Suasana Malam di Zheng Yang Pedestrian Street
8:38 PTGJom cuci mata di sini.
Umpama pasar malamlah ye.
Sehari suntuk berjalan, mata pun dah mula layu. Muka pula dah berminyak-minyak.....hiks!
Redah aje laaaa....
Mana tau ada yang berkanan di mata, bolehlah beli untuk oleh-oleh.
Deretan kedai mempamerkan barang jualan yang memikat hati.
Kemas dan bersih.
Pisang kaki kering dan segar banyak dijual di sini, bahkan juga di tempat lain.
Rambutan pun ada.
Kami terpikat dengan sejenis buah yang rasanya sangat manis dan boleh dimakan bersama kulitnya sekali. Oleh kerana penjual buah tidak tahu berbahasa Inggeris, jadi bila dirujuk kepada Peter, menurutnya ini buah golden orange. Tidak ada rasa getir kulit limau langsung! Dan tidak berbiji!
Satu kilogram berharga 10 yuen. Masing-masing beli 1/2 kilogram dengan harga 5 yuen. Ikut tukaran matawang sekarang, 10 yuen lebih kurang RM6. Jadi, 1/2 kilogram hanya berharga RM3 sahaja.
Buah kelapa muda berharga 15 yuen sebiji.
Nampaknya ada yang rindu air kelapa muda, maka mereka pun lepak di situ untuk menikmatinya.
Buah inilah yang tak boleh dilupakan!
Mudah-mudahan akan bertemu dengannya lagi....in shaa Allah.
Kemudian kami pun meneruskan perjalanan menikmati panorama alam di waktu malam dengan berehat seketika di Rong & Shan Lakes Scenic Area.
Shopping Kain di Hai Yin Textile
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments