Elephant Trunk Hill & Li River Acrobatic
7:59 PTG
Jom teruskan lawatan ke Elephant Trunk Hill yang letaknya di Xiangbi Mountain, Xiangshan, Guilin. Menurut Peter, ia dipanggil Elephant Trunk Hill kerana bentuknya seperti gajah yang sedang minum air.
Elepehant Trunk Hill terletak di bahagian barat daya Guilin, di antara Sungai Li dan Sungai Taohua.
Bukit yang menyerupai belalai gajah inilah yang dikatakan simbol bagi wilayah Guilin. Jadi, kalau berkunjung ke Guilin tidak lengkaplah kalau tidak menjejakkan kaki ke sini.
Kita tinggalkan Elephant Trunk Hill yang mula dikenali sebagai tempat pelancongan sejak Dinasti Tang : 618-907 yang terkenal dengan kekuatan tenteranya. Pada masa pemerintahan Dinasti Tang inilah wilayah China meluas sampai ke selatan, sehingga merangkumi daerah Fujian dan Guangdong.
Kami berjalan kaki melewati taman cinta menuju ke panggung untuk menyaksikan pertunjukkan acrobatik pada pukul 5 petang.
Petang itu, walaupun suhu dingin tapi peluh tetap mengalir sebab kami berjalan kaki mengejar waktu untuk tiba tepat pada waktunya sebelum pertunjukan bermula.
Walaupun berjalan laju, tapi sempat juga tangkap entah apa-apa yang ada di situ.... labah-labah atas pokok!
Kami tiba tepat pada masanya, dan buat pertama kalinya menyaksikan pertunjukan akrobatik selama 1 jam.
Keluar dari panggung, rasa puas hati!
Seronok walaupun rasa cemas yang amat sangat!
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments