Makan Tengahari di Endian Halal Restaurat
11:07 PG
Tengahari itu kami makan di Endian Halal Restaurant. Bukan Indian...tapi Endian. Setakat ini belum jumpa orang India atau restauran India di sini.
Mantou?
Mungkin versi goreng. Jom kita ikuti cerita di bawah ini.
Endian Halal Restaurant letaknya di No.1 Chong Shan Road, Xiang Shan District, Guilin, China. Pemiliknya Cina Muslim, bukannya India Muslim.
Seperti biasa, mesti ada seteko minuman Chinese Tea panas di atas meja.
Jom duduk sini.
Hidangan pertama yang disajikan ialah mantou (?).
Pada mulanya segan nak capai, maklum menunggu nasi. Setelah kami cuba makan, seketul demi seketul habis ditelan. Rasanya? Sedap. Lemak-lemak masin manis sedikit, dan ada susu pekat sebagai pencecah. Bagaimanapun makan panas-panas begitu saja sudah cukup sedap!
Hidangan datang satu persatu. Lauk pertama yang disajikan ialah terung masak taucu dengan capsicum merah dan hijau.
Telur dadar tidak ketinggalan.
Cendawan tumis dengan daging.
Sedap nih!
Tak sempat tangkap gambar, dah hilang separuh kena senduk masuk pinggan nasi.... hihihiii!
Ikan goreng, sos dengan cendawan telinga tikus.
Ayam goreng.
Sup seaweed dengan telur.
Sayur salad.
Tauhu campur dengan daging.
Sumber : WhatsApp Group
Sumber : WhatsApp Group
Dah kenyang
Alhamdulillah.
Mari teruskan perjalanan.... jalan kaki saja menuju ke Guilin Chongshan Mosque.
Kita solat jamak taqdim di situ.
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
0 comments