Babusar Pass (Babusar Top) : Antara Dingin Salji & Panasnya Goreng-Gorengan
2:54 PTGBismillahirrahamnairrahim.
Sekarang sudah pukul 2:24 petang. Van berhenti di Babusar Pass (Babusar Top) yang merupakan titil tertinggi di Lembah Kaghan. Lembah Babusar atau Wilayah Babusar ialah laluan gunung di Pakistan di utara Lembah Kaghan yang menghubungkannya melalui Thak Nala dengan Chilas di Lebuhraya Karakoram.
Laluan Babusar menghubungkan Khyber Pakhtunkhwa dengan Gilgit-Baltistan dan merupakan salah satu laluan yang lebih berbahaya di Pakistan. Setiap tahun, sejumlah mangsa kemalangan jalan raya dilaporkan dari kawasan pergunungan ini. Sebab yang paling biasa berlakunya kemalangan ialah kegagalan brek kenderaan di landskap curam ini kerana kurang pengalaman memandu. Babusar Top pada asalnya dikenali sebagai Babur Top, berasal dari fakta bahawa Maharaja Mughal Babur melalui kawasan ini pada awal abad ke-16. Walau bagaimanapun, pada masa kini, ia biasanya dirujuk sebagai Babusar Top sahaja.
Suhu dingin berlatarbelakangkan Babusar Valley. |
Rakaman video di Babusar Top
Kami berjalan ke arah kawasan lapang di bahagian atas untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Lembah Babusar, tetapi ketika angin bertiup kencang rasa sesak nafas pula. Bukan tiupan angin biasa tetapi tersangat sejuk dan menurunkan rintik-rintik salji! Kami cepat-cepat turun ke bawah kerana tidak tahan kedinginan ditambah pula dengan debu yang berterbangan di sekitar!
Kami dapat rasakan kekurangan oksigen di sini!
Ada yang sudah rasa loya, hendak muntah.
Cepat...cepat turun ke bawah.
Cepat...cepat turun ke bawah.
Batalkanlah hasrat untuk bergambar.
Bukan sahaja disebabkan sejuk tetapi tiupan angin mampu mengalihkan tubuh kami ke arah lain dan terpaksa mencari sesuatu sebagai tempat berpaut!
Patutlah pemandangan di sana sini robak-rabik! Rupanya bahana angin kencang yang melanda dari semasa ke semasa!
Ketika ini langit gelap, dan awan mendung!
Walaupun ada tandas di sini, tetapi tour guide tidak galakkan kami memasukinya kerana tahap kebersihannya kurang memuaskan. Begitulah mereka menjaga kemaslahatan kami sepanjang perjalanan. Katanya, nanti akan jumpa tandas yang bersih.
Singgah di salah sebuah gerai goreng-gorengan.
Walaupun hampir pukul tiga petang tetapi kami belum lagi makan tengah hari. Lapar sangat rasanya. Ketika ini sudah tentulah di tempat kita sudah pukul enam petang! Apabila sejuk-sejuk begini, perut pula berasa keroncong maka apa patut kita buat?
Jom singgah sini.
Tengok apa yang ada.
Gorengan bulat-bulat di bawah ini bukannya cempedak goreng tapi telur goreng disalut tepung. Telur rebuslah itu, celup tepung gitu. Tapi tak tahulah apa namanya dalam bahasa Urdu.
Gorengan bulat-bulat di bawah ini bukannya cempedak goreng tapi telur goreng disalut tepung. Telur rebuslah itu, celup tepung gitu. Tapi tak tahulah apa namanya dalam bahasa Urdu.
Kami beli goreng-gorengan ini. Yang ada warna hijau itu ialah cili hijau goreng. Pedas juga rasanya!
Yang ini tak tahu apa namanya. yang di bawah ini kentang goreng.
Ketika salji semakin membasahi bumi, kami sudah berada di dalam van. Sambil mata mencari-cari titis salji yang terus menghilang, tangan terus menyuap gorengan masuk ke mulut.
Tak dapatlah kongsi gambar salji turun sebab rupa dia macam titis hujan yang sangat halus, warna kristal putih dan terus hilang apabila terkena pakaian kami atau jatuh ke tanah
Pinjam video Liza menadah salji!
Menadah titisan salji di Babusar Top! |
9 comments
Kuat betul lah angin kalau macam tu ya Kak Amie. kalau sejuk memang sedap mengunyah dan cepat lapar.
BalasPadamCantiknya view di Babusar Valley.
Fuh.. Cili salut tepung pun ada..
BalasPadamWah…syoknya merasa titisan salji.
BalasPadamCili pun dibuat gorengan ya…kuat makan pedas jugak orang di sana.
Oh, telur rebus salut tepung pun ada ya? Boleh rekomen siapa nak datang sini bawa siap² sambal kicap, hihi.
BalasPadamTengok rakaman video tu pun nampak agak kuat anginnya.
BalasPadamSedap tu makan goreng-gorengan dalam kedinginan apatah lagi perut tengah lapar.
goreng-gorengan panas makan sdg sejuk sedap tu
BalasPadamnampak sedap plak gorengan tu semua...telur rebus salut tepung? menarik ni kalau nak buat..tapi guna tepung bistari la..wah..salji turun?bestnyaaa
BalasPadamPadahal masih belum masuk winter, tp cuaca dah dingiiiin ya kak. Tak terbayang saat winter beneran.
BalasPadamMemang kalo dingin makan gorengan, dan kopi paling pas 😍😍😅. Menarik juga gorengan mereka. Teringin pula makan Chilli goreng 🤭
harga goreng gorengan tu murah ke kak?
BalasPadamdpt cicah dgn sos cili ni mmg sedapppp
dah laa duduk dlm suhu sejuk..