Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita lama Aidil Adha yang berlalu pada Jun 2024.
Hendak buang gambar, rasa sayang pula sebab bukan selalu kita masak rendang nasib. Kali ini bukan dua tiga bahan kita gunakan, tapi tujuh bahan! Semua bahan segar, bukan sejuk beku.
Sayangnya, tak jumpa pula gambar hasil kejadian masakan Rendang Nasib Tujuh Jenis Bahan ini.
Tujuh jenis bahan berasaskan lembu. |
Jantung |
Hati & Limpa |
Peparu |
Lidah |
Ini sahajalah gambar yang tidak terdelete. Setiap bahan hanya seberat 200 - 300 gram sahaja.
- 2 kg bahan campur : daging, hati, limpa, peparu, lidah, jantung, perut - potong ikut saiz yang disukai
- 2 liter santan dari 4 biji kelapa
- 6 sudu besar kerisik
- 6 helai daun kunyit - dihiris
- 5 helai daun limau purut - buang urat belakang
- 100 gram gula melaka
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 10 ulas bawang putih
- 250 gram bawang besar
- 250 gram bawang merah
- 3 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 3 cm kunyit hidup
- 7 batang serai - hiris
- 25 tangkai cili padi
1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
2. Masukkan semua tujuh jenis bahan campur
3. Tambahkan semua bahan kisar.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
9. Padamkan api dapur.
Rendang Nasib Tujuh Jenis Bahan |
Gambar dari entri Aidil Adha 2024 - sambut raya bertiga sahaja dengan Encik Suami dan Firdaus. Ada tu... Rendang Nasib Tujuh Jenis bahan di hujung sana. |
Tambah tetel, kulit, babat dah jadi sepuluh nasib
BalasPadamYa Wak. Lain kaki nak bubuh kaki dan pipi lembu juga. Jadi 12 nasib.
PadamMA pun baru tau rendang nasib ni...best sbb nasib la dpt bahagian mana kannnn.... Alhamdulillah
BalasPadamBiasanya tak banyak jenis, sekadar daging, limpa, paru sahaja. Tapi dah ada berjenis-jenis, rendang sekali harung sajalah hihihi.
PadamNasib-nasib dapatlah apa yang kita suka.
BalasPadamBetul tu.
PadamItu pasal dinamakan rendang nasib ye Faizah.
pernah makan ni kat kenduri. sedapnya teringin pulak. biasa waktu raya Aidiladha ramai orang buat.
BalasPadamTime raya haji memang ramai orang buat sebab banyak boleh didapati dari daging korban.
PadamAdohai, tergelak baca komen wak WP.
BalasPadamSedapnya rendang nasib tapi kalau sy masak ni Iman tak berani makan, takut nasib tak baik dapat organ2 lembu yang dia tak makan, hihi.
Masak sahaja bahagian yang Iman suka makan. Jadi, nasib baiklah nanti dia dapat yang dia nak makan.
PadamUnik namanya, rendang nasib tujuh bahan. 😊
BalasPadamHaa.. begitulah kisahnya rendang nasib.
PadamAllah...lauk fav arwah Mak Pah..blom terbuat lagi SA..apa yang melibatkan arwah slowly la kami buat semula..especially lauk2 kegemaran...
BalasPadamAllahu Akbar!
PadamSemoga arwah tenang di sana, tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Amin.
wahh... mesti sedap ni... tak pernah lagi buat masakan campur campur part daging ni. ZSaya kalau masak daging... daging aje. Limpa.. limpa aje.. hehehe.. tak pandai masak kan...
BalasPadamSuka-suka saja masak begini sebab memang ada banyak bahan organ dalaman lembu. jarang juga saya buat, biasanya daging saja.
PadamOalaaah saya tak pernah makan rendang pakai 7 bahan sapi macam ini 😅😅. Biasa kan selalu dipisah. Aiiih membayangkan langsung lapar kak Amie 😄
BalasPadamYa, yang berpisah itu kalau direndang disebut rendang daging. Yang bercampur ini dipanggil rendang nasib sebab nasib-nasiblah kalau dapat bahagian yang kita suka hihihii.
PadamJantung lembu tu rare. Jarang dengar masakan berasaskan jantung lembu. Ke saya je yang tak tahu sebab tak makan organ dalaman ni. Daging lembu pun jarang makan. Bab lembu memang saya gagal. Tapi saya suka betul kalau daging masak hitam. Dapat pula daging yang lembut. Sedap betul!
BalasPadamEncik Suami yang suka jantung lembu. Itu yang Kak Amie masukkan sekali.
PadamSedap ni, thanks Kak Amie kongsi resepi. Nak try nanti. Yummm sedap.
BalasPadamSedap Mulan.
PadamBiasanya rendang nasib ni orang gunakan 2-3 bahan seperti daging dengan paru saja. Saya saja tambah-tambah.
sedap tu kak boleh rasa semua dlm 1 masakan
BalasPadamNasib lah kan Anies... kalau terjumpa yang disuka!
Padam