Masak Sarapan & Masak Lauk Tengah Hari
12:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
30 Mei 2024, Khamis.
Amie dan Encik Suami ada urusan di Puncak Alam.
Jadinya, awal pagi Amie siapkan sarapan untuk Bonda. Tidak jadi buat jemput-jeput lala. Gantikan dengan mi goreng satu kuali. Seperti biasa memang goreng lebih sebab biasanya anak cucu cicit Bonda kalau datang sudah tentunya meronda hingga ke dapur. Bonda akan suruh mereka makan apa saja yang ada di bawah tudung saji.
Sebelah malamnya pula Amie sudah goreng ceker hingga garing dan rendam dalam air sejuk sampai ke pagi. Kembanglah cekernya, dan mudahlah hendak mengolahnya. Tentu Bonda suka, sebab kulit ceker sudah terlerai dari tulangnya, lembut dan tak perlu kunyah lama-lama.
Mi Goreng |
Ikan Baguk Masak Kari |
Amie sempat olah ikan baguk masak kari. Ikan baguk ini Amie beli di Pasar Malam Bukit Cherakah. Isinya Amie masak kari, sementara bahagian kepalanya Amie masak sup. Bonda suka kepala ikan baguk masak sup. Suka hirup kuah sup sebenarnya tu!
Sup Kepala Ikan Baguk. |
Sayur Campur Tumis dengan Lala |
Ikan Bawal Goreng |
15 comments
kak nk beli mi goreng tu 2 pinggannnnn
BalasPadamsedapnyaaaaa lahaiiiii mi goreng mcm tuuuu
Mari sini datang Bukit Hijau.
PadamKak Amie jamu mi goreng heheee.
Macammana cara masak ceker ayam tu, Kak Amie?
BalasPadamGoreng ceker sampai garing, sampai tak bunyi minyak. Angkat dan masukkan dalam air sejuk. rendam paling kurang dua jam sehingga ada gelembung kulit ayam. Lepas masaklah macam biasa.
PadamAlamak... ceker boleh terlerai isi dari tulang.. mesti lembut betul tu.
BalasPadamMasakan ini terkenal di LD. Biasanya diratah bersama mi goreng.
PadamNampak sedap2 semuanya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Terima kasih Wak.
PadamBanyaknya menu ..heheh ..ni kalau CCL tak tahu nak sudukan mana satu
BalasPadamHehehe... menu sarapan dan lauk tengah hari.
Padamsedap plak tengok ceker tu...SA x pernah masak macam tu..nanti nak cuba la..
BalasPadamCuba SA jangan tak cuba.
PadamKang takut tak berhenti meratahnya.
Oh cekernya dah lepas dari tulang ya kak.. saya tak sabar lah, JD kalo masak ceker semur Pedas, saya masak lama biar empuk. Tak sanggub kalo hrs lepas tulang 🤣
BalasPadamOh Lala itu semacam kerang kecil2 yaa? Di sini rasanya disebut Kupang.
Ya, cekernya jadi lembut sebab sebelum dimasak digoreng hingga garing sampai keluar bau hangus, kemudian direndam. Itu sebabnya kulit ceker gelembung lembut dan terus dimasak kicap.
PadamLala itu sejenis remis.
Menyelerakan sungguh ni. Berselera tetamu makan masakan kak Amie siap minta resipi sekali tu.
BalasPadam