Apa Ada di China 4 Wilayah (Shenzhen, Guilin, Yangshuo & Guangzhou)

8:32 PTG

Alhamdulillah.
Dalam kesibukan menjunjung tugas, sempat menyelit seminggu jalan-jalan ke China 4 Wilayah. Trip bermula 16-21 Disember 2018, dan seperti biasa kami terpaksa mengambil masa 2 hari untuk perjalanan pergi dan balik dari Lahad Datu ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.
Kali ini kami menggunakan khidmat NUSATRAVEL sebagai agen pelancongan pilihan.

Entri ini pun tak tahu bila akan siap, sebab Amie curi-curi masa untuk menulis.
Apa pun, Amie cuba memaparkannya semampu yang boleh, takut terlupa sebahagian kisah dan pengalaman yang kami lalui...hiks! Dan, Amie pun tidak sempat mengkaji sejarah negara China sebelum menjejakkan kaki ke sana disebabkan kesuntukan waktu. Jadi, tidak dapat membayangkan keadaan sosio-budaya di negara tersebut, selain daripada melihat masyarakat Cina di negara kita sebagai gambaran awal.

Gambar: Salawati

Terlebih dahulu, Amie perkenalkan tour leader kami yang kacak dari Nusatravel iaitu Encik Erard. Terima kasih daun keladi gajah buat Encik Erard kerana sepanjang bertugas memberi khidmat sepenuhnya untuk trip seramai 37 orang ini, beliau begitu sabar dalam melaksanakan tugasnya. Tutur katanya sangat berhemah, dan budi bahasanya begitu tinggi! Itulah, barangkali hasil didikan kedua orang tuanya yang berketurunan Acheh dan Sunda! Bertuah Nusatravel mempunyai seorang petugas yang sangat berdedikasi ini. Beliau sentiasa menjaga waktu solat dan beruaha mencari ruang untuk sama-sama solat jamak terutama ketika kami berada di stesen keretapi berkelajuan tinggi dan juga di Shenzhen Airport. Tahniah Encik Erard. Mudah-mudahan jodoh trip kita berpanjangan, dan dapat kembara bersama lagi.

Dan sudah tentunya trip kami tidak lengkap tanpa tour guide kami sepanjang berada di bumi China ini. Tour guide kami gelaran namanya Peter, kelihatan muda dan kacak orangnya. Peter sangat peramah. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsinya bersama kami sepanjang kami berada di sana. Ada-ada sahaja cerita lucunya yng membuatkan kami tidak kering gusi.

Entri ini sekadar entri pengenalan. Jadi secara ringkasnya Amie hanya paparkan beberapa keping gambar di setiap wilayah yang kami kunjungi.  Sebaik tiba di Shenzhen kami dibawa melawat ke Window of the World dan kemudian isi perut yang memang sangat lapar di Restoran Hotel Muslim.

Hari pertama berada di Shenzen. Suhunya agak sejuk, 18'Celcius.
Gambar di atas, di Luohu Mall.

 Pengalaman kali pertama menaiki keretapi berkelajuan tinggi dari Guangzhou  ke Guilin selama 2 jam.

Sesekali melihat kelajuan yang dipaparkan, mencecah sehingga 247 km sejam. Tak tahulah kalau ada waktunya lebih tinggi, sebab beberapa minit kemudian masing-masing terlena!

 Keistimewaan apabila berada di negara orang sudah tentu salah satunya dapat mengenali budaya penduduk setempat terutama dari segi hidangan makanannya! Sudahlah sejuk, hidangan yang disajikan semuanya panas-panas belaka!

 Dapat pula berkenal-kenalan dengan penduduk Muslim di sana. Alhamdulillah.
Gambar diambil selepas solat di Guilin Chongshan Mosque.

 Sempat pula mengabadikan kenangan di tempat-tempat yang indah.



Sebelah petangnya pula kami berkesempatan melihat pemandangan di Elephant Trunk Hill.

 Ambil gambar mana yang sempat. Nampak tak labah-labah atas pokok yang kami tunjuk tu?

 Di sini kami menghabiskan waktu selama sejam untuk menyaksikan pertunjukan Li River Acrobatic. Nak tahu bagaimana rasa cemas yang kami alami ketika pertunjukan, marilah datang sini....hiks!

 Nampaknya di sini kami berpeluang melihat sendiri timbunan buah pisang kaki kering dan juga buah pisang kaki segar! Teringin nak makan pisang kaki banyak-banyak, tapi takut diserang ceri beri di negara orang! Naya...ooohhh!

 Dan juga golden orange yang sangat sedap!
Makan dengan kulitnya sekali.
Rasanya manis!
Dapat seludup beberapa biji bawa balik...ahaks!

 Apa ni?
Pagoda? Selepas membeli belah di Zheng Yang Pedestrian Street, kami diberi peluang menikmati keindahan suasana malam di sini.

 Nampak segar dan ceria.
Tentu sudah cukup rehat, mandi dan bersihkan diri serta tifur lena.
Jom teruskan kembara.

 Syukur kepada Allah.
Kami berkesempatan melawat ke Yao Mountain menggunakan kereta kabel. Melihat pemandangan Guilin yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang beratus ribu jumlahnya!



 Suhu sejuk dan rasa penat akhirnya berbaloi apabila kami singgah makan tengahari di sebuah restoran di daerah Guilin.

 Makanan yang dihidangkan memang menyihatkan!
Ada pun sepanjang pengalaman berada di kesemua daerah di China ini, lebih separuh daripadanya adalah hidangan sayur-sayuran! Sayurnya pula ditanam sendiri oleh pemilik restoran, dan begitu juga masakan ayam yang juga hasil peliharaan sendiri. Bukan sayuran berbaja kimia tetapi baja organik dan bukan ayam ternak macam yang kita makan. Daging ayam memang terasa agak liat sedikit.

Sesungguhnya kembara ini membawa makna yang tersirat! Dapat menyambung silaturrahim dengan masyarakat Cina Muslim di sini walaupun seketika cuma.
Walaupun berbeza bahasa tapi senyuman yang diberi sudah cukup menunjukkan adanya ikatan persaudaraan sesama Islam.

 Aktiviti seterusnya ialah menyertai Li River Cruise selama 1 jam.
Subhanallah! Pemandangan di sini sangat cantik!



 Sayang pula rasanya untuk meninggalkan Li River yang cantik ini!

Sepanjang perjalanan dari Guilin ke Yangshou mulut tidak putus-putus menyebut nama-Nya, memuji keagungan-Nya yang Maha Pencipta! Apa tidaknya! Dengan latar pemandangan gunung-ganang, di kakinya pula lembah berbatu-batan yang anehnya begitu subur untuk tanaman limau! Masha-Allah! Pokok-pokok limau ditanam dicelah batu-batan, tapi hidup subur merimbun dipenuhi dengan buah-buahnya yang kuning keemasan!

 Malam itu kami berkesempatan berjalan-jalan di sekitar West Street ketika berada di Yangshou.
Wah! Ada buah durian di siini.
Agak-agak durian ini dari negara mana eh?

 Baik Shenzen atau pun Guilin, bandar Yangshou juga terjaga. Bersih!
Susah untuk melihat sampah di sana-sini!



 Inilah adegan yang tidak ingin kami lupakan!
Terserempak dengan seorang wanita, penjual limau di tepi jalan.
Harga setalam limau hanya 10 yuen sahaja! Lebih kurang RM6 matawang kita!
Dan jumlah buah limau yang dijual itu sangat banyak!

 Kami diberi limau percuma, untuk dicuba!
Segar dan manis!

Rasa terharu pula bila wanita ini memberikan kami setiap seorang segenggam limau!
Mungkin katanya: Makanlah limau ini...heheee!
Bahasa ayam bahasa itik memang sangat lancar di sini!
Lepas itu kami bersalam-salaman. Terasa pula macam layanan emak kepada anak-anak...huhuhuu! Moga jualan limau nyonya sentiasa laris.

Malam itu kami meratah limau sepanjang jalan...hihiiiii! Sambil memikir-mikir macamana nak habiskan limau yang begitu banyak! Nanti boleh kongsi makan sewaktu duduk dalam bas. 

 Sempat rembat kasut berpasang-pasang...ngeeeee!

 Hari keempat ini kami sambung aktiviti lawatan ke Silver Cave.


Nak tahu apa ada di dalam Silver Cave?
Masa yang diberi selama 1 jam untuk memasuki gua, dan memang hebat sungguh ciptaan Allah ini!

Marilah datang sendiri menyaksikan apa yang ada di dalam gua ini.



 Antara peserta terawal tiba di pintu keluar...huhuhuuu ke sepuluh dan seterusnya wei!
Terasa bawah kuyupnya baju kami!
Sihat!


Sempat melihat-lihat jualan di sepanjang jalan menuju ke Silver Cave.
Nampak sungguh makanan yang dijual berkhasiat dan menyihatkan!
Apa tidaknya!
Keledek rebus!
Jagung rebus!
Keladi rebus!

 Kuih angku?

Telur pindang?

Dah pakai topi yang dikait tangan!
Harganya 15 yuen sahaja.

Seterusnya kami menaiki rakit dan tentulah rasa seronok sangat sebab dapat melihat bagaimana nelayan menangkap ikan bersama iti (burung)? Itik akan menyelam, mencari dan menangkap ikan. Kemudian timbul semula dan nelayan akan mengurut leher itik untuk mengeluarkan ikan yang ditangkap.


Apabila hanya tinggal sehari perjalanan, mulalah terasa sedih pula untuk meninggalkan negara ini. Kami sukakan cara pemakanan mereka yang menyihatkan! Tiada hidangan air sejuk atau berais sepanjang kami berada di sini. Setiap kali makan, kami dihidangkan dengan Chinese Tea panas.

 Buah-buahan yang dijual memang memikat hati pelanggan.
Segar dan bersih.

 Malam terakhir ini kami berada di Shangxiajiu Road.


 Puas meronda sepanjang malam, melihat kasut dan baju sejuk...hihihiiii!

Dan melihat sahaja minuman yang sedap-sedap!

 Beradu penuh mimpi indah di Hotel Lido.

 Sarapan terakhir di Guangzhou.

Melawat Guangzhou Huaisheng Mosque dan Maqam Sa'ad Abi Waqas.

Makam Sa'ad Abi Waqas.

Gambar : Salawati

 Masa untuk pulang ke tanahair.
Daftar masuk bagasi pada pukul 12:30 malam.

 Gambar : Salawati

Penerbangan ke tanahair pada pukul 3.15 pagi.

Dah sampai pun!
Tak terasa masa berlalu. Naik kapal terbang, sebaik sahaja mengenakan tali pinggang di tempat duduk, mata pun terus terlelap!
Wokey!
Terima kasih sudi baca.
In shaa Allah, ada kelapangan waktu, Amie akan tulis entri satu persatu pengalaman kembara ke negara China 4 Wilayah bersama NUSATRAVEL.


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:


0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe