Makan Tengahari di Muslim Hotel
11:41 PTG
Syukur Alhamdulillah.
Allah sentiasa permudahkan segala urusan hamba-Nya. Biarpun berbeza budaya, namun makanan halal mudah ditemui. Apa yang penting, rasa hormat kepada tuan rumah (Negara China) perlu disemai dalam hati. Memang akan terdapat perbezaan dari segi bahan dan masakan, namun yang penting rasa syukur itu perlu diutamakan kerana tidaklah sampai setiap hari makan maggie yang dibawa dari negara sendiri...hiks! Tinggalkanlah dahulu segala maggie itu, dan mari kita berkenal-kenalan dengan menu hasil air tangan penduduk Cina Muslim di sini.
Peringatan untuk diri yang selalu lalai ketika berada di tempat orang:
Larangan mencela makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)
Sebaik kaki melangkah ke ruang makan di restoran hotel tersebut, sudah terhidang makanan tengahari yang masih panas! Mari kita jamu mata dengan meilhat dahulu menu yang disediakan.
Inilah antara nasi dan lauk-pauk yang disajikan untuk kami.
Ayam Masak Kari.
Itik!
Itik Panggang?
Terung Masak Tumis dengan Kacang. Ada rasa taucu.
Sayur Kubis Tumis dengan Suhun.
Isi Ikan Masak Sweet & Sour.
Telur Goreng dengan Bawang Besar.
Kentang Goreng.
Tauhu Masak Taucu dengan Capsicum.
Selesai menjamu selera, kami menunaikan solat jamak di salah sebuah bilik makan di sini.
Selesai solat, kami kembali semula ke ruang makan dan sementara menunggu rakan yang lain selesai solat, tangan pun gatal mengambil gambar. Nampaknya meja makan kami sudah dikemas rapi.
Kemudian lensa kamera menghala ke kaunter pula.
Kam kata marilah kita ambil gambar kenangan suasana di tempat makan di negara China sambil memegang chopstik...hiks!
Salah seorang pekerja wanita di restoran ini.
Dalam perjalanan keluar dari restoran pun masih tangkap ikan...ehhh! Tangkap gambar ikan weiii! Samalah dengan masyarakat Cina di negara kita, mereka suka makan ikan segar dari aquarium!
Tunggu dulu Salawati!
Jangan tinggalkan daku!
Selamat tinggal restoran halal di Muslim Hotel.
Ada jodoh, ketemu lagi.
Pemandu bas kami yang sentiasa tersenyum.
Walaupun hari menjelang petang, namun matahari tetap juga tidak memunculkan diri!
Kelam sepanjang hari.
Sesekali, kamera tertangkap pemandangan indah di tepi jalan.
Bukan sahaja bangunan tinggi, Shenzhen juga menyajikan kami pemandangan menawan dengan lanskap jalan raya yang dipenuhi buang-bungaan pelbagai warna.
Inilah sebahagian cerita kami pada hari pertama berada di Shenzhen.
Kebanyakan penghuni kota ini menggunakan basikal untuk memudahkan pergerakan.
Shenzhen : Bandarnya bersih dan tersusun.
Perjalanan diteruskan menuju ke Luohu Mall.
Belanja dahulu beberapa keping gambar suasana di Shenzhen.
Wokey.
Berhenti di sini buat seketika.
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments