Makan Malam di Restoran Halal
12:48 PG
Syukur Alhamdulillah.
Syukur kepada-Mu ya Allah.
Diriku dikelilingi rakan-rakan kembara yang tidak banyak karenah terutamanya ketika berada di meja makan. Bahkan rasa seronok apabila bersama-sama berebut mengambil hidangan! Bukan sahaja disebabkan lapar, tapi rasa begitu hampir di antara satu sama lain. Moga ikatan silaturrahim di antara kita akan bertambah erat melalui minat yang sama untuk jalan-jalan melihat bumi Allah. Walaupun banyak di antara hidangan yang disajikan sangat berbeza cara olahannya, namun semuanya dapat diterima dengan penuh selera!
Ya! Hampir keseluruhan masakan diolah dengan ringkas sekali, dan rasanya juga tidak keterlaluan seperti pedas, masin atau masam. Rasanya begitu 'pertengahan' , sedang-sedang saja, dan barangkali disebabkan hadir ke meja makan dalam keadaan panas, maka kelazatannya menyerlah di situ.
Kali ini kami makan di sebuah restoran tetapi tidak tahu apa nama restoran ini. Apabila Amie tunjukkan Abang Farid gambar tulisan pada restoran tersebut, katanya nama restoran ini Sha Li Hai Lan.
Papan tanda ini Amie ambil gambar keesokan harinya kerana sekali lagi kami makan tengahar di sini. Sewaktu kami tiba tadi, suasana gelap di bahagian luat dan tak nampak tulisan ini.
Kami sudah menjangkakan, sekiranya ketibaan kami tidak disambut dengan hidangan di atas meja, bermakna akan berlakulah aktiviti yang bakal mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara kami...kihkihkihhhh!
Tak tahulah siapa orangnya. Adakah pemilik restoran atau pekerja di situ Maklumlah, perbezaan bahasa menghalang kami dari berkomunikasi. Hanya senyuman dan anggukan kepala sahaja menjadi penghubung.
Hidangan pertama tiba berupa kuih... semacam rasa pulut di bahagian luar dan di dalamnya keladi!
bagi kami, memang rasanya sedap! Alhamdulillah.
Habis tidak tinggal sebiji.
Sporting betul rakan semeja ini, tidak berlaku pembaziran.
Kemudian datanglah telur dadar.
Diikuti dengan sup. Sup ini kelihatan berbeza dengan sup seaweed yang biasa dihidangkan kerana selain seaweed, ada taburan udang geragau di atasnya.
Hahaaa.. inilah adegan yang kami suka saksikan! Datang saja sepiring ikan goreng celup tepung, rasa tak sabar nak mencapainya!
Ikan goreng (tak tahu nama) ini walaupun bertulang tetapi rasanya rangup!
Kerabu?
Nampak bahannya macam luar biasa tetapi sekali mencuba, kami sama-sama habiskan sepinggan! Boleh buat sendiri di rumah ni. Hirisan bawang besar dengan daun ketumbar, dan ada rasa-rasa minyak bijan, dan rasa manis masam masin yang manja-manja gitu.
Datang pula ayam goreng dengan cili kering. Sekelip mata tinggal cili kering saja!
Tak tahulah pula apa fungsi cili kering yang banyak itu? Adakah untuk dimakan sekali bersama ayam atau dibiarkan begitu saja? Tak ada rasa pedas pun ayam yang kami makan. Inilah yang Amie suka bila jalan-jalan ke tempat orang. Macam-macam jenis masakan boleh ditemui.
Sedang menjamu selera, datang pula sayur (juga tak tahu nama), seolah-olah kacang panjang atau batang bawang, dimasak bersama daging. Lembut saja rasa sayur ini. Pada Amie, rasanya seakan-akan asparagus.
Dan kemudian, datanglah pula sayur sawi panas-panas singgah di tengah meja!
Kami akhiri dengan minum Chinese Tea panas.
Alhamdulillah.
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments