Bamboo Rafting & Cormorant Fishing
4:40 PTGJumpa lagi setelah beberapa hari tidak sempat kemas kini blog.
Amie sambung catatan terindah semasa beraktiviti di Sungai Li.
Pernah tak nampak gambar seperti ini di mana-mana?
Seorang nelayan bersama burung cormorant sedang mencari rezeki di sungai yang jernih ini.
Menurut Peter, ini merupakan kaedah nelayan tradisional mencari ikan. Mereka memiliki burung peliharaan yang dilatih khas untuk menangkap ikan. Bagaimanapun kaedah tradisional ini semakin pupus.
Air sungai di sini sangat jernih, dan kelihatan cetek sehingga boleh melihat dengan jelas batu-batan dan juga tumbuhan air di dasar sungai.
Setiap sebuah rakit boleh memuatkan sehingga 8 orang penumpang dan seorang pendayung yang berbekalkan sebatang bamboo / buluh. Kami turut disediakan dengan satu jug Chinese Tea panas. berserta cawan-cawan kecil untuk kami minum semasa berada di atas rakit.
Mari kita beraksi dengan buluh. Ambil alih tugas pendayung rakit ....hiks!
Sepanjang perjalanan menyusuri sungai tersebut, rombongan kami dihiburkan dengan suara nyanyian seorang wanita (gambar atas : wnita berbaju merah jambu). Memang tak afaham apa yang dinyanyikannya, tapi kedengaran seperti lagu sedih! Rakan-rakan kata wanita itu menyanyi memanggil ikan agar timbul! Aduhai...macam cerita ikan kalu dalam kisah Bawang Putih Bawang Merah pulak!
Minum dulu.
Walaupun jam sudah menunjukkan angka lewat 11 pagi tetapi matahari tidak juga muncul. Nampak kelam pemandangan di belakang, dengan gunung-ganang pelbagai rupa dan bentuk. Kata Peter, gunung tersebut seakan-akan wajah seorang wanita India sedang tidur!
Mari kita lihat seorang nelayan bersama dua ekor burung cormorant yang sedang menangkap ikan air tawar atau ikan sungai. Selain di negara China, dikatakan terdapat juga nelayan tradisional di Jepun menangkap ikan dengan cara yang sama. Bagaimana pun, aktiviti sebegini hanya untuk aktiviti pelancongan sahaja.
Sang nelayan mengarahkan burung cormorant menangkap ikan.
Burung cormorant yang patuh kepada tuannya akan menurut perintah.
Lihatlah bagaimana si cormorant menangkap ikan dan ....
telah menelannya!
Nampak besar leher cormorant ini kerana ikan sudah berada di dalamnya!
Kemudian sang nelayan memanggilnya.
Si cormorant yang taat pada perintah tuannya ini pun akur arahan.
Sang nelayan mengambil burung cormorant dan mengurut lehernya untuk mengeluarkan ikan tadi!
Nampak tak ikan keluar dari paruh burung cormorant itu?
Burung cormorant tidak dapat menelan ikan tangkapannya terus ke dalam perut kerana lehernya diikat dengan gelang untuk menghalangnya dari menelan ikan yang ditangkap!
Sang nelayan ( Cormorant Fisherman) mengambil ikan dari mulut burung dan memasukkannya ke dalam bakul ikan!
Memang rasa sangat teruja menyaksikan nelayan dengan burung cormorantnya!
Terima kasih Cormorant Fisherman!
Sesiapa berminat untuk bergambar dengan burung cormorant bolehlah berbuat demikian apabila telah tiba di daratan. Bayaran sebanyak 5 yuen dikenakan untuk sesi bergambar.
Dalam perjalanan menuju ke bas, kami terserempak dengan peancong dari utara Malaysia. Walaupun tak sempat tanya nama, tapi sempat ambil gambar...ahaks! Terpikat dengan baju tu... huurrmmm! Macam pernah nampak...di mana ye?
Wakakaaa... sempat bertanya lagi di mana beli baju, berapa harganya!
Tu ler... malam semalam jalan-jalan di West Street Yangshuo, pandang-pandang saja baju tu!
Lain kali terus rembat!
Kan... sampai akhir jalan-jalan ke China, tak jumpa lagi dah baju tu....ahaks!
Wokey!
Jumpa lagi.
Tak apalah, dapat bergambar dengan topi Yangshuo pun jadilah...hiks!
Bas dah menunggu di belakang nu.... ambil gambar dulu eh!
Indahnya kenangan menyusuri Sungai Li yang cetek dan berakir jernih dengan menaiki rakit bambu dan menjamu mata pula dengan aksi sang nelayan bersama burung cormorant sedang menangkap ikan!
Shopping Kain di Hai Yin Textile
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
1 comments
Hai bila la agaknya akak berpeluang mengembara seperi amie ni
BalasPadam