dibawa ke pusat perubatan ini. Terpulanglah untuk membuat keputusan, sama ada membeli atau menolak tawaran ubat-ubatan herba yang dipromosikan. Seronok juga berada di sini. Sekurang-kurangnya dapat melihat sendiri jenis ubat-ubatan herba dan penerangan berkaitan penjagaan kesihatan.
Amie pula, kata pakar perubatan itu : Kurangkan makanan bergoreng, dan ada masalah toksin dalam perut. Ketika pakar perubatan tersebut menawarkan khidmat untuk mengeluarkan toksin dari dalam perut, Amie menolak. Bukan apa. Nanti dipaksanya kita beli ubat di situ, dan harganya pun bukannya murah. Apabila Amie menolak, merah padam muka pakar perubatan itu, dan terus meninggalkan kami. Ramai lagi yang sedang menunggu khidmat nasihatnya....ahaks!



Berakhirlah sudah urus niaga di pusat herba tersebut. Rasa lega dan ringan kaki ketika melangkah. Mungkin kesan pembuangan toksin dengan merendam kaki tadi.

Sementara menanti bas tiba, tangkap dahulu gambar di sekitar. 
Masyarakat Cina memang sangat mengambil berat penjagaan kesihatan terutama melalui diet harian mereka. Mereka sangat berhati-hati memilih bahan untuk dimasak dan dimakan.

 Kurma merah, antara bahan masakan dan makanan yang memang terkenal di sini.

 Tak tahu apa nama buah ini.

Selain kurma merah, kacang walnut juga banyak terdapat di sini. Menurut Peter, negara China mempunyai banyak ladang walnut.

Amalan memakan kacang walnut dikatakan baik untuk otak. Kacang wanut itu sendiri bentuknya seperti otak kita.


Biji teratai.
Sedap rasanya ni.

 Cendawan shiitake kering.

 Cendawan telinga tikus.

 Ginkgo.
Bermanfaat untuk meningkatkan daya ingatan.

 Longan kering.


 Woooo... macam-macam ada. Kismis, goji dan sebagainya.


 Gambar beras pun kita tangkap juga!

 Cantik beras di sini. Halus dan runcing.

 Ada beras bentuk bulat pula!


Di mana-mana akan terlihat beberapa lelaki dan wanita menari, dan ada yang bertaichi. Menurut Peter, mereka akan melakukannya sebagai satu senaman.

 Banyaknya cendawan shiitake kering!

 Bunga lili kering.
Banyak khasiat untuk kecantikan kulit.

 Yang merah-merah dalam guni itu cili kering!

Wokey!
Sekarang masa untuk naik bas.


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe