Kenali Makanan Tradisi di Kaki Silver Cave, Yangshuo.
8:41 PTG
Rasa teruja untuk melihat secara lebih dekat makanan jalanan di kaki Gua Perak (Silver Cave) sewaktu lawatan kami pada pagi 19 Disember 2018 lepas. Kebetulan kami tiba pada waktu pagi, dan pada kesempatan ini sekurang-kurangnya dapat melihat apakah jenis makanan tradisi yang dijaja oleh peniaga di sini.
Nampaknya bukan sahaja hidangan makan tengahari dan malam kami penuh dengan sayur yang berkhasiat, malahan ketika melihat jajaran makanan yang tersusun di sepanjang kaki lima jalan ke Silver Cave ini, di hati terdetik mengatakan : Amalan pemakanan sihat! Lihat sahajalah jagung kukus di bawah ini. Boleh dikatakan hampir di setiap gerai tersedia jagung kukus yang masih berasap!
Pelbagai jenis jagung kukus ada di sini.
Nampaknya jagung kukus di atas ini masih panas berwap!
Nampak segar!
Nampaknya bukan jagung sahaja yang dikukus, ubi keledek pun dimasak dengan cara yang sama!
Tentu manis rasa isi keledek ini.
Oh! Keladi pun dikukus juga!
Saiznya besar sekali!
Makan sebiji di pagi hari tentu kenyang sampai tengahari!
Agaknya sebiji keladi kukus, cukup untuk dua atau tiga orang makan!
Buah berangan pun ada!
Biasanya buah berangan digoreng dalam pasir panas.
Di sini, buah berangan dikukus!
Ohoooo.... kulit buah berangan sudah merekah!
Berasap-asap lagi tuh!
Ini pula... kuih angkoo?
Nampaknya deretan makanan yang dijual di sini kebanyakannya dimasak cara kukus.
Bijak betul masyarakat di sini kerana dalam penyediaan makanan, mereka memilih kaedah kukus, untuk mengekalkan khasiat dalam makanan yang dimasak.
Wah!
Telur pindang pun ada!
Masyarakat Cina memang terkenal dengan telur pindang mereka!
Memang menarik sungguh makanan tradisional di sini.
Tauhu?
Ada pula tauhu warna hitam ye.
Kacang tanah kukus pun ada dijual di sini.
Chinese pan cake.
Selain makanan yang siap dimasak, ada juga makanan lain seperti pisang kaki kering, limau, keladi, pisang dan sebagainya.
Inilah peralatan untuk memasak makanan jualan para peniaga di sini. Moga perkongsian ini menambah ilmu pengetahuan kita bersama.
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.
Surah al-Mulk Ayat 15
Shopping Kain di Hai Yin Textile
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments