Daftar Masuk Rockwood Resort Naran Pukul 10:30 Malam
5:13 PTGSebelum masuk ke bilik masing-masing, kami menjamah sedikit hidangan malam yang sudah disediakan. Walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 10:30 waktu tempatan, tetapi di tempat kita sudah pukul1:30 pagi. Sekali lagi kami 'sahur' di hotel.
Waktu itu memang hanya membayangkan tempat merebahkan diri sahaja! Mata pun sudah tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Kalau boleh dilanggar apa yang ada di hadapan, langgar sahajalah.... ahaks!
Apa pun kena kuatkan semangat.
Bersihkan diri dan solat jamak takhir barulah tarik selimut.
Malam itu sejuk semacam! Rupanya memang suhu sejuk di Naran!
Malam itu sejuk semacam! Rupanya memang suhu sejuk di Naran!
Daftar masuk ke Rockwood Resort. |
Seperti di Hotel Ramada, katilnya bersaiz besar. Entah king entah queen. Tak pasti. Biliknya pun luas. nak solat pun sangat selesa.
Pintu masuk ke Rockwood Resort Naran. |
Seperti biasa Gee ambil katil di sebelah pintu dan Amie berhampiran tingkap.
Bilik airnya agak luas dan kemudahan yang disediakan sederhana sekali.
Siap diletakkan penyapu. Tapi air tidak bertakung ketika mandi.
Apabila bangun pagi baru sempat melihat keadaan di luar pintu bilik.
Ada dua pintu masuk. Pintu pertama terjumpa sofa. Buka pintu kedua baru nampak katil.
Pagi itu bangun agak lewat tetapi tidaklah sampai ke subuh gajah!
Selepas mandi dan mempersiapkan diri, kami ambil gambar dahulu di balkoni.
Ruang tamu atau ruang rehat antara bilik kelihatan kemas.
Hari pertama di Naran.
Sejuk-sejuk manja gitu!
Sejuk-sejuk manja gitu!
Tapi kenalah pakai baju sejuk juga.
Sekarang sudah cukup berenam. Bolehlah turun ke lobi hotel.
13 comments
selesa tempat penginapannya tidur lena sampai pagi ya
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamDapatlah luluskan kaki dan pinggang hingga ke pagi.
Cantik hotel nya. Sejuk2 best berjalan kan Kak Amie. Tumpang seronok baca trip ni.
BalasPadamYa Mulan. Di sini memang sejuk.
PadamUntung dapat melihat negara orang..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamBangunan luar pun dah nampak menarik hotelnya Kak Amie. Sangat selesa dapat bilik luas dan bersih. Lobby pun luas jugak. Syok jalan-jalan cuaca sejuk ni. Memang kena pakai baju sejuk.
BalasPadamYa, semua pakai baju sejuk sebab memang suhunya sejuk, tak seperti di Lahore dan Islamabad.
PadamInilah yg sy tidak sanggup setiap kali travel. Memang kuat semangat Kak Amie dan kawan².
BalasPadamSeronok SA tengok semua entry travel pakistan kak amie..dengan harapan suatu hari nanti SA dapat jugak jejak ke sana..
BalasPadamNampak hotel kat sana besar-besar.
BalasPadamView dari balkoni pun cantik.
Saya sukaaaa kalo tempat sejuk begini ❤️😍😍😍. Memang favorit saya. Makanya dah plan nak ke Pakistan di saat sejuk. Hotelnya walau tak semewah ramada, tp tetap terlihat nyaman dan bersih ❤️
BalasPadamruang tamu dia tampak mewah laa kak walaupun simple mcm tu
BalasPadam