Bermalam di Boheng Xiyue International Hotel
9:31 PTG
Malam kedua di wilayah Guilin, kami menginap di Boheng Xiyue International Hotel.
Pesan Peter: Sarapan pukul 7 pagi. Berkumpul di lobby pukul 7:30 pagi.
Malam itu tidur lena! Dan tidur awal dari malam sebelumnya.
Hasrat hati ingin meronda kawasan sekitar, tapi nampaknya penduduk Guilin tidur awal. Banyak kedai tutup sebelum menjelang 10:00 malam. Jadi kami yang sudah bersedia untuk merayap di sekitar terpaksa patah balik masuk bilik.
Terasa segar dan nyaman dapat bersiram dengan air hangat setelah penat seharian menjelajah Guilin.
Sarapan pagi.
Diet yang sihat.
Jagung rebus.
keledek rebus.
Kuih-muih.
Bubur nasi.
Pagi ini dapat kawan baru daru negeri jelapang padi. Ris, Ain, Yani & Siti. Selamat berkenalan. Suka mendengar celoteh mereka di dalam bas. Nampak ceria dan sentiasa bersemangat!
Bismillah.
Dengan khidmat aplikasi VPN dapatlah hantar laporan bergambar untuk Encik Suami dan anak-anak.
Kami sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan.
Sudah kembali bertenaga.
Sudah berasa segar.
Sudah bersemangat!
Menunggu bas tiba.
Ke mana pula pagi ini?
Ikut sajalah ke mana bas bawa kami.
Sebelum itu kita li9hat-lihat dahulu suasana pagi di Guilin menerusi jendela bas.
Masih seperti kelmarin.
Suram dan agak kelam.
Namun cahaya matahari sudah mula menyinar menghangatkan bumi.
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments