Bertolak ke Hunza - Melihat Panorama Mansehra
3:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ceritanya pada 17 September kami akan meneruskan perjalanan ke Hunza sebaik sahaja daftar keluar Rockwood Resort. Daripada tiada apa-apa cerita, baiklah Amie kongsi rakaman gambar yang dapat diambil dari dalam van. Dapatlah sedikit sebanyak gambaran suasana dan panorama di sekitar Mansehra.
Antara panorama yang sempat dirakam termasuklah suasana seperti di bawah ini. Harapnya gambar yang dikongsi dapat memberikan pengetahuan tentang kehidupan dari kaca mata pengembara.
Van berhenti seketika di kawasan bandar.
Perkhidmatan sterika pakaian. |
Banyak pemandangan menarik hendak dirakam tetapi tidak sempat. Antaranya termasuklah perkhidmatan dobi @ sterika pakaian di tepi jalan!
Di tepi jalan, banyak gerai pakaian, pashmina dan topi Pakistan.
Pelbagai jenis pashmina @ jenis kain yang terbuat dari bulu kasymir yang halus.
Pelbagai jenis kekacang ada di sini termasuklah kacang walnut, kacang hazel, kacang badam, kacang gajus, kurma, kismis, buah tin kering dan sebagainya.
Cukuplah melihat-lihat panorama di sini. Mari kita sambung perjalanan.
33 comments
Perkhidmatan sterika pakaian wow best ni. Colorful Lori kecik2 tu, comel je. Geram tengok kekacang dengan buah2 kering tu. Suka sangat baca trip Kak Amie, thanks for sharing. Moga kami dapat ke sana nanti.
BalasPadamSesuatu yang lain dari kebiasaan kan Mulan apabila melihat perkhidmatan sterika pakaian di tepi jalan.
PadamMemang di sana semua loronya dihias meriah.
In syaa Allah, Mulan akan sampai juga ke sini.
Penuh warna warni...
BalasPadamSedap tengok kekacang tu
Ya, banyak jenis kekacang dijual di sini.
Padamkacang kacang yang pelbagai tu kemain mahal kat bumi kita ni. Tapi tak ramai orang perempuan ya di sana..
BalasPadamKaum perempuan memang tidak dijumpai di permis perniagaan, hotel dan sebagainya. Semua pekerja lelaki sahaja.
Padamehhh.. terhenti plak nengok gambar penjual kacang tu.. cantik kaler mata dia 😁
BalasPadamYa, matanya lain sikit. Ada banyak keturunan di Pakistan.
Padamnampak orang Pakistan berbangga memakai busana asli mereka di mana saja
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamDi mana-mana mereka memakai salwar kameez.
Cantik pulak lori warna warni tu
BalasPadamMacam-macam aksesorinya kan Uncle.
PadamSeronoknya dapat pergi melihat negara orang.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMudah-mudahan Allah rezekikan lagi untuk teruskan kembara.
Bestnya tenguk kekacang yang macam-macam jenis tu. Murah tak. InsyaAllah wishlist saya ni. Mudahan Allah rezekikan sampai.
BalasPadamKalau dijual kepada pelancong memang mahal harganya Notie.
PadamIn syaa Allah Notie akan sampai juga ke sini. Saya pun tak puas jelajah. Mana tahu suatu hari nanti dapat repeat.
mesti best kan sejuk berkabus je dekat situ... kacang-kacangnya murah ke kak? ke harga sama je macam kat sini
BalasPadamMemang best sejuk.
PadamKacang pistaschio di sini ada dua jenis. Satu tempatan, satu dari Iran. Saya beli dua-dua tapi lebih suka kacang dari Iran. Duit kita dalam RM80.00 sekilogram.
Lori lori di sana meriah dan berwarna warni ye. Boleh tahan meriah juga untuk shopping pakaian dan makanan di bandar di sini.
BalasPadamYa, tak pernah jumpa lori yang kosong tanpa aksesori.
PadamSenang nak shopping kalau banyak yang dijual berhampiran jalan.
Lori dia berwarna-warni nampaknya. Bestnya dapat membeli-belah tu.
BalasPadamJenuhlah nak menghias lori besar-besar dengan pelbagai aksesori kan hihihiii.
PadamSukaaa melihat geliat ekonomi di sana. Kalo sudah ke tempat begini, saya paling tak bisa menahan diri untuk shopping 😄. Hitung2 ikut membantu perekonomian mereka dengan membeli barang lokal nya
BalasPadamYa, betul industri pelancongan sebenarnya banyak membantu menjana ekonomi sesebuah negara. Cuma, Pakistan ini baru saja bermula dan perlu banyak sokongan.
PadamPemandangan yang sangat menyenangkan
BalasPadamPerjalanan dengan pengalaman baru
kehidupan yang menarik
Betul Pak.
PadamBanyak pemandangan dan pengalaman baharu yang kami temui.
Kembara kali ini agak berbeza dengan tempat yang biasa kami pergi.
Handsome kak penjual tuu..Bahahaa...
BalasPadamEhh, unik seterik yg digunapakai dalam servis seterika pakaian tu 🤩
Ya, memang handsome kan.
PadamItulah, tidak terfikir pula ada khidmat sterika sebegini.
Klasik Mercedes merah tu.
BalasPadamNampak lejen kan SK.
Padamtgk lori2 warna warni tu kepala sy tts teringat lori2 kat filipina😁
BalasPadamkak amie x borong ke kekacang tu?
haipp curi2 amik gmbr siapa tuuu
Kat Filipina macam itu juga ya lori-lorinya.
PadamSetakat ini belum lagi memborong kekacang. Harganya mahal.
SA ternampak kacang apa yang nak buka kena pakai kunci khas dia..mahal ye kekacang tu semua..
BalasPadam