Rendang Nasib Tujuh Jenis Bahan

7:26 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita lama Aidil Adha yang berlalu pada Jun 2024.
Hendak buang gambar, rasa sayang pula sebab bukan selalu kita masak rendang nasib. Kali ini bukan dua tiga bahan kita gunakan, tapi tujuh bahan! Semua bahan segar, bukan sejuk beku.

Sayangnya, tak jumpa pula gambar hasil kejadian masakan Rendang Nasib Tujuh Jenis Bahan ini. 

Tujuh jenis bahan berasaskan lembu.


Daging dan perut lembu.


Jantung 


Hati & Limpa

Peparu

Lidah


Ini sahajalah gambar yang tidak terdelete. Setiap bahan hanya seberat 200 - 300 gram sahaja.

Antara bumbu rendang nasib - tidak termasuk kerisik dan santan.


Bahan-bahan:
  • 2 kg bahan campur : daging, hati, limpa, peparu, lidah, jantung, perut - potong ikut saiz yang disukai
  • 2 liter santan dari 4 biji kelapa
  • 6 sudu besar kerisik
  • 6 helai daun kunyit - dihiris
  • 5 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 100 gram gula melaka
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 10 ulas bawang putih
  • 250 gram bawang besar
  • 250 gram bawang merah
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 7 batang serai - hiris
  • 25 tangkai cili padi
Cara memasak:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
2. Masukkan semua tujuh jenis bahan campur
3. Tambahkan semua bahan kisar.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
9. Padamkan api dapur.


Rendang Nasib Tujuh Jenis Bahan

Gambar dari entri Aidil Adha 2024 - sambut raya bertiga sahaja dengan Encik Suami dan Firdaus. Ada tu... Rendang Nasib Tujuh Jenis bahan di hujung sana.


24 comments

  1. Tambah tetel, kulit, babat dah jadi sepuluh nasib

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Wak. Lain kaki nak bubuh kaki dan pipi lembu juga. Jadi 12 nasib.

      Padam
  2. MA pun baru tau rendang nasib ni...best sbb nasib la dpt bahagian mana kannnn.... Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya tak banyak jenis, sekadar daging, limpa, paru sahaja. Tapi dah ada berjenis-jenis, rendang sekali harung sajalah hihihi.

      Padam
  3. Nasib-nasib dapatlah apa yang kita suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Itu pasal dinamakan rendang nasib ye Faizah.

      Padam
  4. pernah makan ni kat kenduri. sedapnya teringin pulak. biasa waktu raya Aidiladha ramai orang buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time raya haji memang ramai orang buat sebab banyak boleh didapati dari daging korban.

      Padam
  5. Adohai, tergelak baca komen wak WP.

    Sedapnya rendang nasib tapi kalau sy masak ni Iman tak berani makan, takut nasib tak baik dapat organ2 lembu yang dia tak makan, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak sahaja bahagian yang Iman suka makan. Jadi, nasib baiklah nanti dia dapat yang dia nak makan.

      Padam
  6. Unik namanya, rendang nasib tujuh bahan. 😊

    BalasPadam
  7. Allah...lauk fav arwah Mak Pah..blom terbuat lagi SA..apa yang melibatkan arwah slowly la kami buat semula..especially lauk2 kegemaran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu Akbar!
      Semoga arwah tenang di sana, tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Amin.

      Padam
  8. wahh... mesti sedap ni... tak pernah lagi buat masakan campur campur part daging ni. ZSaya kalau masak daging... daging aje. Limpa.. limpa aje.. hehehe.. tak pandai masak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka-suka saja masak begini sebab memang ada banyak bahan organ dalaman lembu. jarang juga saya buat, biasanya daging saja.

      Padam
  9. Oalaaah saya tak pernah makan rendang pakai 7 bahan sapi macam ini 😅😅. Biasa kan selalu dipisah. Aiiih membayangkan langsung lapar kak Amie 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, yang berpisah itu kalau direndang disebut rendang daging. Yang bercampur ini dipanggil rendang nasib sebab nasib-nasiblah kalau dapat bahagian yang kita suka hihihii.

      Padam
  10. Jantung lembu tu rare. Jarang dengar masakan berasaskan jantung lembu. Ke saya je yang tak tahu sebab tak makan organ dalaman ni. Daging lembu pun jarang makan. Bab lembu memang saya gagal. Tapi saya suka betul kalau daging masak hitam. Dapat pula daging yang lembut. Sedap betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami yang suka jantung lembu. Itu yang Kak Amie masukkan sekali.

      Padam
  11. Sedap ni, thanks Kak Amie kongsi resepi. Nak try nanti. Yummm sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Mulan.
      Biasanya rendang nasib ni orang gunakan 2-3 bahan seperti daging dengan paru saja. Saya saja tambah-tambah.

      Padam
  12. sedap tu kak boleh rasa semua dlm 1 masakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib lah kan Anies... kalau terjumpa yang disuka!

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe