Jeruk Madu Pak Ali Dilupa Jangan
8:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setakat ini setiap kali ke Pulau Pinang, oleh-oleh wajib kami sudah tentulah Jeruk Madu Pak Ali. Banyak juga kedai cawangan Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang ini. Kali ini Fuad bawa kami ke Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Medan Selera Terminal Bas, Jalan Pantai. Butterworth.
Seperti biasa Amie minta bungkuskan buah-buahan jeruk campur sebanyak 1/2 kilogram setiap bungkus. 15 bungkus kesemuanya. Sebelum keluar dari kedai, kami dihulurkan lagi sebungkus jeruk buah-buahan campur. Tuan kedai kata : Makanlah dalam kereta. Terima kasih banyak!
Jeruk Kedondong |
Jeruk Mangga |
Jeruk Sengkuang |
Kita paling suka jeruk sengkuang.
Jeruk Salak |
Jeruk Betik |
Nampak kuah rojak.
Beli enam botol Kuah Rojak Kacang Mak Bee.
Kuah Rojak Kacang Mak Bee |
19 comments
Sy pula suka jeruk salak 😁
BalasPadamRambang mata nak memilih jeruk pun kalau masuk kedai Pak Ali ni, macam² jeruk ada
Jeruk salak lain harga, tinggi sikit berbanding jeruk lain.
Padamkak ana suka Amie jeruk madu pak ali nih bukan sahaja produk orang kita tapi tak tersedak makan sebab tak buh cuka kan.. manis-manis buah jer :)
BalasPadamYa, tak sakit tekak kalau makan banyak.
Padamlinda suka betik...tapi, sebenar nya suka yang masih rangup..kalau dah lembik tu, tak minat sangat
BalasPadamSedap jeruk betik yang rangup.
PadamDulu waktu raya, emak saya suka buat jeruk betik. Mungkin direndam dengan air kapur, sebab rangup.
Vote for jeruk salak.
BalasPadamLast sy pegi Penang entah tahun bila. Sedap betul Nasi Kandar di sana walau sekadar nasi + kari kacang bender.
Jeruk salak memang sedap kan.
PadamTak tahu hendak pilih mana satu kedai nasi kandar.... banyak sangat pilihan!
Sedapnya jeruk. Puas hati kan pergi ke kedai jeruk Pak Ali. Macam2 jeruk ada, tinggal pilih saja yanga mana suka.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTidaklah susah mencari oleh-oleh kalau datang Penang, singgah saja beli jeruk madu Pak Ali.
Betul, jika ke Penang, 2 benda ni kena bawa balik. Jeruk dan kuah rojak, hihi.
BalasPadamSenang kan SK.
PadamItulah oleh-oleh istimewa dari Penang.
jeruk pak ali ni kalau sy beli selalunya mangga dengan kedondong
BalasPadam2 ni antara paling sedap...
Sedap mangganya kan Anies. Kak Amie pula suka sengkuang.
PadamSedapnya Jeruk Madu Pak Ali..lama x makan jeruk..dulu muda2 memang selalu makan..dah tua2 ni kurang makan...
BalasPadamDah tua-tua ni sekadar nak merasa sajalah kan SA.
PadamAissssh menyesal saya tak beliii. Krn saya ada lewati tempat jeruk pak Ali ini di Georgetown. Sebenarnya di Medan pun ada yg jual jeruk atau di sini sebutnya manisan atau asinan buah. Tp kdg rasanya berbeda kan.
BalasPadamNantilah kalo kesana lagi saya nak coba beli manisan atau jeruk mangga. Nampak sedap 😍
Jeruk Madu Pak Ali memang terkenal di seluruh Malaysia. Rasanya berbeza dengan jeruk lain dan istimewanya tekak tidak gatal atau sakit kalau makan banyak.
PadamDulu masa study di Penang, setiap kali balik Johor mesti beli berkilo kilo jeruk buah. Mesti penjual bagi sebungkus kecik extra buat makan makan juga. Penang ni memang syurga jeruk. Mesti beli punya kalau datang. Sekarang pun dah merata cawangan jeruk madu Pak Ali ni.
BalasPadam