From Bukit Hijau with Love!

9:51 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi semua.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan cuti selama tiga hari di kampung dapatlah masak-masak untuk Bonda. Kita bawa bersama kerja-kerja menoreh yang perlu disiapkan. Cuti-cuti juga, kerja tetap jalan. Sudah tentu Mr. Lappy ikut terbang dari LD ke Bukit Hijau. Sambil buat kerja menoreh, sambil-sambil tulis entri. Dan sambil-sambil layan Bonda yang sedang baring-baring di sebelah kita.

Malam tadi kita tidur lena, beradu di sebelah Bonda di ruang tamu. Awal pagi  belum lagi masuk waku subuh sudah terbau gorengan yang enak dari dapur. Wak Niah entah goreng apa. Tak lama terdengar Wak Niah berkelahi dengan kucing-kucingnya yang berjumlah 12 ekor.

Kita buatkan Bonda kita jemput-jemput dan minuman teh. Nampaknya Wak Niah sudah kupas mangga dan betik. Bolehlah buat sarapan, bagi kejutkan perut. Ketika berada di dapur, nampak Wak Niah sibuk uruskan ubi kayu. Ada orang hendak beli, katanya.

Huurrmmm....
Apa yang Wak Niah goreng?
Atas meja sudah ada gorengan ikan kerisi. Teringat zaman kanak-kanak dulu, selalu makan ikan kerisi goreng dengan ubi rebus. Nampak rice cooker keluar asap nipis. Rupanya Wak Niah sudah siap masak nasi. Wak Niah masak nasi untuk kucing-kucingnya juga. Tiba-tiba teringin sarapan nasi panas dengan ikan kerisi goreng. Kita ambil satu senduk nasi putih dan dua ekor ikan.

Piring pertama.

Sedap sangat rasanya sarapan nasi putih panas dengan ikan kerisi goreng! Lupa pula hendak tuang kicap. Tapi makan begini saja pun dah cukup enak! 

Sebenarnya kan, bukan sepiring kita makan. Kita tambah lagi sepiring, tambah dua ekor ikan lagi dan kerang. Wak Niah panaskan sup kerang lebihan makan malam tadi.

Piring kedua.

Alhamdulillah.
Kalau sarapan dengan Bonda, di kampung pula, makan apa pun sedap! Empat ekor ikan kerisi goreng masuk perut di pagi hari.


Mangga dan betik yang agak terlebih masak. Dua-duanya manis.


Kelmarin Wak Niah dengar kita hendak masakkan Bonda sambal tomato. Malam tadi sempat Wak Niah belikan tomato. Jadinya, sambil buat jemput-jemput sambil kita buat sambal tomato.

Sambal tomato baru naik kuali.

Kita buat sambal tomato dengan lebihkan bawang besar dan buah tomato. Bawang merahnya kita hiris nipis bersama tomato dan masak guna api perlahan supaya mesra dan keluar rasa manis bawang serta tomato. Kita tambahkan ikan bilis kisar dan cili merah serta sedikit cili padi. Harapnya sambal tomato tidak pedas sangat sesuai dengan selera Bonda.

Wak Niah tanya kenapa sambal tomato tak merah warnanya macam selalu kita masak? Kita kata, hanya bubuh cili merah sikit saja. Nanti apabila sambal tomato sudah terbit minyak, berubahlah warnanya.

Sambal Tomato sudah terbit minyak.


Malam tadi wak Niah beritahu dia belikan sebiji lemon sebab Wak Niah ingat kita suka minum air lemon. Pagi tadi nampaklah buah lemon nan sebiji di dapur. Itu rupanya lemon yang Wak Niah maksudkan. Tiba-tiba mata kita masuk habuk! Walaupun hanya kerana sebiji lemon. Terima kasih Wak Niah.

6 comments

  1. Nikmat ya Mbak makannya sampai habis 2 piring dan 4 ekor goreng ikan kerisi.
    Melihat warna mangga nya, hmmm...sepertinya sangat manis rasanya...

    Selamat bercuti, Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lain enaknya makan hasil air tangan orang lain.
      Ya, bangganya sudah masak ranum dan sangat manis.

      Padam
  2. Tentu lauk yg dirindukan tu ikan goreng sama kicap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukuplah nasi dengan ikan goreng sama kicap!

      Padam
  3. Saya tahu ikan ini, tp lupa namanya kalo di sini 🤭. Bukan kerisi yg pasti. Mama sering buat zaman kami sekolah. Makan pakai sambal kecap.

    Kalo di sini saya tak pernah masak ikan, walau suka. Soalnya takut pas goreng 😂😂😂. Meletup2 itu tak suka. Jadi kalo teringin sangat, memang pilih beli

    BalasPadam
  4. Oooo lain nama ikan kerisi itu ya. Di sini dipanggil juga dengan nama ikan pisang-pisang. Sedap sangat kalau digoreng.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe