ADSENSE

Isnin, 24 Disember 2018

Makan Malam di Abdullah Muslim Restaurant - Guangzhou

Orang kata kalau menjejak kaki ke Guangzhou, tidak sah kalau tak makan di Abdullah Muslim Restaurat! Kami menamatka perjalanan pada hari pertama dengan menikmati hidangan malam di sini sebelum daftar masuk ke hotel untuk melepaskan lelah. Maklumlah, di pertengahan jalan menuju ke sini bas tiba-tiba rosak dan tersadai di tepi jalan. Alhamdulillah, datang bas lain yang membawa rombongan kami sehingga selamat sampai dari Shenzhen ke Guangzhou.

Apa agaknya hidangan makan malam kami di sini?

 Ada telur dadar.
Ada ikan masak sos.
Dan sayur-sayuran hijau.
Nasinya sangat sedap, seperti nasi sushi. Lembut melekit. Sama juga dengan nasi yang dihidangkan di Muslim Hotel tengahari tadi.
Bismillah.

Jom berkenalan dengan menu-menu yang dihidangkan di sini. Ini masakan dada ayam, digoreng dengan kacang. Sedap meratah kacang tu...rangup!

Tak tahu apa nama ikan ini. Isinya lembut tapi bertulang. Seperti ikan yang dihidangkan di Hotel Muslim, juga bertulang. Kena hati-hati sewaktu memakannya. Tidak pasti pula, adakah ikan sungai atau ikan laut. Bagaimanapun ada rasa-rasa ikan patin, dan juga bau ikan talapia.

Boleh cuba masakan sos ini di dapaur sendiri...hiks! Ada cendawan telinga tikus tu.

Ini pula masakan tauhu, tapi tak tahu apa nama masakannya. Rasanya agak berempah, dengan aroma jintan putih yang agak kuat.

Pada mulanya kami sangka ia sayur kacang panjang, tapi bukan! Mungkin sejenis batang bawang, lembut dan tentulah sedap sebab dihidang panas. Ditumis bersama capsicum dan daging.

 Sayur sawi yang lembut ini dihidang panas, dan rasanya manis segar.

Selain sayur di atas, kubis bunga tidak ketinggalan menjadi menu tambahan. Juga ditumis bersama capsicum dan daging.

Dan ini, barulah betul kacang panjang. Dimasak bersama terung dan ada rasa taucu. Nampaknya malam itu, hidangan malam kami sungguh berkhasiat dan menyihatkan kerana dipenuhi dengan pelbagai sayuran. Ada 4 jenis sayur, sejenis masakan ikan, tauhu, telur dadar, dan dada ayam dimasak bersama kacang.

Alhamdulillah.
Kami akhiri dengan menikmati Chinese Tea panas.
Dan, nampaknya masing-masing sibuk membuka HP, maklumlah di restoran ini terdapat perkhidmatan WIFI percuma.


Wanita berpakaian merah dan bertudung putih yang membelakangkan kamera ialah ialah salah seorang pekerja restoran ini.

 Selesai makan malam
Alhamdulillah.

 Ke mana lagi selepas ini?

 Mari naik bas.
Kita daftar hotel pula.


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

Tiada ulasan: