Starway Hotel XinFuAn Yangshuo West Street
10:19 PG
Malam ketiga, kami menginap di Yangshuo Starway Hotel.
Rasanya ingin terus merebahkan diri di atas katil, tapi apabila menyelak langsir tingkap, nampak suasana meriah di West Street. Tak boleh jadi ni... kena libatkan diri dengan aktiviti jalan-jalan ke pasar malam juga! Waktu itu jam sudah menunjukkan angka 9 malam. Premis perniagaan tutup pada pukul 11 malam. Kami masih ada masa.
Setelah meletakkan beg di dalam bilik, terus capai beg sandang dan terus melompat menuju lift untuk turun ke lobby...hiks! Hohooooo... melompat pulak dah! Takut kena tinggal kawanlah ni.
Malam itu tidur agak lewat, menghampiri pukul 1 pagi.
Dan sudah tentu terus terlena sehingga jam loceng berdering pada pukul 4:30 pagi, tapi sambung tidur lagi sehingga pukul 5:30 pagi dan terus mandi. Selepas solat Subuh, bersiap-siap untuk ke dewan makan. Waktu sarapan pada pukul 7 pagi, dan perlu berada di lobby hotel pada pukul 7:30 pagi.
Sarapan pagi dengan sebiji telur rebus, sepotong jagung rebus dan dua ketul keledek rebus.
Sempat posing di lobby untuk laporan bergambar kepada Encik Suami dan anak-anak.
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments