Jawi Peranakan Mansion (Penginapan Rumah Besar Anglo-India) Sentuhan Seni Bina Mughal

8:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat datang Oktober!

Amie mulakan dengan catatan Mei 2024 yang belum selesai.
Kami ambil kesempatan untuk menziarahi Fuad di Pulau Pinang. Abang Farid telah tempahkan penginapan di Georgetown. Pada mulanya hanya Amie, Encik Suami dan Firdaus yang akan bermalam di sini, tetapi di saat akhir Abang Farid hendak ikut sama. 

Alhamdulillah, setelah beberapa kali berpusing mencari, akhirnya sampai juga ke tempat penginapan kami iaitu Jawi Peranakan Mansion. Letaknya di 153, Jalan Hutton 10050 Georgetown.


Memasuki ruang tamu Jawi Peranakan Mansion, terasa kehangatan suasana menyambut kedatangan kami. Petugas kaunter dan pelayan lain sangat mesra dan sedia memberikan bantuan. Belum pun masuk ke bilik, sudah berasa selesa berada di sini.


Jawi Peranakan Mansion terletak di rumah besar Anglo-India. Tempat penginapan ini merupakan rumah agam yang bersejarah dan menawarkan banyak suasana yang boleh dinikmati para tetamu.



Bilik kami terletak di bahagian bawah, jadi tidak perlu menaiki tangga untuk ke tingkat atas.





Bilik penginapan dilengkapi dengan dekorasi sentuhan Mughal.  Katil king dan ruang tempat duduk sangat selesa serta dihiasi upholsteri etnik dan gerbang tingkap kayu.

Salah satu hiasan di tepi katil.

Katil dan tilam tambahan untuk Abang Farid.

Oleh kerana Abang Farid turut bermalam di sini jadi kami meminta katil tambahan. Harga asal penginapan bilik ini ialah RM254, dan untuk harga katil Abang Farid bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM100.00 (kalau tak silap mungkin RM80.00). Cerita sudah lama berlalu, banyak yang sudah terlupa!


Firdaus merehatkan diri di atas bantal peluk yang disediakan.

Sejadah pun disediakan juga. Cukuplah ruangan di sini untuk menunaikan solat.



Dari lantai sehinggalah ke bahagian atas, terpapar sentuhan tradisional yang sangat memukau. Pintu ke bilik air nampak klasik .





Bilik airnya kemas, bersih dan luas.



Tandas terletak di bahagian kiri dan bilik mandi di bahagian kanan.





Terpikat dengan jubin dan motif ukirannya yang tersendiri.



Selepas pintu dibuka, terdapat penghadang sebelum menuju ke katil.


Hiasan di penjuru bilik.














Jom kita keluar sebentar. 
Apa ada di bahagian luar bilik?


Ada meja bulat dan tempat duduk di sini.


Mari ikut Firdaus ke ruang hadapan.


Ini merupakan ruang makan. Hotel ini tidak menyediakan sarapan atau makan malam. Tetamu boleh membawa makanan sendiri dan menikmatinya di sini. Pinggan mangkuk dan sudu garpu disediakan.



Tetamu boleh menyediakan minuman sendiri. Air panas, kopi dan teh serta biskut disediakan.

Kopi Cap Tabik

Biskut Kering

Encik Suami membancuh kopi dan minum di sini.


Setakat ini sahaja dahulu perkongsian Jawi Peranakan Masion.
Nanti Amie akan sambung sebab gambar-gambar dalam galeri tidak dapat dikeluarkan .... HP tiba-tiba hang!



22 comments

  1. Aiiih baguuus kaaak bentuk hotelnya 😍😍😍. Saya sukaaa sangat dengan bangunan lama seperti ini, masih terawat. Menginap di sini pasti masih nyaman, sambil membayangkan kehidupan lampau yg megah 😄❤️.

    Sukaaa saat tahu lokasinya dj Georgetown, bisalah kalo saya ke Penang lagi coba menginap di sini juga.

    Lagipun tiap ke Penang, lokasi yg saya pilih selalu Georgetown. Krn dekat kemana2.

    Unik juga dia tak menyediakan sarapan dan dinner tapi syukurlah dibagi ruang utk kita makan di situ dengan peralatan makan sekali 👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pilihan jenis bilik.
      Rasa santai berada di sini. Kebanyakannya pelancong dari luar negara yang mencari kelainan. Walaupun Georgetown padat tetapi ada ruangan yang disisihkan untuk istirahat seperti Jawi Peranakan Mansion ini.
      Senang untuk mencari tempat makan di sekitarnya.

      Padam
  2. Cantiknya hotel ni 😍 harga pun sangat-sangat berpatutan. Satu perkara saya suka bila pergi ke Pulau Pinang ialah ada banyak hotel berkonsepkan heritage di situ lagi-lagi di Georgetown.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali hendak juga mencari pengalaman di tempat penginapan yang berbeza. Dapat tambah info tentang sejarah era kolonial.

      Padam
  3. bestnya... suami saya suka la tempat tempat macam ni. ada hiasan hiasan.. ukiran ukiran... ada unsur unsur seni dan budaya... saya jenis letak kepala pun lelap, jadinya ada tilam bantal sudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitulah, tempat penginapan untuk beristirahat dan cukup ada tilam dan bantal.

      Padam
  4. Teringin nak menginap di hotel² macam ni tapi Pak Inche lagi suka hotel moden. Ni nanti nak tunjuk kat Pak Inche.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cita rasa masing-masing kan SK.
      Saya sesekali hendak ubah selera juga.
      Rasanya kalau asyik hotel moden, seolah-olah kaku hihihiii.

      Padam
  5. cantik tmpt penginapan dgn perabot sebegitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga kelainan suasana yang hendak dipandang kan Mama Tisya.

      Padam
  6. Menariknya! Sy pun suka jubin cantik tu...
    Teringat kami pernah stay di hotel ala kolonial di Taiping bbrp tahun lepas. Satu pengalaman yg berbeza bila berkesempatan menginap di tempat² begini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sesuatu yang menggamit rasa apabila berada di tempat seperti ini. Walaupun usang tapi mempunyai sentuhannya yang tersendiri.

      Padam
  7. Cantiknya. Deko dalaman dan senibina nya semua cantik. Thanks for sharing Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Mulan.
      Itulah antara kesan seni budaya sentuhan Mughal yang dapat kita lihat hari ini di negara kita.

      Padam
  8. Nampak klasik pula.
    Cantik dan cosy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang klasik.
      Ada nilainya yang tersendiri.

      Padam
  9. rumah cantik luas n selesa ruang inap

    BalasPadam
  10. Seperti mengimbau zama dahulu kala.. seronok nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Dari bahagian luar hingga ke dalam, menampilkan sentuhan zaman lampau yang tersendiri.

      Padam
  11. Betul2 klasik dan tradisional nie...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe