Li River Cruise
11:30 PTG
Sungai Li (Lí Jiāng) berpunca dari Pergunungan Mao'er di Xing'an. Alirannya bergerak ke arah selatan melalui Guilin, Yangshou dan Pingle.
Mari kita telusuri Sungai Li yang mendapat jolokan China's Most Beautiful Karst Landscape ini. Dari pembacaan Amie sepintas lalu, persekitaran sungai ini sungguh mendamaikan dan menimbulkan ilham buat para seniman. Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam feri, memang rasa tidak cukup tangan mengambil gambar. Patutlah tempat ini tersenarai sebagai 'Top 10 Watery Wonders' oleh National Magazine Amerika Geografi. CNN Travel pula menyenarikannya sebagai '15 Best Rivers For Travellers'.
Benarlah sebagaimana yang diperkatakan oleh Peter, Guilin tanah kelahirannya memang indah!
Menurut Peter, di belakang mata wang bernilai 20 yuen terdapat gambar gunung-gunung karst yang di panggil Yellow Cloth Shoal. Cuba lihat gambar gunung-gunung di belakang kami itu, ada tak serupa dengan gambar gunung di belakang mata wang 20 yuen itu?
Kebetulan Amie masih mempunyai baki beberapa ratus yuen (tak tukar mata wang RM, mana tahu nanti nak ke China lagi), dan terdapat sekeping wang kerts bernilai 20 yuen, jadi bolehlah tepek di sini. Dalam gambar yuen itu terdapat sebuah perahu bersama pengayuhnya sekali. Dan kebetulan sewaktu mengedit gambar, Amie terpandang salah satu pemndangan seperti di bawah ini.
Agaknya kalau mie pandai cari sudut (waktu itu tak perasan) mungkin gambar yang Amie tangkap boleh menyerupai gambar gunung-gunung karst pada mata wang kertas tersebut.
Di bawah ini Amie kongsikan gambar-gambar yang sempat Amie tangkap sepanjang 1 jam berada di atas feri. Tak tahu nak buang yang mana satu, sebab Amie rasa semuanya menyenangkan mata untuk memandangnya.
Terima kasih buat Adli yang handsome, kerana sepanjang kembara ke China 4 Wilayah, begitu sabar melayan makcik-makcik untuk bergambar. Mudah-mudahan Adli lulus SPM 2018 dengan cemerlang.
Menurut Peter, puncak gunung ini seakan mempunyai bayang-bayang. Bila diperhatikan, di sekeliling puncaknya terdapat pokok-pokok.
Rasanya ingin terjun menyelam menikmati kejernihan dan kedinginan air sungai!
Sang mentari pula main sembunyi-sembunyi. Sekejap menyinar terang, sekejap hilang di balik gunung! Pancaran cahayanya membuatkan permukaan air sungai kelihatan keperak-perakan! Aduhai......!
Dan gunung-gunung pula tampak berbalam-balam!
Allahu Akbar!
Subhanallah!
Gunung-gunung yang pada mulanya Amie lihat sungguh aneh bentuknya ini rupanya memiliki tarikannya yang tersendiri.
Segala puji-pujian hanyalah pada-Mu!
“Dialah yang membentangkan bumi dan menciptakan gunung-gunung dan sungai-sungai di sana. Dia menjadikan semua jenis buah-buahan, masing-masing berpasangan. Dia pulalah yang menutupkan malam pada siang. Sungguh, dalam semua itu terdapat ayat-ayat kebesaranNya bagi kaum yang mau berfikir” (Al Quran Surah ar Ra’ad: Ayat 3)
(Dan, mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau”) (Al Quran surah Ali Imran: Ayat 191)
Masa selama 1 jam telah berlalu dan kami terpaksa meninggalkan Sungai Li yang bersih dan indah ini. Nampaknya masih banyak projek yang sedang dilaksanakan memandangkan tebing sungai berhampiran jeti sedang diubahsuai. Moga akan ada kesempatan untuk mengunjungi Sungai Li lagi.
Beberapa orang wanita tempatan menjual buah limau dan pisang kaki dengan harga 10 yuen.
Petang itu, kami meneruskan perjalanan melalui kaki gunung. Pemandangan di situ memang sunggu cantik, sayangnya bas terus bergerak laju. Jadi tak dapat tangkap gambar, dan kebetulan pula cahaya matahari yang silau sering mengganggu ketika Amie menghalakan kamera untuk mengambil gambar.
Apa yang dapat Amie ceritakan di sini hanyalah sekadar untuk berimaginasi kembali. Di kiri kanan jalan penuh dengan pohon-pohon limau pelbagai jenis dengan buah-buahnya yang berwarna jingga. Kami sungguh takjub kerana pokok limau boleh tumbuh subur merimbun dan berbuah lebat sedangkan ia ditanam di celah-celah batu-batan di sepanjang kaki gunung! Menurut Peter, gunung yang terdapat di Guilin melebihi 400.000 ribu buah!
Kadang-kadang rasa sayang sekali untuk melelapkan mata kerana akan terlepas banyak pemandangan indah seperti ladang anggung, pisang kaki, jagung, tebu, padi dan sayur-sayuran sehingga Amie terfikir untuk datang sekali lagi tetapi hanya ke Guilin sahaja!
Akhirnya pemandangan mengasyikkan di kaki gunung hilang apabila bas menuju ke satu tempat. Apa nama tempat itu? Marilah kita turun dari bas.
Berhenti untuk beli limau ke?
Rasanya tidak, sebab Peter asyik bercerita tentang bambu sepanjang perjalanan dari Li River.
Masuk kedai bambu kot!
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments