Makan Apa di Tandoori Restaurant Islamabad?
4:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Menjelang pukul 1:57 waktu tempatan kami tiba di Tandoori Restaurant, Islamabad. Suhu ketika itu 33'C tetapi rasa bahang panas terasa menikam mata!
Jom kita masuk ke restoran. Apa yang dihidangkan untuk sajian tengah hari kami?
Masing-masing tidak dapat menahan lapar ketika hidangan disajikan, terus serbu! |
Selamat datang ke Islamabad. |
Tandoori Restaurant |
Antara gambar makanan yang terkenal di restoran ini termasuklah dessert Kheer Thoothi.
Melihat gambar jus buah di bahagian luar restoran sudah cukup buat telan air liur! |
Di restoran inilah kami menerima pertukaran wang Pakistan Rupee yang diuruskan oleh tour guide dan tour leader. Banyak pula syaratnya apabila tukaran USD ke Pakistan Rupee. Duit USD Gee yang ditukar di KLIA1 tidak diterima kerana ada rompong sedikit. Duit USD Amie dalam bentuk USD50 sebanyak 6 keping, jatuh nilainya kerana hanya USD100 sekeping sahaja dapat nilai yang standard! Isshhh...issshhh begini rupanya syaratnya.
Jom kita lihat hidangan yang akan dijamah di sini. Sepanjang berada di Pakistan, kami jumpa pelbagai jenis nasi yang dihidangkan. Oleh kerana tidak mengetahui nama masakan nasi tersebut, ada di antara kami mengatakan : Kami makan nasi goreng Pakistan. Ini disebabkan nasi yang dihidangkan bukan nasi basmathi warna putih tetapi ditambah dengan pelbagai bahan seperti kekacang, lobak dan jagung. Pukul ratalah mengatakan itu nasi goreng!
Kalau begitu, meriah sungguhlah nasi goreng di Pakistan sebab didatangkan bersama salad dan lauk-pauk!
Amie sendiri tidak tahu ini nasi masakan apa.
Sekali pandang memang macam nasi goreng juga!
Sekali pandang memang macam nasi goreng juga!
Salad terdiri daripada hirisan tomato yang manis, timun, daun salad, bawang besar, ubi bit dan hirisan limau nipis.
Sayap ayam goreng ini agak keras mungkin digoreng garing. Terasa rempahnya.
Mungkin ini spring roll.
Tak ingat pula apa isinya.
Manchurian Chicken |
Sempat tanya pelayan restoran, apa nama masakan ini. Katanya Manchurian Chicken. Resipi Manchurian Chicken bukan berasal dari negara China. Menu ini diperkenalkan pertama kali di Culcutta oleh Nelson Wang.
Yang ini masakan berasaskan ayam juga tetapi rasanya agak pedas.
Selepas makan nasi, sebuah mangkuk kecil warna tembaga kuning diletakkan di hadapan kami. Isinya air, beberapa kelopak bunga ros dan hirisan limau nipis.Pada mulanya tertanya-tanya juga untuk apa mangkuk begini di depan kami? Rupanya untuk cuci tangan selepas makan. Kami cuci tangan sambil meramas limau nipis dan kelopak bunga ros. Terasa harum tangan apabila dihidu. Hendak celupkan tangan lagi sebab segar bau tanga, tetapi pelayan restoran sudah angkat mangkuk-mangkuk kami!
Kheer - Manisan Klasik Pakistan |
Hidangan berikutnya ialah manisan klasik Pakistan iaitu kheer. Kheer diperbuat dari susu, beras dan kekacang. Lemak manis dan berkrim. Katanya boleh dinikmati panas atau sejuk.
Dan terakhir, kami diberi pilihan samada hendak minum chai masala atau teh.
Amie memilih teh. Rasanya berat pula kalau minum chai masala selepas makan nasi. |
Sekarang perut sudah kenyang. Alhamdulillah. Pakistan Rupee pun sudah ada dalam tangan. Bolehlah membeli sesuatu sewaktu singgah-singgah nanti.
Tukar van baharu. |
Van kami sudah bertukar dan pemandunya juga bukan orang yang sama. Ada langsir dalam van baharu. Beg kami sudah diangkut ke bahagian atas van. Agaknya sewaktu kami makan, beg tersebut dipindah naik.
Selamat tinggal van yang hantar kami dari Lahore ke Islamabad. Harap van yang baharu ini pendingin hawa di bahagian tempat duduk Amie berfungsi dengan sempurna. Tak dapat bayangkan lama-lama bagaimana duduk dalam keadaan keringat terkumpul sehingga membasahi bahagian bawah kita!
12 comments
Bestnyer makan reramai time tengah lapo
BalasPadamMemang lapar Wak. Pukul 2 di Pakistan sama dengan pukul 5 petang di tempat kita.
PadamSemua makanan nampak sedap².... Ada nasi, itu yg penting bagi tekak Melayu saya :D
BalasPadamNanti bila bunga ros Sy kembang, nak try lah basuh tgn dgn kelopak mawar + lemon tu ...
Saya pun berangan sama PH.
PadamTunggu bunga ros berbunga, nak buat macam tu jugak!
mak aiii tukar duit je pun byk songehnyaaaa
BalasPadamhehe sik baik laa x terminum air basuh tangan tu😁
Banyak benda yang kami belajar di sini. Kesianlah kawan tukar RM ke USD di KLIA tapi sampai Pakistan kene reject pulak.
PadamYa, ingatkan minuman kah... rupanya untuk basuh tangan hihihii.
Ohh aturan USD dia mirip dengan Indonesia. kalo di sini Krn USD dianggab komoditas, bukan alat tukar. Jadi nak tukar di money changer atau bank, kondisi wajib mulus, halus, tak ada lipatan, tak ada coretan, tak ada robek atau cacat 😄.
BalasPadamNilai 100usd pula lebih tinggi drpd yg denom kecil. Dan tahun series pun menentukan. Dulu saat masih kerja di HSBC, pening jugalah mencek 1-1 mata uang USD kalo ada nasabah yg setor.
Menarik juga kuliner mereka kak Amie. Terlihat sedap pun
Pindah Van di sini yaa. Harap2 AC di Van baru bekerja baik ☺️
Bila perut lapar meminta² ni, memang kena cepat serbu makanan. Tak sempat camera nak makan dulu. hihi...
BalasPadamMacam² pula syaratnya ye. Nak yang elok je. Serba rempah makanan dan minuman. Elok juga tu ambil teh sahaja, rasa ringan sikit selepas makan nasi.
Rasa nasi tu macam nasi goreng, tak? Nampaknya van kali ini kelihatan lebih selesa.
BalasPadamooo.. denomination pun diambil kira bila buat tukaran wang di negara asing.
BalasPadamPatutlah masa kat Hatyai ada Malaysian nak tukar RM20 ke THB tidak diterima. Money changer hanya terima RM50 & RM100 sahaja.
Menu nampak sedapnya semua. Comel semua berfoto depan restoran, semua dah kenyang kan :)
BalasPadamYe la kak, sekali pandang nampak macam nasi goreng..eh x kisahlah apa pun namanya asalkan sedap dan perut kenyang ye kak..masakan pakistan memang banyak rempah dan pedas sikit kan..
BalasPadam