Bantal & Tilam Latex Celestial dengan Infrared dan Tourmaline
6:24 PTG
Bantal dan tilam jenama Celestial ini mengandungi 100% Natural Latex dan tourmaline untuk menghasilkan ion negatif dan infrared. Bantal ini juga dikatakan mampu membantu melancarkan peredaran darah.
Ia diperbuat khas sebagai bantal kesihatan dan mampu mengatasi masalah tidak dapat tidur lena dan juga dengkur ketika tidur, sakit-sakit badan dan seumpamanya.
Bantal ini direka khas untuk lelaki dan wanita. Maknanya, bantal untuk lelaki tidak boleh digunakan oleh wanita dan sebaliknya...hiks! Nak tahu mana satu bantal lelaki, dan mana satu bantal wanita? Marilah datang ke sini mendengar penerangan dan demontrasi...hehehehhe!
Masuk ke sini diraikan sebagai tetamu, dan dapat minuman Chinese Tea panas.
Oleh kerana tidak dibenarkan mengambil gambar (gambar yang Amie sempat ambil hanya beberapa keping di atas tu...setelah ditegur, Amie pun simpan kamera), marilah kita ambil gambar di luar pula.
Suka tengok susunan basikal di sini.
Dan kenderaan yang ganjil-ganjil rekaannya. Saiznya kecil saja.
Barangkali untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, jadi penduduk digalakkan menggunakan basikal dan motosikal elektrik. Di sana-sini memang terlihat betapa negara ini berusaha menjaga alam sekitar. Pokok-pokok di tengah bandar dijaga dengan baik, walaupun terdapat dahan yang menghalang perjalanan kenderaan, tetapi tetap tidak ditebang. Dan menjadi tanda tanya pula, mengapa setiap pokok dicat (/) warna putih pada pangkalnya? Mungkin untuk menghalang dari serangan anai-anai kot.
Beginilah suasana dan cuaca di Guilin. Sejuk dan redup, manakala sinaran matahari hanya sejalur dua mencecah bumi.
Pekerja pembersihan yang dedikasi menjalankan tugasnya.
Suasana ketika berhenti di lampu isyarat. Penunggang motosikal sempat bertelefon, dan menghantar mesej. Jelas terlihat mereka sangat sibuk dengan pelbagai urusan.
Aloloooo.... sambil menunggang motosikal pun masih sempat berbual di telefon.
Walaupun di hadapan kedai atau di hadapan tempat menunggu bas, tetap terlihat barisan pokok-pokok walaupun terdapat akarnya yang sudah timbul.
Wokey, sebentar lagi kami akan berjalan kaki menuju ke Elephant Trunk Hill, dan kemudian meneruskan perjalanan untuk menyaksikan pertunjukan Li River Acrobatic.
Jumpa lagi!
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments