Malam Malam Terakhir di 民族特色 (Mínzú tèsè)
11:17 PTG
Terima kasih Abang Farid sebab tolong Mommy fahami perkataan dan tulisan Cina. Bukan mudah untuk menyiapkan entri ini, sebab agak sukar untuk melihat selain tulisan Cina di tempat-tempat tersebut. Entri kali ini berkaitan dengan makan malam terakhir kami di Guangzhou. Menurut Farid, setelah Amie tunjukkan gambar luar restoran, katanya 民族特色 (Mínzú tèsè) bermaksud kepelbagaian makanan rakyat (kalau betullah). Kepada yang memahami tulisan dan bahasa Cina, kalau salah, harap perbetulkan.
Kami berjalan kaki dari Onelink Plaza ke sebuah restoran Muslim ini.
Sebaik kami tiba, hidangan berupa lauk-pauk diletakkan di atas meja. Antaranya termasukkan ayam. Tak tahu apa nama masakannya, tetapi ada campuran cili merah dan hijau saiz besar serta taburan bijan.
Daging, juga dimasak bersama campuran cili besar hijau dan merah.
Tidak ketinggalan, telur dadar!
Sementara menanti kedatangan nasi dan lauk-pauk seterusnya, kita lihat dahulu gambar-gambar di dinding restoran.
Sempat berposingmenghadap ke luar.
Peter tidak berat tulang, membantu mana yang patut. Restoran ini agak kecil, jadi penuh sesak bila kami serbu! maklumlah rombongan seramai 38 orang termasuk Peter!
Lauk seterusnya, telur dan tomato serta sayuran hijau.
Tidak ketinggalan Chinese Tea panas!
Sebaik sahaja nasi tiba, kami pun terus makan tanpa menunggu lauk-pauk seterusnya. Terima kasih Dayah sebab bawa sambal. Dapatlah pedaskan mulut sikit.
Kemudian datanglah cendawan dimasak bersama daging, capsicum merah dan hijau.
Diikuti dengan sayur sawi.
Oh! Ada lagi rupanya... menyusul pula sayur kentang!
Dan masakan daging. Nampaknya di restoran ini sahaja yang tidak menghidangkan ikan sebagaimana restoran sebelumnya. Lauk-pauk yang dihidangkan lebih kepada daging ayam dan daging lembu.
Peter menikmati hidangannya di luar restoran.
Di luar restoran, keadaannya sungguh tenang dan lapang.
Oh! Sudah selesai makan rupanya kawan-kawan kita.
Mari kita bergerak menuju bas.
Terima kasih Salawati. Ada juga gambar kita sekeping di sini buat kenangan!
Oppsss! Bukan inilah... inilah bas polis....hahahahahaha!
Kami melalui lorong pejalan kaki dan terdapat deretan kedai Muslim di situ. Dapatlah kami lihat barangan jualan mereka seperti kacang-kacang dan sebagainya.
Bas membawa kami ke Airport Shenzen. Kami daftar masuk pada pukul 12:30 malam dan terbang ke Kuala Lumput pada pukul 3:15 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia AK129 dan dijangka tiba di KLIA2 pada pukul 7:20 pagi.
Selamat tinggal negara China!
Entah bila kita akan bersua lagi!
Mohon maaf pada segalanya. Halalkan segala yang termakan dan terminum. Ampunkan andai ada yang terguris hati sepanjang kita bersama.
Sebaik sahaja, duduk di bangku pesawat, mata terus terlelap dan tidak sempat menyentuh hidangan nasi ayam yang dihulurkan oleh pramugari bertugas. Bila tersedar, jam menunjukkan angka 6:00 pagi. Masih sedang eloknya untuk solat Subuh. Alhamdulillah.
Saat perpisahan dengan ahli rombongan telah pun tiba. kalau tadi kami bersalam-salaman di tempat bagasi, kali ini kami akan berpisah dengan teman kaki jalan. Sebelum itu kami sempat sarapan bersama.
Amie sarapan tosei.
Dan menjamah sedikit nasi ayam Air Asia.
Kemudian kami hantar Salawati, Dayah, Kak Azizan, dan 2 bujang Salawati ke pintu keluar untuk menaiki bas. Semoga mereka selamat sampai ke Teluk Intan. Selepas itu, bersama Kam, kami beredar menuju ke surau untuk membersihkan diri dan berehat seketiaka sementara menunggu waktu untuk daftar masuk.
Menjelang tengahari, kami mengheret beg menuju ke tempat makan. Macam laparlah pulak perut! Teringin nak makan wantan dan laksa!
Jom layan laksa!
Selepas kami daftar masuk untuk ke Tawau, muncul Abang Farid!
Abang Farid ikut balik ke LD! Mungkin penat naik bas dari Ipoh ke KLIA! Kemudian lari ke masjid untuk solat Jumaat pula! Alhamdulillah. Nampak sihat anak sulung Mommy! (Uwaaaa.... esok pagi Abang Farid terbang balik ke KL dari LD!) Kami sama-sama menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tawau pada pukul 5:25 petang dan tiba di Tawau hampir pukul 9:00 malam. Dan selesai solat jamak di Airport Tawau, kami berangkat pulang ke Lahad Datu.
Terima kasih Encik Suami, Fairuz dan Firdaus yang sudi ambil kami di Airport Tawau. Kami sampai ke LD pada pukul 11:00 malam.
"Berjalanlah dimuka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang jahil menyapa, ucapkanlah kata-kata yang baik." (Surah Al Furqaan: 63)
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
3 comments
banyaknyaaa gambar makanan2 best hehe.. mengundang rasa nak kesana pulak =D
BalasPadamseronoknya kak, lagi2 dpt berjalan ngn membe2 lagi lah best
BalasPadammakanan kt restoren tu mmg semua mcm ada daging ngn ayam ye...
nampak sedap pulak ns ayam air asia akak tu
Siti,
BalasPadammasakan ringkas tapi dihidang panas, tu yang mengundang rasa enak untuk menikmatinya.
Norhidana,
inilah satu-satunya restoran yang tidak hidangkan ikan sepanjang kami di sana, hehehe nasi ayam tu dah sejuk, tak sempat jamah dlm pesawat sbb layan mata.