Cable Car & Toboggan Slide at Guilin Yao Mountain China
12:05 PTG
Jom kita ke bahagian timur Guilin pula, ke Yao Mountain.
Apa aktiviti yang akan kami sertai di sini?
Oh! Ada aktiviti naik cable car dan slide!
Kali pertama naik cable car (sky way) pada Ogos 2018 di Everland di Korea Selatan bersama Dayah dari benua Eropah ke benua Amerika. Kali ini naik cable car bersama Kam pula untuk menikmati pemandangan sekitar Yao Mountain dari puncak gunung.
Mujur ada jurukamera ambil gambar kami. Kalu tidak, tak adalah kenangan naik cable car yang lebih menyerupai chairlift ini. Harga sekeping gambar ialah 30 yuen. Di pertengahan jalan, ketika turun dari puncak, kami mengambil keputusan untuk berhenti di stesen slide. Oleh kerana ini adalah aktiviti pilihan, jadi kami bayar 60 yuen menggunakan wang sendiri.
He heheeee.... seronoknya!
Tapi rasa macam sekejap sangat mengendalikan gear tolak depan untuk kelajuan, dan tarik ke belakang untuk perlahan.
Jom lihat gambar yang lain. Gambar di atas: Sebelum menaiki cable car.
Apabila berpapasan dengan pengunjung Cina dari negara kita, mesti mereka tegur kita! Begitulah yang terjadi setiap kali terserempak dengan mereka di hotel atau di dalam lift. Rasa 'persaudaraan senegara' itu wujud begitu mesra!
Pemandangan yang dapat disaksikan ketika naik gunung hanyalah tumbuh-tumbuhan hijau dan pelbagai warna seolah-olah musim luruh.
Ketika turun ke bawah, berpapasan pula dengan seorang ayah dan anak India. Inilah insan India pertama yang dilihat setelah 3 hari berada di China. Dan, lihatlah di bawah sana, gunung-gunung yang aneh berdiri tegak namun kabus menghalang pandangan!
Di hati terasa satu kerugian besar kerana tidak dapat melihat sepenuhnya suasana dan bentuk muka bumi Gulin dengan jelas dari gunung.
Wokey!
Selamat mendarat di atas muka bumi...hiks!
Kita melihat-lihat kawasan persekitaran.
Dalam perjalanan menuju ke bas, kami melalui Yao Shan Shopping.
Akhirnya jumpalah jalan keluar.
Di belakang tu kereta kebal.
Dah naik kereta kabel, nak naik kereta kebal pulak ke....kihkihkihhhh!
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments